Assalamualaikum

Hi everyone....
Mother's Day just around the corner right?
So, any Mother's Day Gift in your plan?
It only comes around once a year and this day is very special to everyone for sure right?

How do you thanks to the person who had the biggest impact on your life? Do you have any gift for her? If not yet, I have a suggestion for you. You can find the best Mothers Day gifts from BestSub Malaysia for your wonderful mum!
Its Motto Mug ☺☺☺

Yesterday I already recieved my Motto Mug for my mum of course for Mother's Day Gift for her.
The special day must have special gift right?

Before


After




What SPECIAL of this Mug??

With 3 type design and nice creative “I LOVE YOU”, “HAPPY BIRTHDAY”, or “HAPPY MOTHER’S DAY” design inside of it, and able print your family / mother photo with the word for expressing wishes at outside.







How much does it cost?

Maybe you think personalized gift is expensive gifts to make it. Well, this Memorable Gifts just only cost RM30 each mug with printing.
You can add in banner for Motto Mug too or you can request creative sublimation Motto Mug from BestSub.
With RM30 you get lovely mug like pic below....sweet right???



The Motto Mug is the perfect personalization gift ideas for Mother's Day Gift, Valentine's Gift and Birthday Gift.
It is unique gifts from BestSub Malaysia.
With our slogan: Best Sublimation Expert - BestSub Malaysia, are specializes in manufacturing and marketing heat press machine, cutting plotters, sublimation supplies, photo crystals, badges, textiles, advertising materials and related printing services widely welcomed as corporate gifs, souvenirs, premiums, personal gifts and etc.

Let's we see how the Motto Mug is making..



Feel free to visit link for more..

http://blog.libertyprinting.com.my/personalized-mothers-day-gift/

Would like to print a Personalized Gift for your Mother?

Kindly email or call our sales person:


Contact Number: 019-9858151 (Ms. Elaine) or 019-3231515 (Mr. Steven)
Email: order@libertyprinting.com.my

BestSub Malaysia, Liberty Printing Sdn. Bhd. (1080784-T),  Sublimation Blank Supplier:
Address: 6, 6A & 6B, Jalan Harmoni 1A/KU3, Kristal Klang Commercial Centre, 42100 Klang.

Business hours: Monday to Saturday (9am to 6pm)
Website: http://www.libertyprinting.com.my/


Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place Blogger Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018
Assalamualaikum semua.....

Zaman mencabar sekarang ni majoriti wanita bekerja kan?Tak kira lah bekerjaya atau housewife tapi masih bekerja di mana sahaja. Betul tak?Jadi stress, letih dan banyak lagi faktor yang akan membuatkan kulit kita terutamanya pada bahagian wajah menjadi kusam.

Jadi untuk post kali ni Marsha nak memperkenalkan satu produk baru keluaran BRAND’S® amnya dan InnerShine® khususnyaInnerShine® memperkenalkan rangkaian produk InnerShine® iaitu InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu. Produk baru ni Marsha baru je terima sabtu lepas dan Marsha sangat happy sebab ni InnerShine® adalah produk kegemaran Marsha.



Jadi....InnerShine® mengesyorkan kita para wanita supaya melabur untuk kesejahteraan dan bagi mendapatkan kulit yang cantik dan berseri. Tekanan hidup seharian boleh mendatangkan kesan buruk kepada kita yang menyebabkan berlakunya masalah penghadaman dan kulit yang nampak lesu.

InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu merupakan pati buah-buahan semula jadi yang diperkaya dengan Resistant Maltodextrin – sejenis serat diet larut. Pati prun yang membantu mempertingkatkan pergerakan usus, membantu menyingkirkan toksin dari tubuh dan memulihkan kesihatan serta menggalakkan sistem penghadaman yang sihat, secara tidak langsung membolehkan tubuh menyerap nutrien dengan lebih baik.

