Alhamdulillah hari ni bersiaran awal sedikit di OPIS MAYA.
Dah selesai semua checklist pagi ni jadi boleh masuk opis awal..hihi
Ok seperti biasa ku breakfast dengan satu sachet Collagen Powder yang dibancuh dengan segelas air putih.

Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa la sibuk sangat nak amik kolagen ni??

Hahaha...actually umur daku dah 32 tahun...jadi untuk kekal sihat dan awet muda haruslah top up kolagen yang dah hilang....btul tak??
Nak tau tak KESAN BURUK kalau kolagen dalam badan dan kurang??
Meh tengok ni...


Ok...pilihan daku ialah Shaklee Collagen Powder.

Mengapa daku pilih Shaklee Collagen Powder ni?? Bukan sebab ku SID Shaklee tau...tp ada banyakkk sebab. Jom kta tengok apa kandungan Shaklee Collagen Power ni.


SUMBER UTAMA SHAKLEE COLLAGEN POWDER 




  • Kolagen dari sisik Ikan Merah (Red Snapper Scale)
  • Ekstrak biji CAMELLIA JAPONICA
  • Estrak PFAFFIA
  • Elastin dari kolagen ikan
  • Vitamin C
  • Vitamin B
  • Ekstrak Kekerang
  • Lactobacillus acidophilus
PERBEZAAN SHAKLEE COLLAGEN POWDER dengan Kolagen lain di pasaran?

Kita tau banyakkkk produk kolagen di pasaran. Macam2 brand kan? Jom kita tengok perbezaan SHAKLEE COLLAGEN POWDER dengan kolagen yang lain.
  • Mengandungi 4000mg kolagen Sisik Ikan merah (Red Snapper Scales) - boleh menahan tekanan sehingga 20 paun , ia bertelur dan hidup dengan bebas di lautan dalam, menjadikan ia sumber kolagen yang sangat lasak 
  • Berat molekular 1000 Dalton - Mudah diserap oleh badan secara menyeluruh dan meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.
  • Sangat lasak dan elastik
  • Kepaduan sel yang amat tinggi
  • Tinggi kapasiti dalam mengekalkan kelembapan
  • Jisim molekul yang rendah.




Apa Kehebatan Shaklee Collagen Powder ni?
  • Mengekalkan kelembapan kulit
  • Mengekalkan keanjalan kulit tegang,dan yang paling best boleh melantun bila dicubit.
  • Mengekalkan elasticity kulit
  • Sebagai pelincir bagi sendi 
  • 100% tulen, semulajadi, selamat,tiada perangsang, tiada gula, tiada pengawet dan pewarna
  • Sangat mudah larut dalam air
  • Awet muda
  • Baik untuk mata (Mata lebih sihat kurang rabun)
  • Mengelakkan tulang menjadi rapuh.

Haaa....sebab tu la Shaklee Collagen Powder jadi pilihan. Bukan semata kolagen tau. Kolagen terbaik dan dipatenkan. Bukan calang2 punya...hihi


Berapa lama nak nampak kesan??


Ianya bergantung pada individu...kalau kulit tak bermasalah sangat dalam seminggu dah nampak perubahan. Kalau kulit sangat bermasalah, Shaklee claim penggunaan selama 8 minggu secara KONSISTEN akan nampak perubahan.




Kalau berminat nak mencuba boleh tengok blog biz daku di SINI

Sebab bulan ni ada PROMO Buy 3 FREE 1
Memang berbaloi...=)
See yaaa....=)

 

Assalamualaikum. Hari ni nak share sedikit sebanyak tentang satu aksesori wanita ni. Seperti lelaki dan kereta, wanita dan aksesori pula memang tidak dapat dipisahkan. Menyentuh mengenai jenis-jenis aksesori pula, It could be necklace, earing, bangles and etc. Jadi, untuk entri kali ini, topik utama adalah BANGLES.Pasti ramai yang masih tidak tahu bagaimanakah cara untuk mengukur saiz bangels agar muat dipakai tangan anda. Adakah begitu penting untuk mengetahui cara mengukur bangles? Well, memang sangat penting untuk diingatkan bahawa saiz bangles yang terlalu kecil akan menyakitkan tangan anda ketika proses pemakaian dan jika saiz terlalu besar pula, bangles tersebut akan melurut jatuh. .

