Dalam Al-Quran ada menyebut beberapa kisah haiwan termasuklah lembu betina.
Kali ni saya nak sharing dengan kawan-kawan kisah lembu betina yang disebut dalam Al - Quran.



Surah Al-Baqarah adalah surah kedua mengikut susunan 114 surah di dalam Al-Quran. Kitab-kitab tafsir menterjemahkan Al-Baqarah sebagai 'lembu betina'.

Kisah lembu betina ini terdapat dalam Ayat 67 hingga 73, dimana kaum Bani Israil telah bertemu dengan Nabi Musa a.s. untuk menyelesaikan masalah berkenaan satu kes pembunuhan. Wahyu Allah telah memerintahkan supaya seekor lembu betina disembelih (Ayat 67) tetapi kaum Bani Israil ini terlampau banyak songeh, bermacam-macam pertanyaan diajukan kepada Nabi Musa (Ayat 68 - 71) sehingga begitu terperinci sekali syarat-syarat lembu betina yang dikenakan keatas mereka. Hampir sahaja mereka tidak dapat melaksanakan perintah penyembelihan itu disebabkan lembu betina seperti yang disyaratkan sukar diperolehi (Ayat 71). Sedangkan dalam Ayat 68, setelah diterangkan syarat pertama lembu betina tersebut iaitu tidak tua dan tidak muda (pertengahan), sudah diwahyukan supaya mengerjakan apa yang diperintahkan kepada mereka tetapi mereka masih lagi bertanya. Memang mereka bangsa degil dilaknati Allah.

Kisah lembu betina
Pada zaman Bani Israil terdapat seorang hamba Allah yang soleh, dia mempunyai seorang anak kecil lelaki dan seekor anak lembu. Anak lembu inilah saja satu-satunya harta yang dimilikinya.

Pada suatu hari hamba Allah yang soleh itu telah pergi ke hutan bersama dengan anak lembu yang dipeliharanya untuk dilepaskan ke hutan. Sebelum anak lembu itu dilepaskan maka dia berdoa kepada Allah s.w.t.: "Ya Allah, aku lepaskan anak lembu ini kepadaMu untuk anakku bila dia besar nanti."

Selang beberapa lama maka hamba Allah yang soleh itu pun meninggal dunia, maka anak lembu itu pun membesar di dalam hutan dengan mencari makanannya sendiri. Anak lembu ini kalau melihat ada orang datang ia akan bertindak liar dan melarikan diri.

Anak kecil yang tidak berbapa ini membesar dengan kasih sayang ibunya, dan dia juga sangat menyayangi ibunya dan taat kepada segala perintah ibunya. Dia juga menggunakan masanya 1/3 untuk mengerjakan solat, 1/3 untuk menjaga ibunya dan 1/3 lagi untuk tidurnya.

Setiap pagi anak muda ini akan ke hutan untuk mencari kayu api, apabila di memperolehi hasil dari menjual kayu api maka dia akan membahaginya kepada 3 bahagian. 1/3 akan diberikan kepada ibunya, 1/3 akan disedekahkannya dan 1/3 untuk makan.

Suatu hari ibunya telah berkata: "Wahai anakku, ayahmu telah mewariskan seekor lembu kepadamu, dia telah melepaskannya di hutan untuk dipelihara oleh Allah. Oleh itu kamu pergilah ke hutan dan berdoalah kepada Tuhannya Nabi Ibrahim a.s., Nabi Ismail a.s., Nabi Ishaq a.s. dan Nabi Ya'qub a.s. semoga Allah s.w.t. mengembalikan semula lembu itu."

Ibunya berkata lagi: "Wahai anakku, tanda lembu itu ialah berwarna kuning berkilauan dan kulitnya bagaikan emas apabila terkena cahaya matahari."

Setelah pemuda itu mendengar segala pesanan ibunya maka dia pun pergi ke hutan, sesampai di sana dia melihat lembu yang dikatakan oleh ibunya itu sedang memakan rumput kemudian dia berdoa: " Wahai lembu, aku memanggil kamu dengan nama Tuhannya Nabi Ibrahim a.s., Nabi Ismail a.s. , Nabi Ishaq a.s. dan Nabi Ya'qub a.s. oleh itu hendaklah kamu datang kepadaku."

Sebaik sahaja pemuda itu selesai berkata demikian maka lembu tersebut berlari mendapatkan pemuda itu dengan berkata: "Wahai pemuda yang taat kepada ibunya naiklah kamu ke atas belakangku untuk meringankanmu."

Kata pemuda itu: "Wahai lembu, ibu tidak menyuruh aku berbuat demikian sebaliknya ibuku hanya menyuruh aku memegang lehermu sahaja"

Kata lembu itu: "Demi Tuhannya Bani Israil, sekiranya kamu hendak mengenderaiku sudah tentu tidak dapat kamu lakukan, tetapi kalau kamu memerintahkan bukit untuk berpindah sudah tentu bukit-bukit itu akan berpindah disebabkan taatnya kamu kepada ibu kamu itu."

Setelah itu pemuda itu pun membawa lembu pulang, sampai dirumahnya ibu pemuda itu berkata: "Wahai anakku, sekiranya kamu berasa susah untuk mencari kayu setiap pagi dan merasa sukar untuk bangun malam maka eloklah kamu jual lembu ini."