Kerjasama terbarunya bersama dua ikon kecantikan dan fesyen media sosial, Nita dan Umma, yang masing-masing menjual gincu cecair premium serta tudung membantu  mendapatkan keserian luaran yang lebih menyerlah,

Sehingga 30 April, pengguna berpeluang mendapatkan sebotol InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu 42gm, apabila mereka membeli produk daripada Nita dan Umma bernilai lebih RM69. Tawaran ini terhad kepada 1,000 pelanggan pertama sahaja, jadi segera mulakan belian dalam talian sekarang. Jadi apa tunggu lagi....masih sempat lagi nak grab ni....💓💓💓

Jika lebih gemar mengunjungi pusat membeli belah, InnerShine® akan memberi ganjaran lebih tinggi dengan pembelian dua pek InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu yang mengandungi 12 botol kerana pembeli bakal menerima pek minuman tenaga BRAND’S® Ca’ya yang mengandungi 6 botol secara PERCUMA! Sementara itu, pembelian pek InnerShine® 6 botol atau 12 botol pula memberikan anda pulangan sebotol BRAND’S® Ca’ya. Menarik kan??




Mulakan melabur pada kesihatan dan kecantikan anda hari ini dan kunjungi farmasi Guardian dan Watsons terpilih seluruh negara sebelum promosi ini berakhir bulan depan. Untuk maklumat lanjut, hubungi Talian Khidmat Prihatin Pelanggan BRAND’S di 1-300-228-300, atau layari www.innershine.com.my juga InnerShine Club di Facebook.



Marsha 

Part Time Blogger 
Review Product & Place Blogger 
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018
Assalamualaikum....

Buat ape korang weekend ni?
Selamat becuti wiken & selamat berehat ye semua.
Nak share story sket...
Jumaat lepas lebih kurang kul 3 kami berdua g dating.
Encik suami amik cuti untuk spend masa bersama lepas 2 minggu outstation.
Jadi layan la mak yong ni nak tgk FF8

.
*Sambil kita tgk FF8 kita grab set popcorn best ni....💓💓. Hasil reedem point Movie Club.*


Hasilnya???
Superb sangat......
2 jam lebih dalam TGV Cinema tak boring langsung dengan aksi-aksi yang mendebarkan.
Jadi kat sini Marsha tak nak share cerita dia taw sebab nak korang tengok sendiri.
Yang nyata LIMA STAR mak yong bagi....hihihi

Jom layan tailer FF8..





Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018
Assalamualaikum...


Post ni KHAS buat bakal-bakal Mama & juga yang dah jadi Mama.
Kalau Papa atau readers lain nak baca pun lagiii seronok...hihihi
Pamper....antara barang keperluan bayi yang paling penting.
Ia juga perlu keselesaan dan juga menyerap dengan baik serta bayi akan sentiasa kekal kering.

Jadi hari ni Marsha nak REVIEW satu produk diaper ni iaitu GOO.N Diaper iaitu GOO.N Pants Super Jumbo Doraemon Edition.
Sebelum tu nak bagitau ni GOO.N Diaper Pants Super Jumbo Doraemon Edition ada dijual di LAZADA tau.
Secara amnya GOO.N Diaper ni produk dari Jepun tau.
Dan sudah bertapak di Malaysia lebih kurang 2-3 tahun dah.
Saiz yang available untuk GOO.N Diaper Pants Super Jumbo Doraemon Edition ialah dari M-XXL.
Ok jom kita tengok macamana GOO.N Diaper Pants Super Jumbo Doraemon Edition ni.

 *Bahagian hadapan....comelkan???


*Bahagian belakang plastik



 Jom kita tengok ciri-ciri ISTIMEWA GOO.N Diaper Pants Super Jumbo Doraemon Edition ni


 1. Lebih flexible dan sesuai untuk pelbagai pergerakan bayi


2. Teknologi Gel Magikal membeolehkan penyerapan yang lebih baik & cepat


3. Sangat lembut dan memberikan keselesaan yang baik pada bayi.


4. Pengudaraan yang baik dan lebih kering


 5. Mudah dipakai dan senang ditanggalkan

Unik kan ciri-ciri GOO.N Diaper Pants Super Jumbo Doraemon Edition ni?

Mesti korang tertanya-tanyakan macamana bentuk GOO.N Diaper Pants Super Jumbo Doraemon Edition ni?
Jom kita tengok GOO.N Diaper Pants Super Jumbo Doraemon Edition yang sangat comelll ini.


