Assalamualaikum semua 😘😘
Sekarang ni bersiaran di Johor Bharu.
Kebiasaan bila cuti sekolah Marsha & anak mmg akan follow husband outstation.
So arini di sini lah kami 😊😊😊

Pagi ni nak share dengan kawan-kawan macamana nak update blog on the go dengan Iphone
Kalau pengguna Iphone mesti dah faham kan punya siksa nak update blog pakai apps
Banyak yang tak friendly Iphone sbb Iphone pun tak friendly...hihihi

Biasa pun mmg akan buka blog via safari then updated macam kat dekstop dan mmg lambat...huhuhu
Ok meh nak share apps yang buat masa ni membantu Marsha update blog
Rasa senang bila ada apps ni



Ye ni apps dia...
Nama BLOGUMA
Lebih senang dan praktikal



Jadi kawan-kawan yang pakai Iphone boleh cuba ya
Sharing is caring 😘😘😘


Marsha
Part Time Blogger
Review Job Blogger
ID Shakler shoot to Master 2017




Assalamualaikum moninkkkkk...hihihi
Sihat semua kan?
Tak sihat jangan lupa rest dan yang penting makan ubat.
Marsha doakan kwn kwn sihat senantiasa.
Semalam punya cerita...kira terobek la ni.

Dah lama survey 'rumah baru' untuk anak anak bulus
Kena betul betul pilih sebab nak guna lama kan
Dan untuk keperluan 3 ekor kucing
Saiz , material & harga memang jadi ukuran

Dan 2 hari lepas Marsha tetiba terima sms dari RHB bank.

RM0.00 RHB: Exclusive offer just for you! Get 15% OFF at Lazada till 14/12/16 with RHB Credit & Debit Cards. Use promo code xxxxx. Visit website for T&C

Allahuakhbar...Allah tau kami tengah mencari rumah anak anak bulus dengan harga yg murah sikit.
Ok sgt dapat diskaun 15%
Syukur alhamdulillah.
So semalam terus beli.
Ni ha rumah baru dorang




3 tingkat supaya dorang selesa nak berlari lari
Alhamdulillah rezeki anak bulus
Ngam ngam offer dari RHB untuk Lazada.
TQ RHB Bank 😘😘😘

Doakan mereka membesar dengan sihat yea
Aamin


Marsha
Part Time Blogger
Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator




Assalamualaikum....,
Morning korang!!!!
Apa khabar arini? Hope semua sihat yer 😘😘

Alhamdulillah bagi anak Marsha sebab ibu dia dah agree nak bela kucing yang dah lama diidamkan...hihi
Bukan main suka dia tau.
Ibu setuju pun sebab ada pet hotel kat umah
So nak travel takde probs...hihihi

Last sunday...we got 2 kitten
Teacher anith kasi free
Seronok bukan main dia
Skrg kucing biasa pun org jual tau paling koman rm200 seekor
Dapat free mmg alhamdulillah sgt sgt...hihihi



Ni la ahli keluarga kami yang baru
Nama belum decide lg sebab yg sekor tu macam jantan
So tunggu dia besar sikit dulu
Doakan dorang membesar dengan sihat ye
Rutin ibu pun dah berubah 😆😆


Marsha
Part Time Blogger
Review Service Blogger
Shaklee ID shoot to Master



Pon..pon....
Assalamualaikum....
Sape kat sini suka SELFIE, WEFIE & bergambar dan abadikan gambar-gambar tu?
Tak kisah lah kat casing HP, Photobook dll
Marsha adalah salah satu org macam tu...hihihihi

Tau dak yang kita boleh simpan kenangan gambar kita kat casing henfon serendah RM20?
Caya x?
Nah tgk bukti ni
Marsha dah buat...hihi


Nak suh edit edit letak perkataan pun boleh
TERUJA TAK?
MACAM MANA NAK BUAT??
Olay Marsha bagi satu kod untuk korang yang berminat
KOD  : NMS1001


Korang gunakan kod nie okey untuk dapatkan harga promosi untuk casing  custom made by libertyprinting
korang boleh nak request macam mana nk letak gambar korang
yang comey iteww....hihihi
CARANYA??
Mudah sahaja

Ikut step kat bawah ni yer...