Lalu pemuda itu bertanya ibunya: "Wahai ibu, katakan kepadaku dengan harga berapakah harus saya menjual lembu ini?"

Kata si ibu: "Wahai anakku, kamu juallah lembu ini dengan 3 dinar dan jangan kamu kurangkan atau lebihkan dari tiga dinar sebelum kamu bertanya terlebih dahulu dariku."

Kemudian pemuda itu pun membawa lembu itu ke pasar untuk dijual, untuk menguji ketaatan pemuda itu kepada ibunya, Allah s.w.t. telah memerintahkan Jibril a.s. menyerupai seorang pemuda bertemu dengan pemuda tersebut.

Jibril a.s. yang menyerupai seorang pemuda bertanya kepada pemuda tersebut: "Wahai pemuda berapakah harga lembu ini?"

Kata pemuda itu: "Lembu ini berharga 3 dinar dengan izin ibuku."

Kata malaikat Jibril a.s. : "Aku sedia membeli lembu ini dengan harga 6 dinar dengan syarat kamu tidak memberitahu ibumu itu."

Harga lembu sememangnya 3 dinar sahaja pada masa itu.

Kata pemuda itu: "Wahai orang muda, kalaulah kamu berikan kepadaku emas seberat lembu ini sekalipun aku tidak akan menerimanya tanpa mendapat izin dari ibuku."

Setelah berkata demikian pemuda itu pun pulang dengan membawa lembunya, setelah menceritakan kepada ibunya segala yang berlaku maka ibunya pun berkata: "Wahai anakku, kini aku izinkan kamu menjual lembu ini dengan harga 6 dinar."

Pemuda itu pun pergi ke pasar dan bertemu dengan orang yang hendak membeli lembunya itu dengan berkata: "Kini aku sedia menjualkan lembu ini dengan harga 6 dinar dengan izin ibuku."

Kata malaikat Jibril a.s. yang menyerupai seorang pemuda: "Aku sedia membeli lembu ini dengan harga 12 dinar dengan syarat kamu tidak memberitahu ibumu."

Kata pemuda itu: "Aku tidak dapat menjual lembu ini dengan harga 12 dinar tanpa mendapat izin dari ibuku."

Setelah itu pemuda itu pun kembali memberitahu ibunya tentang harga yang hendak dibeli oleh pemuda tadi.

Kata ibunya: "Wahai anakku, sebenarnya orang yang bertemu dengan kamu itu adalah seorang malaikat untuk menguji kamu, oleh itu hendaklah kamu tanya dia apakah lembu ini perlu dijual atau tidak."

Kemudian pemuda itu pun pergi semula ke pasar dan bertemu dengan malaikat itu, lalu dia berkata: "Ibuku bertanya apakah lembu ini perlu dijual atau pun tidak?"

Maka malaikat Jibril a.s. berkata: " Janganlah dijual lembu ini sehingga terjadi perintah Allah s.w.t. ke atas Bani Israil untuk menyembelih lembu ini, apabila Bani Israil mencari lembu yang mempunyai syarat yang ditentukan maka tidaklah ada lembu yang dapat memenuhi syarat tersebut melainkan lembu ini. Untuk mendapatkan lembu ini, mereka akan membayar harga lembu ini mengikut berat badan lembu dengan wang dinar. Ini adalah anugerah Allah s.w.t. ke atasmu disebabkan ketaatan kamu kepada ibumu."

-di petik dari Buku Himpunan Kisah-Kisah Teladan 1



Marsha
Shaklee Mama
Master Coordinator 2016
013.933.7697

Alhamdulillah masih dipinjamkan nyawa hari ni.
Masih mampu sedut udara segar juga pinjaman Allah.
Jerebu dah mula berkurang.....alhamdulillah.

Nak citer tentang biz Shaklee arini.
Bisnes shaklee yang saya buat sekarang ni saya amat selesa.
Sebab walaupun jauh dengan anak cucu kami masih boleh buat kelas macam biasa.
Kelas secara maya guna medium facebook group, whatsapps dan juga telegram.
Shaklee juga sediakan kelas untuk kami seperti kelas nutrisi dll di seluruh Malaysia termasuk sabah dan sarawak.

Meh layan pic klas offline yang saya handle dan join serta kelas kelas yang Shaklee buat.








Jadi walaupun bisnes kami tetap meluangkan masa kelas online dan offline.
Seronokk...=)



Marsha
Shaklee Mama
Master Coordinator 2016
013.933.7697
Rentetan dari SINI.

Wanita dan cantik tak dapat dipisahkan.
Walaupun apa berlaku wanita mesti nak kelihatan cantik terutamnya depan suami buat yg dah tak berstatus single....hihihi.
Kalau umur 30-an dah mula kedut sana sini mesti gelabah kan?
Samalah Marsha kat sini.

Marsha tau ramai kawan kawan bloggers pun nak awet muda kan.
Tak kiralah wanita atau lelaki.
Awet muda bukan cantik je tau tapi seluruh badan kita awet muda, badan pun energy macam orang muda lah...hihihi.
Sape tak nak kan?
Tapi nak awet muda janganlah short cut.
Cucuk botox, cucuk itu ini.....in the rest effect lagiiii scary tau.
Tak sanggup nak tengok.....huhuhu.