Sangat fluffy kanGOO.N Diaper Pants Super Jumbo Doraemon Edition ni? 
Dah la comel dengan kartun-kartun Doraemon....hihi

Okey dalam parcel GOO.N Diaper Pants Super Jumbo Doraemon Edition juga disertakan dengan GOO.N Baby Wipe dan juga GOO.N Limited Edition Penguin Baby Wipe Box.
Sangat happy sebab dapat wipe sebab ia pun adalah barang keperluan bayi.

99% Pure Water
Tiada Alkohol
Tiada Paraben
Tiada Pewangi
Memang sesuai untuk bayi....💖💖💖


*Comel kan??


Jadi buat Papa Mama yang berhajat nak cuba GOO.N Diaper Pants Super Jumbo Doraemon Edition boleh ke LAZADA MALAYSIA atau Klik SINI.
Dapatkan dengan harga terbaik dan terus sampai ke pintu rumah anda.


Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018
Assalamualaikummm...

Apa khabar semua kawan-kawan blogger & readers?
Moga kalian sentiasa sihat disamping keluarga tersayang okey.
Semoga ceria selalu.....💓💓

Okey...kat FB dan Instagram sebelum ni Marsha pernah share tentang satu event yang Marsha pergi.
Kali pertama sebagai jemputan khas dari pihak MBH Medispa.
Jemputan ini sempena pembukaan cawangan MBH Medispa yang ke-11 di Sungai Petani.
Jadi dari Ipoh, Marsha ke Sungai Petani untuk sama-sama memeriahkan Majlis Pembukaan MBH Medispa Sungai Petani bersama rakan-rakan Blogger Utara yang lain.
Jadi malam ni Marsha nak share serba sedikit tentang Majlis Pembukaan MBH Medispa di Sungai Petani.



Majlis Pembukaan MBH Medispa cawangan Sungai Petani juga dimeriahkan dengan artis-artis yang dijemput khas iaitu Lisdawati, Fareez Mentor & Qody Mentor.

Okey kami sebenarnya datang wakil berenam dari Blogger Utara.
Ni lah kami semua.............semuanya sporting.
Ada yang Marsha pernah jumpa sebelum ni dan ada 1st time bersua muka....tapi macam dah kenal lama.



Event bermula jam 2 petang tapi kami sampai awal untuk melihat persiapan pembukaan dan jamuan makan.
Setibanya kami ke destinasi kami semua disambut mesra oleh salah seorang staff MBH Medispa iaitu Puan Zalia.
Beliau memberi sedikit sebanyak penerangan tentang tentatif program dan juga maklumat tentang MBH Medispa.
Suasana agak meriah dengan customer yang nak buat skin analysis dan membeli produk serta grab harga promo di hari istimewa ini.
Setelah selesai kami di brief oleh Puan Zalia kami memulakan kerja-kerja kami untuk capture moment di sana.




Ok nak kenal tak insan penting MBH Medispa ini?
Nama beliau ialah Puan Yaya Mohammad dan adalah PENGASAS atau Owner MBH Medispa ini.



Cantik orangnya kan?
Okey meh Marsha ceritakan sedikit tentang MBH Medispa ni.
MBH Medispa ni nama asalnya ialah Maya Beauty House bersempena dengan nama anak Puan Yaya Mohammad, Pengasas MBH Medispa.
Puan Yaya adalah anak kelahiran Johor yang kini menetap di Ibu Kota KL. Puan Yaya berumur 37 tahun.
Success women walaupun masih muda. Sangat menjadi inspirasi.
Kami dimaklumkan oleh Puan Yaya sendiri semasa sesi temuramah, Puan Yaya bukan dari bidang health & beauty sebenarnya. 
Beliau dari bidang Kejuruteraan dan menceburi Bidang Health & Beauty ni kerana minat yang mendalam.
Beliau sambung study dekat Indonesia sebelum membuka MBH Medispa ini kerana pada Beliau, ilmu adalah amat penting.
Dan sangat mengagumkan kerana cawangan MBH Medispa di Sungai Petani ini adalah cawangan yang ke-11.
Bakal menyusul cawangan yang ke-12 di Bertam, Pulau Pinang.
Jom Marsha sharekan cawangan MBH Medispa yang lain...