How to get this special offer?

Step 1: LIKE & SHARE this post.

Step 2: Send us a photo you want print to 019-9858151 via Whatsapp. 
Step 3: Made payment after receive confirmation from us.
Step 4: Receive your phone case within 3-5 working days after artwork is confirm.

 **Model list :
No Model
1 Samsung Note 2
2 Samsung Note 3
3 Samsung Note 4
4 Samsung Note 5
5 Samsung S3
6 Samsung S3 Mini
7 Samsung S4
8 Samsung S4 Mini
9 Samsung S5
10 Samsung S6
11 Iphone 4
12 Iphone 5/5s
13 Iphone 5c
14 Iphone 6+
15 Iphone 6s
16 Iphone 6


Term and condition:
• Offer valid while stocks last. 
• Offer until 30 Nov 2016. 
• Offer are subject to change without prior notice.
JOM grab PROMOSI NI SEGERA!!!
Up To Date korang punya henfon yang lama nampak cam baruuuuu....hihi
MAKLUMAT LANJUT BOLEH SINGGAH 
macam-macam lagi yang korang boleh buat taw :)




Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place
Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2017




 Assalamualaikum buat kengkawan blogger yang senantiasa diingati selalu.
Sihat ke korang semua?
Hope semua sihat disamping keluarga tersayang k...:)

By the way nak story sket last two weeks punya travel.
Tak jauh pun g Kedah je pun.
Sambut Belated Birthday ai yang ke 34 officially...hihihi
Ok sebenarnya voucher bilik ni dah beli lama dah masa Matta Fair bulan Sept lepas.
Executive room promotion satu malam rm288 included breakfast.
So amik untuk 2 malam punya.

Then booking 11-13 November lepas.
Last 2 weeks kan...hihihi
Sebenarnya wishlist nak naik & tdo atas gunung jerai ni dari kecik lagi.
Alhamdulillah akhirnya tercapai jua...hihihi

Ok kami check in malam 11 Nov sebab encik hubby baru balik course dia dah kul 2 lebih then 3 lebih baru bertolak dari  Ipoh.
Sampai pun kul 7 lebih tapi dah kelam dah...hihihi
Jalan dia mak ai....feninn...hihihi
 Ni amik masa turun.....sama je jalan naik...hahahaha

Ok memula check in terkujat tgk harga sebenar bilik Excecutive ialah RM455 nett
So mmg berbaloilah beli waktu promotion kan??...hihi
Ok then kami pun masuk bilik kami...makan malam dah beli nasi lemak kat bawah.
So makan kat bilik je la dekat balkoni ditemani pemandangan dan angin malam yang sejukkkkk...hihi
Bilik dia? Nak tgk....nah.....









Sejuknya kat atas sana memang sampai tulan sum sum orang kata
Dah ler birthday girl kuruih ja
Mmmg menggigil ler jawabnya...hihihi
So malam check in kami just rest je
Aktiviti kami bermula esoknya 12/11/2016

< 12-11-2016 >

Solat subuh then 8 lebih turun breakfast.
Memang best sangat sangat breakfast dengan pemandangan dari atas gunung jerai ni.
Yang tak lalu makan jadi lalu.....sungguh aih tak tipu...hihihi
 tgk ni...betuii kan??..hihi









After breakfast kami ke BOTANICAL GARDEN yang ada kat sana.
Bayaran asal: Adult rm10 & Children rm5
Tapi sebab  masa beli voucher tu Botanical Garden dapat less 50% so jimat lah.

Botanical Garden dia pun best sgt sgt...banyak jenis orkid yang cantik cantik.
Ada juga spesis pokok periuk kera yang jarang kita lihat dah sekarang ni.
Ada spesis burung burung yang comel, burung merak pun ada.
Kucing Hutan dari Afrika pun ada tau.













Kat sini pun ada menara yg kita boleh tgk dari atas...subhanallah cantik sangat sangat....:)

Lepas ke Botanical Garden kami melalui Jalan Kenari 1000 tahun untuk ke Telaga Tok Sheikh.
Alhamdulillah selamat sampai dan juga selamat naik ke hotel balik.