Sebenarnya bila kulit dah berkedut, bila kita nampak tua atau matang dari umur bermakna badan kita sudah kekurangan kolagen.
Kolagen dalam badan yang bantu kulit kita anjal dan elastik.
Salah satu penyebab kehilangan kolagen secara mendadak ialah STRESS.
Selain dari faktor matahari dan persekitaran.
Bahaya kan stress ni.
Bukan kolagen je hilang tapi boleh akibatkan penyakit lain.
Meh kita tengok apa yang jadi bila kolagen mula hilang.



Ok untuk top up kolagen yg hilang dalam badan kita marsha pilih satu item yg hot.
Collagen Powder dari Shaklee.
Kandungan utama dari sisik ikan merah yang tahan lasak di laut dalam.
Juga mengandungi vitamin C, vitamin B2 dan B6 dari ekstrak jagung.
Ada kolagen dari ikan...tengok ikan punya kulit licin kan??
Ekstrak kerangan laut.
Bakteria baik Lactobacillus acidophilus untuk jaga usus kita.
Kolagen juga ada ekstrak biji Camellia Japonica dan ekstrak Pfafia.




Bila konsisten, ni lah hasilnya....




Psst masuk majalah I-Sihat jugak tau...jemput baca



Kalau nak tau lebih lanjut boleh hubungi saya ye

Marsha
Shaklee Mama
Master Coordinator 2016
013.933.7697

Salam Aidiladha buat kawan kawan bloggers.
Ramai yang join ibadah korban arini?
Marsha tak join tahun ni insyaAllah tahun depan.


Arini raya pakai printed sugarscraft macaroon pink.
Peminat sugarscraft....macam ni lah....hihi



Marsha
Shaklee Mama
Master Coordinator 2016
013.933.7697
Alkisahnya semalam lps check out dan balik ke lumut menyinggah jap dekat hasil laut Jamilah beli ikan bilis mata biru.
Lepas tu gerak ke AEON Manjung....saja nak melawat kawasan...hihi
Solat dan pusing-pusing last last petang tu lapar...kikiki
So pusing lah cari kedai untuk mengisi perut dan rehat sekejap.
Tgk restoren segera macam biasa je...adoyaii nak makan mana ni.
Skali ternampak Wing@zone ni....tgk ada halal Jakim.
Makanan berasaskan ayam paling tepat more pada Wing.
Disebabkan kami usha harga macam ok....pastu kat ipoh memang tak ada jadi kami pun try.

Masa nak meng 'order' tu nganga jugak lah nak pilih menu.
Last-last kami decide
1 kids meal untuk Anith ( 2x tenderized chicken + smiley fries+ice lemon tea)
2 meal tgh offer xingat nama ( 2x nasi, 2x 5 boneless chicken, sayur)
Yang menariknya kat sini....boleh pilih sos yang kita suka.


Sos tomato dengan chili ada tapi ni sos specialist dorang.
So untuk kid meal pilih sos samurai, untuk kami hot shot dengan
Masa menunggu pun tak lama...alhamdulillah.
ni lah makanan yang kami order dan dorg tambah blue cheese dengan ranch untuk santapan kami..hihi
Dorg bagi wet tissue gak selain tisu biasa
1st impression...nampak sedap, nasi banyak....jom makan...hihi






Ok dah usai makan......Marsha bagi 5 STAR....sedappp...banyak...kenyangg.
Alhamdulillah...meh layan pic lagi.





Marsha
Shaklee Mama
Master Coordinator 2016
013.933.7697

Assalamualaikum... sihat semua kwn kwn bloggers?
Hari ni nak storytelling sikit-sikit
Tentang pengalaman berniaga.
Sebenarnya dulu-dulu pernah berniaga macam macam tapi sebab main redah je jadi tak melekat lama.
Pernah jual cloth diapers, pernah jual cloth pad, pernah jual bantal panas, pernah jual sleepware kanak-kanak dan banyak lagi.
Tapi bila banyak berniaga macam macam ni banyak belajar dari kesilapan.
Last skali baru lah beranikan diri cuba berniaga Shaklee.
Dan....tak sangka dah jejak 3 tahun masih setia dengan Shaklee.
Ada banyak sebab sebenarnya....

1. Saya punyai supporter yang kuat iaitu suami, anak dan famili.
2. Saya punyai mentor yang sentiasa ada untuk bg motivasi dan Elmu.
3. Saya punyai anak-anak, cucu cicit dan group shaklee yang bersemangat dan mereka buat saya tak kan menoleh ke belakang....usaha untuk bantu mereka.
4. Saya punyai Grouplovely yang sentiasa sharing info dan memotivasikan.
5. Saya mempunyai impian setinggi gunung untuk membantu orang lain.
6. Marketing plan Shaklee yang adil bukan menindas org lain.
7. Produk yang bagus (saya dah cuba semua produk termasuk sabun dll)

Itulah sebab saya masih stand dengan shaklee.
Saya rasa release bila buat Shaklee sebab saya minat.
InsyaAllah saya akan terus bantu group saya supaya mereka success dalam Shaklee...Amin.