  1. Ampang - Galaxy Ampang Shopping Centre
  2. Bangi - Taman Putra Kajang
  3. Cheras - Bandar Sri Permaisuri
  4. Johor Bharu - UDA Business Centre
  5. Kota Damansara - The Strand Damansara
  6. Melaka - Koya Fesyen MITC
  7. Negeri Sembilan - Pusat Bandar Senawang
  8. Shah Alam - Alam Avenue 2
  9. Wangsa Maju - Taman Seri Rampai
  10. Ipoh - Meru Bestari
Jadi pada yang berdekatan dengan cawangan-cawangan diatas boleh lah ke cawangan terdekat dan buat treatment di sana yer...:)


Perkhidmatan yang disediakan di MBH Medispa ini lebih fokus kepada aspek rawatan kecantikan wajah dengan sedikit tambahan elemen moden dan juga tradisional. 
Antara rawatan yang disediakan ialah seperti rawatan Micro needle Dermapen untuk parut, Clinical Acne untuk jerawat, Oleous skin treatment untuk kulit yang berminyak, Stem Cell Anti-aging untuk rawatan anti-penuaan dan pelbagai lagi rawatan yang lain. 
Harga rawatan bermula serendah rm70 (yg paling basic)  hingga RM600.
Antara keunikan yang terdapat di pusat rawatan kecantikan MBH Medispa ini adalah, mereka menggunakan produk organik buatan sendiri yang dijamin halal, selamat dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Sebelum upacara Perasmian kami di jamu dengan jamuan yang sangat sedap tau...








Ok jom kita tengok suasana semasa Perasmian Pembukaan MBH Medispa Sungai Petani.




Ucapan Alu-Aluan dari Pn. Yaya Mohammad dan Pn. Lisdawati









Upacara Pemotongan Kek





Upacara Perasmian oleh Pn Lisdawati


Ok jom kita tengok pula aktiviti semasa seharian event berlangsung...



Sebelum balik kami sempat berposing dengan Puan Yaya, Pn Lisdawati, Fareez Mentor, Cody Mentor dan juga Duta MBH iaitu Afiq.





Majlis yang meriah dan seronok.
Terima kasih MBH Medispa menjemput kami semua 💓💓💓💓

Lokasi MBH Medispa Cawangan Sungai Petani:


19, Jalan Cempaka 1, 
Bandar Amanjaya, 
08000 Sungai Petani, 
Kedah

(Bersebelahan Zhulian)

Tel: 018-299 9039

Untuk lebih maklumat lanjut mengenai MBH Medispa sila layari laman web dan media sosial MBH Medispa seperti di bawah :


       Blog: www.mbhmedispa.com

Facebook:MBH Medispa 
Instagram: mbh_medispa



Marsha 
Part Time Blogger 
Review Product & Place Blogger 
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018




Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

Assalamualaikum

Korang semua buat ape tu???
Marsha tau korang mesti tengah FREE kan?
Meh baca apa yang Marsha nak kongsikan ni.

Arini Marsha nak kongsikan tentang SATU produk yang memang dah lama bertapak di hati kita terutamanya ibu-ibu 
Pernah dengar CARRIE JUNIOR tak?
Ala yang selalu iklan ngan gajah yang comey itewwww....hihihii
Rangkaian penjagaan bayi dan juga kanak-kanak yang seantero Malaysia dah kenal terutamanya di kalangan ibu-ibu.

Selama lebih daripada 20 tahun, CARRIE JUNIOR telah mencipta jenama yang dipercayai dalam pasaran penjagaan diri kanak-kanak yang dirumus khas untuk kanak-kanak dan bayi. Sebagai jenama yang percayai dengan inovasi, CARRIE JUNIOR sentiasa mencari cara baru bagi memenuhi keperluan pengguna setia yang sentiasa mengutamakan nilai dan kualiti.

Kos sara hidup yang meningkat telah menyebabkan pengguna mencari alternatif untuk mengurangkan perbelanjaan. Namun bajet yang ketat tidak bermaksud anda perlu mengorbankan keperluan penjagaan diri, terutamanya apabila tiba masa mandi untuk si manja anda.