Dalam perjalanan tu kami bertiga kena hinggap cik pacat yang comel.
Dan ia memberikan pengalaman pertama buat anak dara kami....hihihi



Then bergambar lagii.....



Utk lunch kami beli je nasi goreng kat foodcourt luar hotel pastu makan kat bilik.
Nasi goreng foodcourt luar pun RM7 tap banyak & berbaloi.
Kalau kat restoren kat hotel mau belasan dan puluhan RM...hihi
Makan kat balkoni jugak then resttt
Jam 5 kami pi layan mandi pool.



Omak ai sejukkkk.....bleh tahan sampai kul 7 je sbb tak tahan sejuk...hahahaha
Angin dia mengancam sangat...hihihi

Malam baru kami dinner kat hotel
Nak merasa jugak kan....hihihi
Then habiskan masa jalan jalan area resort.


< 13-11-2016 >

Solat subuh then kul 8 turun breakfast
Kul 10 lompat masuk swimming pool...best time ni walaupun sejuk tapi ada matahari..hihi
Tambah pula kami bertiga je masa tu.
Petang semalam agak ramai..hihihi
Lepas puas mandi kami bersiap-siap check out.
Lepas check out kami sambung bergambar, beli orkid & road to Ipoh balik....hihihi
Oh ya otw turun jangan lupa singgah muzium perhutanan yer...:)









BTW ini adalah Birthday Treats yang PALING INDAH dalam hidup.
Saya lebih suka fresh air di atas Gunung Jerai dari mana mana tanah tinggi di Semenanjung Malaysia ni.
Serius......nak naik lagi taun depan.....weee~~~~
Buat yang suka ketenangan mmg kat sini recomended sangat sangat....jom....:)




Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2017
Assalamualaikum.....apa khabar semua???
Harap semua sihat senantiasa dan dilimpahi rahmat....Aamin.
Arini nak review satu movie kartun yang latest - TROLLS





Dah lambat dah sebenarnya tapi semalam barulah ada masa satu family untuk layan movie.
Alhamdulillah still the best time for us.
Bayangkan orang dalam panggung hanya 5%....hihihi
Agaknya dah lambat sangat then cuti lama kot...hihihi

Ok berbalik pada movie ni
Kisah mengenai 2 makhluk yang berbeza tetapi mempunyai matlamat yang sama iaitu inginkan keceriaan.
Makhluk pertama iaitu TROLL adalah makhluk comel yang berwarna warni penuh keceriaaan.
Senantiasa menyanyi dan menari....mempunyai suara merdu dan kuasa tersendiri.
Mempunyai rambut tocang yang comey.



Ok makhluk kedua ni namanya BERDEN dan agak hodoh.
Makhluk yang suram dan penuh kemarahan dan hanya akan gembira bila memakan TROLL di hari istimewa iaitu TROLLSTICE.
(Itu adalah kepercayaan mereka dari nenek moyang mereka)


Kisah ni bermula apabila putera makhluk BERDEN sepatutnya akan memakan puteri TROLL yang bernama POPPY untuk mendapat keceriaan telah terkubur kerana makhluk comey TROLLS telah lari jauh dari Pohon TROLSS. Cef yang sepatutnya memasak telah dibuang negeri dan menjadi dendam selama 20 tahun dan ia berjanji akan mencari TROLLS tersebut.

Setelah 20 tahun berlalu dan Puteri Poppy menjadi dewasa dan membuat parti paling KUAT, CERIA dan MERIAH telah mengundang kehadiran cef BERDEN yang diusir tinggal ke dalam hutan.
Dan beberapa rakan puteri Poppy telah diculik dan dibawa ke BERDEN utk dijadikan hidangan putera tersebut. Kemudian..............jeng jeng jeng......wajib tgk tau....hihihi.
Tak syoklah kan cerita sampai habis...hihihi




Yang nyata banyak pengajaran yang dapat melalui cerita ni.
Salah satu yang marsha suka adalah 'KEGEMBIRAAN SUDAH ADA DALAM DIRI KITA'
Hmmmm....dalam panggung asik nak menari je sebab lagunya best-best.
Dah la ada suara Justin Timberlake plak tu...hihihi

Okay.........g tengok tau....recomended...:)




Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2017