Sebak......huhuhu

Layan pic ya.....
#korangtautakshaklee





Marsha
Shaklee Mama
Master Coordinator 2016
013.933.7697
Dalam kehidupan harian kita, air sangat penting.
Malah badan kita mengandungi 75% air.
Sebab tu manusia kalau tak makan 3 hari boleh hidup lagi tapi kalau tak ada air selama 3 hari boleh mati.
Kunci untuk kesihatan dan kulit cantik ialah AIR.
Makan lah sebanyak mana supplemen ataubuat masker itu ini tapi air kurang.
Tak berguna juga.

Masalah pada ketika ini adalah ramai yang bagi alasan tak sempat nak minum air yang mencukupi.
Terlampau sibuk, terlupa dan banyak lagi alasan...hihihi
Jadi dalam entry ni saya nak kongsi cara minum air yang mencukupi.



Haaa....dah dapat tips kan?
Jom cuba.
Janji kena rajin...hihihi


Marsha
Shaklee Mama
Master Coordinator 2016
013.933.7697
Kegemaran boleh dibahagikan kepada beberapa group.
Makanan, baju, tudung, hobi dan banyak lagi.
Kali ni saya nak cerita tentang kegemaran saya.
Nak cerita tentang hobi kegemaran.

Hobi yang menjadi kegemaran saya ialah travel.
Tak kiralah travel dalam negara atau luar negara.
Janji folo bajet yang suam-suam kuku ni.....hahahaha.

Feel bila travel ni lain bagi saya.
Time travel ni lah saya boleh release tension dan fokus pada family saya.
Saya boleh lupakan sekejap task yanb menimbun....hihihi.
Dan tempat kegemaran saya dan suami bila travel ialah scenery yang indah, tempat yang bersejarah, tempat yang boleh buat aktiviti yang adventure dan juga tempat yang anak saya boleh explore. Bab shopping tak sangat.....hihihi.

Ok jom layan beberapa pic travel kami dalam dan luar negara











Sebenarnya banyak lagi gambar....saya share sikit-sikit je tau sbb pic dalam thumbdrive..hihi




Marsha
Shaklee Mama
Master Coordinator 2016
013.933.7697
Bermalam ni pulau di Perak, Pulau Pangkor.
Nak kata bercuti pun tidak.
Sebenarnya follow husben dtg team building.
Jadi kita folo sambil teman sambil bercuti....hihihi
Ok tak nak citer tentang Pangkor lagi.
Nak citer tentang karakter seseorang melalui kumpulan darah.
Korang darah apa?
Saya darah O positif.
Jadi memang sesuai untuk menderma...hihihi


Ok kita tengok yang kumpulan darah O seperti saya.
- Natural Leaders
- Ambitious
- Confident
- Sociable

Rasanya ada yg betul ada yang kurang untuk diri saya.
Ke merendah diri sangat.....hihihi
Ok korang boleh cek ye karakter berdasarkan kumpulan darah korang.
Bye.


Marsha
Shaklee Mama
Master Coordinator 2016
013.933.7697
Assalamualaikum pagi ni nak share sedikit info tentang ESP.
ESP Shaklee ni kalau korang nak tau adalah PROTIEN yang berbentuk makanan tambahan.
Istimewanya ESP ni ia mengandungi 9 asid amino yang badan kita tak boleh hasilkan. Tapi kita perlukan asid amino tersebut.
Asid amino memang penting untuk kita sebab ia membantu sel sel kita memulih dan membina sel sel baru dalam badan kita untuk penyembuhan.
Protien juga membantu kita untuk dapatkan rambut yang cantik, lebat dan kuat.
Masalah rambut gugur? Saya pasti ramai yang mengalami masalah ini.
Antara punca nya ialah kekurangan protin dalam badan.

Rambut sebenarnya dapat mencerminkan DIET kita sendiri samada diet kita cukup protien atau tidak.
Nutrien ASAS bagi rambut adalah protien.
Untuk menjamin kesihatan rambut yang sempurna, kena 'pahatkan' perkataan PROTIN dalam kepala kita.
Sebenarnya rambut kita adalah 97% Protin yang mengandungi 19 dari 22 asid amino yang membentuk protin. Kesimpulannya badan kita memang memerlukan protin dan asid amino untuk pembentukan rambut yang sihat dan kuat.

Jadi untuk dapatkan rambut yang KUAT dan SIHAT kita perlu ambil protien yang mencukupi setiap hari.
Jadi kita perlu cukup makan sumber protien seperti daging, telur, susu dan banyak lagi.
Persoalannya? Jika harian penuh dengan kesibukan adakah kita ambil Protien yang cukup?
Memandangkan Protien jika tidak diguna ia akan dinyahkan oleh badan...buka selamanya berada dalam badan.

Macam saya, memang harian saya sangat busy...jadi saya pilih alternatif lain iaitu ESP.
ESP adalah makanan tambahan dan sumber protien saya setiap hari....hanya perlu ambil 3 sudu besar sehari - shake - minum.
Biasanya saya ambil sebelum sarapan kadang-kadang sebagai pengganti sarapan kerana ESP ni mengenyangkan.
Mau tak kenyang sebab dalam 1 canister ESP (850 g) diekstrak dari 30kg soya....memang kenyang..hihi.
Dan yang pastinya ia dihasilkan dari soya NON-GMO.
Bila saya konsisten ambil ESP ni banyak perubahan yang saya rasa dari segi kuit, rambut, kuku dan juga bertenaga setiap hari. Alhamdulillah.
Stok memang ada je kat umah sebab tak nak missed minum...hihi
Nak cuba??? Jangan segan contact saya ye


Marsha
Shaklee Mama
Master Coordinator 2016
013.933.7697

Assalamualaikum....
Sedikit perkongsian tentang karakter lebah....



