FREE Movie Screening di TGV AEON Mall Klebang

Assalamualaikum

Sihat ke semua? Marsha kat sini alhamdulillah sihat dengan izin Allah. Moga kawan-kawan pun sentiasa sihat bersama yang tersayang. Kalau rasa tak sedap badan jangan lupa makan ubat dan rehat yer.

Nak citer tentang aktiviti kami semalam. Korang tau kan TGV AEON Klebang buat open house sempena perasmian pembukaannya? So dorg bg tgk movie FREE dari 16 sept - 18 sept (semalam last) Masa kat kampung tu mcm dah frust sebab pikir tak sempat kan. Tapi akhirnya kami berpeluang juga nak layan movie FREE ini.

Hari Sabtu kami dah bergerak balik ipoh sebab takut stuck jammed. Letih oii....hihi. So ahad tu masa rest dan preparation untuk kerja isnin. So semalam saje ajak en husben layan FREE MOVIE ni. Bukan semua movie ditawarkan tau. Hanya yang tertentu sahaja dan masa pun dah ditetapkan. Kali ni kami g tgk cerita Mermaid arahan Stephen Chow.


Masa citer ni kuar dulu tak sempat nak tgk. Alhamdulillah dapat jugak tengok dan free lagi....hihihi. Memang best citer dia Marsha bagi 4 bintang. Tak kering gusi dibuatnya tau. Anak Marsha pun suka tengok. Nak tau apa lagi movie yang ditawarkan? Boleh terjah www.tgv.com.my Alhamdulillah seronok tadi layan citer tu. Arahan stephen chow mesti kelakar punya....hihihi Disamping itu juga ada mesej yang nak disampaikan.

Apepun, ucapan ribuan terima kasih buat pihak TGV umumnya dan TGV AEON Klebang khususnya sebab bagi peluang kepada penduduk klebang khusunya untuk tonton wayang free. Mana tak nya, tadi ada tanya budak budak yang ada dorang cakap dorang dari pagi lagi layan movie. Gigih betul queue up...hihi.

Meh layan gambo kami berdua yer....^_^


Marsha
Shaklee Mama
Part time blogger
Master Coordinator 2017

5 Comments

  1. Untunglah menonton free
    Kena sekeluarga dah berapa dpt jimat kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kakzakie...sorg dah rm10 sblm kul 6. Kanak kanak rm7. Rm27 jugak tu jimat...hihi

      Delete
  2. crita tu lawak kan?? tringin gak nak tgk dlu tp tak sempat huhuhu..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us