 
How to Measure Bangles Size


Langkah pertama adalah dengan mengambil pembaris panjang dan ukur panjang tangan anda seperti gambar di atas.




Kemudian, ukur diameter (sebelahdalam) bangles anda menggunakan pembaris. Dan bandingkan dengan ukuran tangan anda sebentar tadi.

Langkah terakhir, rujuk carta di atas ini untuk menentukan saiz bangles wanita yang tepat untuk anda. Semoga bermanfaat!


Assalamualaikum...morning.
Ikea...the most wanted place buat pecinta deko atau yang nak masuk umah seperti daku nih....hihi.
Kesana unplanning....hanya folo suami ada training kat Damansara....jadi lepas hantar suami kat tempat training, kami berlima ( adik lelaki, adik perempuan, adik ipar dan Anith drop by di IKEA sementara nk pick up hubby balik kul 5 ptg....seharian jugaklah...hihihi
Kata unplanning, jadi main redah je la...window shopping...hihihi.
Tapi memang mengujakan bila ada dalam IKEA tu...kalau lah duit main petik jari je...waahhhhhhhh....heaven...hihi.
Kitorg kat dalam IKEA tu dari kul 940 pg - 1 ptg. Lama gak tu....penat kaki jalan....hihi
Daku survey rod langsir & blind curtain je.
Yg lain tak survey pun tgk2 je.
Meh layan pic






Ni je pic yg amik kat sana....hihi.
Lepas layan mata kita layan perut....haaa
Mealball, Turkey & Popia...amikkk...haha


Rasa turkey tu boleh la...tapi sedap ayam biasa lagi....hahaha. At least merasa gak makan Turkey...hihi. Ni je lunch kitorang tapi kenyang. Lepas tu g pusing the curve & terus pick up suami...hihi. Plan nk g melawat tapak lagi kat IKEA ni. Pergi ngan suami pula. Nantikan next entry ya.

HELLO DISEMBER!!!!

Alhamdulillah Allah bagi kesihatan hari ni untuk updated blog.
Tertingal berhari-hari jugak ni.
Cuti sekolah pun masa rasa kejap je.
Banyak palanning nak buat tahun depan ni.
Bulan 12 ni bulan SANGAT BUSY sebab nak pindah rumah.
Macamana korang handle anak bila cuti sekolah ye??
Budak-budak ni kalau cuti sekolah HEAVEN betul......huhu

Semalam ke POPULAR nak cari buku untuk bacaan Anith.
Akhirnya terjumpa buku yang best tajuknya = 25 Rasul Pembawa Rahmat.
Kisah 25 Rasul ni daku pun minat nak baca best kecik2 dulu baca.
Sekarang ni dah kurang membaca....huhu
Ni ha bukunya...memang sesuai untuk kanak-kanak


Yang buat terpikat hati bukan sahaja jalan ceritanya tapi  perkataan dalam buku tu telah diwarnakan ikut suku kata. Jadi Anith boleh praktis ejaan dia. Tak ada la tunggang langgang je sebab ada panduan.

Buat yang nak beli buku ni hanya RM29.90 kat POPULAR. Kalau ada kad member less 10%.
Ok Anith dah mula baca kisah pertama iaitu kisah NABI ADAM.
Ok see ya!!!

Assalamualaikum...sekarang ni dah berada di Key Ell....kih kih....mcm poyo je kan?
Saje je folo ayat2 generasi Y...hihi.
Sebenarnya arini nak share tentang 1 park yg kami g semalam iaitu Angry Bird Park.
Lokasinya di Komtar, JB sebelah City Square. Tiket masuk ' boleh tahan' jugak. Dengan mykad/mykid serorang RM60. Tapi semalam kami bli family pass (2 adult, 2 children) = RM180. Kira lebih 1 tiket. Kalau bli satu2 sama jugak jd bli family pass. Tiket dia


Jadual dia....