Rasulullah saw. bersabda, “Perumpamaan orang beriman itu bagaikan lebah. Ia makan yang bersih, mengeluarkan sesuatu yang bersih, hinggap di tempat yang bersih dan tidak merusak atau mematahkan (yang dihinggapinya).” (Ahmad, Al-Hakim, dan Al-Bazzar)
Seorang mukmin adalah manusia yang memiliki sifat-sifat unggul. Sifat-sifat itu membuatnya memiliki keistimewaan dibandingkan dengan manusia lain. Sehingga di mana pun dia berada, kemana pun dia pergi, apa yang dia lakukan, peranan dan tugas apa pun yang dia pikul akan selalu membawa manfaat dan maslahat(kebaikan) bagi manusia lain. Maka jadilah dia orang yang seperti dijelaskan Rasulullah saw., “Manusia paling baik adalah yang paling banyak memberikan manfaat bagi manusia lain.”
Untuk menjadikan kehidupan ini agar menjadi indah, menyenangkan, dan sejahtera sangat memerlukann manusia-manusia seperti itu. Dalam keadaan apa sekalipun, dia akan membuat yang terbaik; apa pun peranan dan tugas yang diberikannya, dia akan menjadi manusia dan keadaan di sekelilingnya menjadi bahagia dan sejahtera.
Maka, sifat-sifat yang baik itu antara lain terdapat pada lebah. Rasulullah saw. dengan pernyataanya dalam hadits di atas mengisyaratkan agar kita meniru sifat-sifat positif yang dimiliki oleh lebah.
Tentu saja, sifat-sifat itu sendiri memang merupakan ilham dari Allah swt. seperti yang Dia firmankan, “Dan Rabbmu mewahyukan (mengilhamkan) kepada lebah: ‘Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia. Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Rabbmu yang telah dimudahkan (bagimu).’ Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb) bagi orang-orang yang memikirkan.” (An-Nahl: 68-69)
Sekarang, bandingkanlah apa yang dilakukan lebah dengan apa yang seharusnya dilakukan oleh seorang mukmin, contohnya seperti ini:
Hinggap di tempat yang bersih dan menghirup apa hanya yang bersih sahaja.
Lebah hanya hinggap di tempat-tempat terpilih sahaja. Lebah sangat jauh berbeza dengan lalat. Lalat sangat mudah ditemui di tempat sampah, kotoran, dan tempat-tempat yang berbau busuk. Tapi lebah, ia hanya akan mendatangi bunga-bunga atau buah-buahan atau tempat-tempat bersih yang mengandungi bahan madu atau nektar.
Begitulah pula sifat seorang mukmin. Allah swt. berfirman:

Hai manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagimu. (Al-Baqarah: 168)

(Yaitu) orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang ummi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang ma’ruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Qur’an), mereka itulah orang-orang yang beruntung. (Al-A’raf: 157)

Mengeluarkan yang bersih.
Siapa yang tidak tahu madu lebah. Semuanya tahu bahawa madu mempunyai khasiat yang banyak untuk kesihatan manusia. Tapi dari organ tubuh manakah keluarnya madu itu? Itulah salah satu keistimewaan lebah. Lebah sangat kaya dengan kebaikan,sedangkan dari organ tubuh pada binatang lain, mereka hanya mengeluarkan sesuatu yang menjijikan.

Begitu juga seorang mukmin, kita haruslah menjadi manusia yang produktif dengan kebaikan. “Hai orang-orang yang beriman, rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Rabbmu dan perbuatlah kebajikan (khair), supaya kamu mendapat kemenangan.” (Al-Hajj: 77)
Al-khair adalah kebaikan atau kebajikan. Akan tetapi al-khair dalam ayat di atas bukan merujuk pada kebaikan dalam bentuk ibadah ritual. Sebab, perintah ke arah ibadah ritual sudah terwakili dengan kalimat “rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Rabbmu” (irka’u, wasjudu, wa’budu rabbakum). Al-khair di dalam ayat itu justru bermakna kebaikan atau kebajikan yang buahnya dirasakan oleh manusia dan makhluk lainnya.


Segala yang keluar dari dirinya adalah kebaikan. Hatinya jauh dari prasangka buruk, iri, dengki; lidahnya tidak mengeluarkan kata-kata kecuali yang baik; perilakunya tidak menyengsarakan orang lain melainkan justru membahagiakan; hartanya bermanfaat bagi banyak manusia; kalau dia berkuasa atau memegang amanah tertentu, dimanfaatkannya untuk sebesar-besar kemanfaat manusia.

Tidak pernah merosakkan.
Seperti yang disebutkan dalam hadits yang sedang kita bahas ini, lebah tidak pernah merosak atau mematahkan ranting yang dia hinggapi. Begitulah seorang mukmin. Dia tidak pernah melakukan kerosakan dalam apa-apa hal sekalipun: baik secara fizikal mahupun tidak.. Bahkan dia melakukan pembaikan akidah, akhlak, dan ibadah dengan cara berdakwah. Mengubah kezaliman apa pun bentuknya dengan cara berusaha menghentikan kezaliman itu.

Bekerja keras
Lebah adalah pekerja yang bekerja keras. Ketika muncul pertama kali dari biliknya (saat “menetas”), lebah pekerja membersihkan bilik sarangnya untuk telur baru dan setelah berumur tiga hari ia memberi makan larva, dengan membawakan serbuk sari madu. Dan begitulah, hari-harinya penuh semangat berkarya dan beramal. Bukankah Allah pun memerintahkan umat mukmin untuk bekerja keras?
“Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain.” (Alam Nasyrah: 7)
Kerja keras dan semangat pantang berundur itu lebih-lebih lagi dituntut lagi dalam menegakkan keadilan. Karena, meskipun memang ramai manusia yang cinta keadilan, namun kebanyakan manusia –kecuali yang mendapat rahmat Allah– tidak suka jika dirinya rugi dalam menegakkan keadilan.


Bekerja secara jama’i dan tunduk pada satu pimpinan

Lebah selalu hidup dalam koloni besar, tidak pernah menyendiri. Mereka pun bekerja secara kolektif, dan masing-masing mempunyai tugas sendiri-sendiri. Ketika mereka mendapatkan sumber sari madu, mereka akan memanggil teman-temannya untuk menghisapnya. Demikian pula ketika ada bahaya, seekor lebah akan mengeluarkan feromon (suatu zat kimia yang dikeluarkan oleh binatang tertentu untuk memberi isyarat tertentu) untuk mengudang teman-temannya agar membantu dirinya. Itulah seharusnya sikap orang-orang beriman.
“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.” (Ash-Shaff: 4)
Tidak pernah melukai kecuali kalau diganggu
Lebah tidak pernah memulakan serangan. Ia akan menyerang hanya manakala apabila terasa diganggu atau terancam. Dan untuk mempertahankan “kehormatan” umat lebah itu, mereka rela mati dengan melepas sengatnya di tubuh pihak yang diserang. Sikap seorang mukmin: musuh tidak dicari. Tapi jika ada, tidak lari.
Itulah beberapa karakter lebah yang patut ditiru oleh orang-orang beriman. Bukanlah sia-sia Allah menyebut-nyebut dan mengabadikan binatang kecil itu dalam Al-Quran sebagai salah satu nama surah: An-Nahl. Allahu a’lam
Rasa diri ini serba kekurangan...akan cuba menjadi seekor lebah walaupun kecil, karakternya sangat mulia.


Kredit sini

Marsha
Shaklee Mama 
Master Coordinator 2016 
013.933.7697

Kami sekeluarga memang suka travel dan adventure.
Dah lama teringin nak mengembara dengan houseboat di tasik banding, grik, perak.
Tapi......pakej houseboat ni maximum 16 orang.
Keluarga kecil saya baru 3 org.
Kira masih dalam wishlist lah.

Then semalam, Geng Turki plan nak buat 2nd reunion.
Turn saya organise kali ni bersama kawan yang kat KL.
So saya decide nak buat atas houseboat kat Belum Forest Resort.
Alhamdulillah ramai yang setuju dan kami tengah deal date yang sesuai.
Sebenarnya geng turki ni kami kenal sama sama masa travel ke turki tahun 2013.
Silaturrahim kitaorg bersambung hingga kini.....alhamdulillah.

Untuk 3 hari 2 malam belanjanya RM8k untuk satu houseboat.
Jadi kalau cukup 16 orang boleh kita bahagi 16.
Termasuk aktiviti yang akan dibuat seperti easy jungle trekking, fishing dll.
Termasuk makan.
Oklah kan....rasa sangat affordable.
Ni serba sedikit gambar houseboat tu.


Mcm best kan?
Doakan reunion proceed kali ni.
Currency matawang kita jatuh, jadi kita bercuti dalam negara pun best.
Sambil mengeratkan lagi silaturrahim antara kita.
Doakan plan saya success ya kawan-kawan.
Dalam proses deal date dan participant... Yeayy.


Marsha
Shaklee Mama
Master Coordinator 2016
013.933.7697


Salam Hari Malaysia semua!!
Selamat bercuti sehari ya......hihihihi
Ok semalam dapat satu whatsapps dari encik suami.
Amboi.....mentang-mentang wife dia agak suka bebel....hahaha
So, korang tau tak?


Apa komen??
Cer share komen korang.....hihihi

Marsha
Shaklee Mama
Master Coordinator 2016
013.933.7697
Alhamdulillah akhirnya siap gak.
Dah lama delay....resepi dah lama encik husben bagi...siap print..hihi
Akhirnya pagi ni baru lah siap...hihi
Masa buat sama-sama tu penting kan....hihi



Agak-agak tau tak ape ni??
Ni lah ORGANIC PESTICIDE.
Memandangkan pokok kat umah ni dah banyak yang sakit.
Ada yang diserang Aphids serangga menghisap.
Ada yang diserang ulat.
Sebab poko organik ni memang 'musuh' suka...hihi
Cara nak buat simple je.
Ni resepinya.............