Isnin - Khamis (1 hari)
Jumaat - Ahad ada 3 sesi
Sesi 1: 10pg - 1 tengahari
Sesi 2 : 2 ptg - 5 ptg
Sesi 3 : 6ptg - 10 malam

Tp kalau keluar dan tak buang wristband boleh masuk lagi untuk sesi seterusnya. Gap 1 jam utk cleaning dan pekerja rest.
Jadi sebab masa tu sampai kul 1 jadi kami masuk sesi ke 2. Banyak jugak permainan dan bestnya semua boleh join satu family. Jadi mmg family time...hihi. Jom layan gambar








Antara pic yang sempat di snap.
Biasalah budak2 bila dapat tempat main tak nak bergambar dah. Kitorg masuk ngam2 3 jam. Puas hati. Buat yg suka permainan boleh dtg sini tapi main betul2. Sayang tu tiket mahal jugak tu...hihi
Haaa....ingat lagi tak 1 tiket lebih tu?
Masa kuar daku bg kat 1 family ni...ada 4 org. Anak yg kecik free. Jadi kalau dia bli 3 tiket jatuh mahal kan. Tp dorg nak bli jgk dr daku...jadi amik separuh. Dalam masa yg sama kami sama2 jimat (win win situation). Alhamdulillah xde la tiket tu terbiar gtu je.

Ok jumpa lagiiiii.
Hari ni nak g MAHA kat Maeps.
Nt daku share k...see yaa!!!
Alhamdulillah sekarang ni di bumi Johor Bahru.
On the spot plan kerana tiket FREE expo Doraemon.
Alang-alang dah kat segamat kan.
Lagi 3 jam nak sampai JB.
Pas checkout dr Koptown hotel tu kami g lunch dulu dan tgh2 lunch tu suami try jawab kuiz Doraemon tu dari Line.
Alhamdulillah menang lagi 2 tiket
Memula plan nak tambah 1 tiket utk anak nanti kat expo tu tp Allah bag FREE tak perlu bayar...siap lebih tiket lagi satu. Dapat 2 space figurine.
Dalam kul 5 kami sampai ke JB dan trus check in Hotel Sentral kat JB.
Dalam kul 6 baru kami kuar g city square utk reedem tiket serta g expo.  Ni la tiketnya dan space figurine. Pada asalnya harga tiket:

RM25 Dewasa
RM15 Kanak-kanak

Jadi kami dapat tiket tu worth rm100.
Alhamdulillah.


Keseluruhan dalam tu ok. Kawasan luas sebab anak pun boleh berlari riang...hihi.
Org pun tak ramai sbb mybe expo ni dah start lama dah. Kat dalam tu dia tunjuk 100 alat2 magik doraemon. Pengenalan doraemon dr awal. Dulu Doraemon warna kuning dan ada telinga. Ada cerita di sebalik Doraemon yg warna biru dan tiada telinga.Layan pic k....















Kami dapat masuk kali kedua plak bila maskot Doraemon datang. Janji ada cop kat tangan mcm ni.



Dapatlah putri kesayangan bergambar dengan maskot. Maskot Doraemon serius comeyy!! Souvenir pun bli yg biasa2 je sbb agak pricey. Jadi bli untuk kenangan je.




Kalau nak ke Expo ni cepat2 tau. Last 4 Dec 2014 ni...se yaaa!!
Alhamdulillah arini selesai juga misi JJCM area Segamat ni.
Gigih google tempat sedap dan tertarik ngan Murtabak ala Singapore kat Restoren Al Rizki, Cendol Segar Amat dan Nasi Ayam Gemas..kenyang...Alhamdulillah.