Penyediaan Bahan Larutan Stok
>> 1 liter air
>> 1 sudu besar minyak masak / minyak sayur
>> 1 sudu besar sabun basuh
>> 4-6 ulas bawang putih

Langkah
>> Masukkan minyak masak atau minyak sayur dan sabun ke dalam 1 liter air.
>> Tumbuk 4-6 ulas bawang putih dan masukkan ke dalam larutan tadi.
>> Setelah dikacau, tapiskan.
>> Untuk penyemburan: campurkan 1 bahagian Larutan Stok dengan 4 bahagian air.

** Bagi serangan serangga jenis mengunyah, campurkan 2-3 biji cili api masak (hancurkan) atau lada hitam (ditumbuk).
** Bagi serangan serangga jenis menghisap, campurkan beberapa titis essential oil atau halia.

Ok sebab tu botol nya dua....sebab buat untuk dua jenis serangan serangga.
Harap dapat membantu kawan-kawan juga



Marsha
Shaklee Mama
Master Coordinator 2016
013.933.7697
Semalam tak bersiaran.....bz memanjang.....hahahaha.
Keluar dari jam 7 petang baru sampai umah
Lepas tu kena hujan langsung melepek....hihihi
Kemanakah saya semalam?
Tak g mana pun semalam saya kerja.
Aikkk....sabtu pun kerja ye.
Cikgu sekarang tak macam dulu...kikiki
Ok sebenarnya semalam mengiring pasukan Frisbee sekolah tournament peringkat negeri.

Ok serba sedikit tentang sukan Frisbee ni..

Permainan frisbee boleh diperkenalkan di sekolah sebagai salah satu pilihan sukan untuk pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.

Apa yang menarik tentang sukan ini ialah kesuaiannya dengan persekitaran sekolah. Ia boleh dimainkan dalam bangunan (indoor) mahupun luar bangunan (outdoor). Ia juga mempunyai pelbagai versi sukan yang telah dibangunkan oleh beberapa pihak. Sukan Ultimate adalah sukan atas padang yang mempunyai intensiti agak tinggi – pelajar berlari, melompat, melontar, mengejar, menangkap piring, dan melakukannya dengan penuh gaya.
Ia juga mempunyai beberapa versi sukan lain seperti Frisbee Golf, dan pelbagai lagi. Oleh itu, guru dan pelajar mempunyai banyak pilihan aktiviti mingguan atau aktiviti 1M1S yang terancang. Ia juga adalah murah. Setiap pelajar berkemampuan untuk memiliki ‘disc’ itu sendiri.
Alhamdulillah semua berjalan lancar.
Jom layan pic tak seberapa ni...hihihi






Marsha
Shaklee Mama
Master Coordinator 2016
013.933.7697

Semalam sampai satu parcel
En suami suka layan contest dalam apps LINE.
Sponsored by Guardian.
Tak de idea hadiahnya apa...maybe voucher dll.
Bila buka......taraaaa.....


Dari kiri bodywash hello kitty, pencuci muka dan krim jerawat Nu Teens dan depan tu pil Collagen dari total image.
Alhamdulillah syukur rezeki kami.
Collagen tu ingat nak buat hadiah GA....sape nak??...hihi



Marsha Shaklee
Mama Master Coordinator 2016
013.933.7697
Mata......sense yang saya rasa sangat penting bagi kita.
Bukan rasa memang penting sangat.
Meh nak share lagu sikit:

Noor Kumalasari 

lirik Mata :

Mata memandang
Mata memikat
Matalah puncanya

Mata menjeling
Mata menggoda
Matalah asalnya

Dari mata ia datang
Barulah ke hati
Dari matalah oh sayang
Mengasyikkan hati

Oh mata memandangku
Membuat ku tersipu
Mata menggoncangkan hatiku

lirik lagu Mata Noor Kumalasari 


Lagu lama nih.....hihihi
Ok untuk mata yang sihat, kita kena jaga kurniaan Allah yang sangat unik ni.
Dengan matalah kita dapat melihat keindahan yang Allah ciptakan.
Dapat lihat famili tersayang.
Dapat menempuh segala dugaan....jadi bersyukur sgt.

Mata.....perlu dijaga.....kalau tak jaga mata akan rabun atau buta.
Bila mata rabun pun dah hilang nikmat dari Allah.
Oleh itu, untuk penjagaan mata kita perlukan beta karotin.
#korangtau tak

Lobak merah mengandungi beta karotin yang tinggi.
Jadi amalkan makan lobak merah.

#korangtautak

Alhamdulillah saya ambil caratomax utk legakan rabun mata saya.
Alhamdulillah better than before. 
Syukur alhamdulillah.


Marsha Shaklee Mama
Master Coordinator 2016
013.933.7697

Bila tengok satu gua ni...wahhhh....rasa nak gi je 
Gua ni adalah antara gua terindah di dunia.


* pic kredit to fakta sepuluh


Gua Ali Sadr ini terletak sekitar 100 kilometer di utara Hamadan, Iran barat dan merupakan salah satu gua yang paling indah di dunia. Gua berusia 70 juta tahun berisi beberapa danau besar yang dalam dan formasi stalaktit menggantung dari langit-langit gua dalam warna berbeda menambah pesona keindahannya. Mengambil bentuk kembang kol, jarum dan payung, dalam warna-warni cerah, merah, ungu, coklat, hijau dan biru, formasi tersebut memberikan pandangan eksotis di lantai gua. Dikatakan bahwa Ali Sadr adalah satu-satunya gua dengan air yang sangat jernih sehingga kita dapat melihat hingga kedalaman 5 meter dengan jelas bahkan dalam cahaya redup.

Mana tau satu hari nanti sampai kesini. 
Amin.



Lagi-lagi tentang ESP.
Kan dah bgtau nak share mengapa saya jatuh cinta dengan ESP.
Ini sebabnya.....




Asid amino dalam ESP membantu saya untuk lebih sihat dan awet muda.
Itu rahsia saya....sihat dan lebih awet muda.


Marsha
Shaklee Mama
#korangtautak
Master Coordinator 2016
013.933.7697
Sebab pertama saya pilih ESP Shaklee.
Ianya 'pior' soya Non GMO.
#korangtautak dalam satu canister ESP tu dari 30 kilogram soya.
Sebab tu skali shake rasa kenyang lama.
Memang ESP sangat kaya dengan soya Non GMO.
Kalau breakfast pagi kul 6.30 saya shake boleh tahan sampai tengahri.
Best kan??



Ramai yang memilih ESP Shaklee untuk meal replacement semasa makan berat.
Ia memang mengenyangkan sebab dalam 850 g serbuk putih berperisa vanila dari 30 kg soya.
Bayangkan skali shake sehari 3 sudu....pasti kenyang.
Sebab itu lah ia jadi 'quick' breakfast saya sepanjang hari.

Nantikan sebab seterusnya ya.

Marsha
Shaklee Mama
#korangtautak
Master Coordinator 2016
013.933.7697

Saya dapat rasakan perbezaan bila konsisten consume ESP.
Kulit makin bersih dan tiada lagi 'kawah' yang mendiami kulit wajah.
Jeragat pun dah beransur hilang.....alhamdulillah


Dah 3 tahun setia dengan satu satunya item Shaklee yang HOT tak ditelan dek zaman iaitu ENERGISING SOY PROTEIN atau ESP.


Ha ni lah ESP.....hanya Shake dan Minum.
Saya konsisten setiap hari semasa breakfast.
Hajat mulanya memang nak ambil untuk kulit. 
BONUS nya, GASTRIK saya pun jarang datang...alhamdulillah. 
Kenapa ia jadi pilihan saya?
Ada sebabnya dari segi kandungannya.
Nak tau ape dia?
Tggu next entry tau.......supriseeee!!

Marsha
Shaklee Mama 
Master Coordinator 2016 
ESP Lovers
Bila layan IG.....tertengok pic yang kawan-kawan ig share yang peta, petak tu cam cantik je,
Gini gaya nya


Nampak elegant kan bila tgk kat IG pic sekerat mcm crop gtu.
Alhamdulillah semalam ada kawan share kat group.
Ni ha rahsianya....


Trypt Pic Apps......amik yang FREE je.
Godek godek pastu jadi.
Suke sangat.
Kawan-kawan boleh try ye.

Psst: Boleh folo IG saya tau....hihi

Marsha 
Shaklee Mama 
Master Coordinator 2016 
Bloggers 
Hurm.....tak pegi pun sebab jauh
Jadi tahan je lah rasa membuak-buak nak g sana....hihihihi
Tapi......seronok nak sharing
Walaupun dah ramai sugarsista dan pegi borong.
Kawan-kawan yang belum tau, sugarscraft ada buat warehouse sale dari 4-6 Sept tau.....yes last Ahad ni....arini tau.....hihi.
Jom serbu.....ni details....



Details ni saya amik dari IG Sugarscraft Official 
Jadi buat kawan-kawan yang nak borong arini sempat lagi tau.
Jom.....

Marsha
Shaklee Mama 
Master Coordinator 2016 
Sugarscraft Lovers 
013.933.7697

Arini, otw balik kulim biasa husben akan kuar exit sebelum Bandar Baru.
Tapi terasa nak kuar exit awal lagi iaitu selama.
Jadi kami melalui jalan biasa ke kulim dari selama.
Lalu ikut bagan serai.
Masa lalu bagan serai kami tertengok ada stall kat tepi jalan juai something.
Buah.....kaler putih susu.
Husben cakap......yang, jambu susu...nak tak? Abg pusing.
Bila husben dengar isterinya nak terus beliau pusing kereta.
Alhamdulillah dah lama tak makan.
Bertahun dah rasanya.....akhirnya jumpa juga.


Putih susu kan warna dia.
Ni lah jambu susu yang saya bagitau tu.
Kata penjual, jambu susu ni baru start kat bagan serai ni.
Selonggok RM7 dapat 7 biji.
Mmg mahai sikit sbb jambu ni susah nak jumpa.
Buat kawan-kawan tengah mencari boleh cari area bagan serai otw dr jalan lama kuala gula atau taiping.
Dulu dulu pernah makan masa arwah FIL ada lagi.
Sekarang susah nak jumpa.
Alhamdulillah tahun ni rezeki saya.


Marsha
Shaklee Mama 
Master Coordinator 2016 
013.933.7697