Restoren Al Rizki yang terkenal dengan murtabak yang sedap, besar serta berbaloi terletak di Taman Yayasan. Tempat ni daku jumpa hasil carian google then jumpa blog CCT.blogspot. CCT blogspot ni yang suggestkan murtabak kat cni...memang puas hati. Terima kasih tidak terhingga. Actually nak cari restoren ni senang je..cari SHELL Taman Yayasan. Restoren tu sebaris ngan Shell dan sebelah Maxis. Murtabaknya memang besar. Satu keping makan bertiga...full!! Kuah dia sediakan dua jenis - kari dan juga kuah sos yangdicampur dengan bawang dan timun.


Masa kami sampai tu kebetulan baru lepas hujan org tak ramai. Pastu tempat duduk FULL. Alhamdulillah ada rezeki. Kat bawah ni kedai dia:



Kemudian, hujung ke depan sikit ada nampak kedai Cendol Segar Amat ni. Pun dapat info dari CCT. Secara keseluruhan memang sedap cendolnya. Just nice. Memandangkan daku kurang manis punya orang...hihi. Daku beli bungkus je...hihi. Gambar kedai cendol pinjam dari blog CCT jugak sebab td hujan balik tak dan nak snap..TQ!!



Satu lagi kedai hunting petang tadi ialah Nasi Ayam Gemas. Juga di Taman Yayasan. Juga beli bungkus untuk makan malam. Almaklumlah perut penuh lagi dgn murtabak..kih...kih...
Alhamdulillah rasanya unik...lain dari nasi ayam yang biasa.Kedai dia satu baris dengan Mustafah Nasi Ayam Gemas di Taman Yayasan.


Rasa puas hati sangat dapat hunting harini.
Syukur tak terhingga sebab hubby pun join skali hunting memang happy.
Kenyang perut suka hati....ok esok tghr nak gerak g JB.
Macam nak jumpa anak cucu kat sana..hik...hik
Sambil2 g Doraemon punya Expo tu nak reedem tiket yg NI.
Alang2 dah jejak Johor kan?..hihi

See yaaa!!

Assalamualaikum
Seperti yang diketahui daku masih berada di bumi segamat.
Alhamdulillah dapat tempat bermalam yg ok...sebelah One Segamat.
Nama hotel adalah Koptown Hotel.
Alhamdulillah biliknya ok yang best sebelah shopping mall.


Jadi boleh la jalan2 tak perlu drive...hihi.
Ptg ni bila suami habis kerja ingat nak hunting makanan spesel kat cni.
Google kat blog jumpa Murtabak restoren Al Rizki di Taman Yayasan.
Ptg ni macam nak g cari murtabak sedap tu.
Harap jumpa...Aamin.
Kawan2 ada nak suggest tempat makan sedap kat segamat ni tinggalkan komen ya.
TQ in advance...☺☺
Assalamualaikum.
Masih dibumi segamat...hihi
Pagi ni nak share review cite wayang yg baru 2 minggu kuar iaitu BIG HERO 6.
Actually memang tengah tunggu cite ni launch.
Once bila TGV emel utk early booking tiket apa lagi terus booking...hihi



Kisahnya tentang seorang budak yang genius yang bernama HIRO berjuang bersama personal healthcarenya (Baymax) & 4 org kawan2 abangnya.
Nak tau citernya better g tgk sendiri.
Daku bagi 6 star.
Sangat best dan tak dan nak rasa boring.
Anak daku pun siap menangis lagi sbb ada part sedey.
More pada persahabatan dan kekeluargaan.
Citer yang sangat touching.
Bg yang belum tengok sila tengok.
Sangat recomended.
ok...jangan tak tgk ok...hihi

Assalamualaikum..
Nak share kegembiraan dengan aplikasi LINE lagi..hihi
Semalam Allah bagi rezeki menang 2 tiket FREE ke DORAEMON Malaysia Secret Gadget Expo di Johor Bahru & Space Figure.
Siap dapat Space Figure FREE lagi...alhamdulillah.
Macam Chatime jugak tapi yang Doraemon ni kena jawab soalan.
Ni iklan dia..

Kat bawah ni kupon yg dapat untuk reedem nt.



Sekarang kat Segamat...kalau ada rezeki nt lajak ke JB reedem tiket ni.
Okla kan....syukur rezeki dari Allah...alhamdulillah.