Ok jom baca sedikit tentang produk CARRIE JUNIOR ini

Tentang CARRIE JUNIOR 

CARRIE JUNIOR merupakan rangkaian premium penjagaan diri si manja yang membantu merapatkan hubungan ibu bapa dengan si manja melalui waktu mandian yang menyeronokkan. Rekaan pembungkusan yang menarik dan berwarna warni membantu kanak-kanak mencetus imaginasi di dalam bilik mandi.

Rangkaian CARRIE JUNIOR diformulasikan dengan Fruito–E, kombinasi ekstrak buah semulajadi yang diperkaya dengan nutrient dan vitamin bagi membantu menyubur, melembap dan melindungi rambut serta kulit lembut si manja. Rangkaian CARRIE JUNIOR memberikan anda pelbagai pilihan wangian buah-buahan bagi memastikan si manja sentiasa berasa segar dan bersih sepanjang hari.  Carrie Junior yang bertindak membersih dengan lembut dan efektif ini sangat sesuai untuk kegunaan harian.

Diiktiraf Halal, rangkaian Carrie Junior termasuklah Baby Bath, Baby Shampoo, Hair & Body Wash, Baby Powder, Baby Lotion and Baby Oil. Ia juga mempunyai bau buah-buahan yang digemari kanak-kanak.

Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia, CARRIE JUNIOR kini menawarkan pek isian semula, suatu pilihan penjimatan kos.
Pek isian semula mudah guna, dan menjimatkan ini bukan sahaja khas untuk pengguna setia, tetapi juga sesuai untuk pengguna baru yang ingin mencari produk penjagaan diri buat si manja tanpa perlu berbelanja lebih.



Pek isian semula baharu ini turut membantu memulihara alam sekitar kerana ia mengurangkan keperluan membeli botol mandian baru yang akan meningkatkan pembaziran sisa plastik dan memberikan kesan buruk kepada alam sekitar.
Dengan CARRIE JUNIOR Refill Packs, ibu bapa dapat berjimat dan menyelamatkan alam sambil menyediakan si manja dengan kelengkapan peribadi yang terbaik.

CARRIE JUNIOR Refill Packs kini tersedia 2 jenis rangkaian iaitu :
Hair and Body Wash dan Baby Bath.




Pek isian semula CARRIE JUNIOR Baby Bath 500g berharga RM8.90* (Semenanjung) dan RM 9.30* (Sabah & Sarawak) manakala CARRIE JUNIOR Hair and Body Wash terdapat dalam harga RM9.90* in (Semenanjung) dan RM 10.40* (Sabah & Sarawak). Produk CARRIE JUNIOR boleh didapati di gedung-gedung runcit terkemuka, pasaraya hyper, pasaraya, dan farmasi terkemuka di seluruh Malaysia.
*Harga termasuk GST.

Bau dia memang sangat wangi dan anak Marsha pun memang sukakan produk CARRIE JUNIOR ini.
Jom kita cuba jom....😍😍



Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018
Assalamualaikum

Kali ni Marsha nak kenalkan kat korang produk baru keluaran SAFI BALQIS
Korang memang selalu dengar SAFI BALQIS kan?
Glemer produk ni dan mempunyai pelbagai rangkaian.
Kali ni SAFI BALQIS memperkenalkan rangkaian penjagaan kulit terbaru iaitu SAFI BALQIS OxyWhite
Dengan TAGLINE - Berikan Nafas Baharu Agar Kulit Wajah Sihat Berseri & Cerah Sempurna
Memang cun sangatttt....

Sekarang ni semua pelbagai umur mementingkan kulit yang cerah.
Proses pencerahan kulit wajah menjadi lebih cepat dan efektif apabila kulit berada dalam keadaan yang sihat serta mempunyai oksigen yang mencukupi. 
Keadaan udara yang tercemar serta sinaran UV yang berbahaya menyebabkan oksigen yang terdapat di dalam kulit semakin berkurangan.
Tambahan pula, ramai tidak sedar akan sinaran IR (Infra-merah) daripada matahari dan benda berbahang dapat menyebabkan kulit menjadi semakin kusam dan gelap.

Memahami impian setiap gadis untuk memiliki kulit wajah cerah sempurna, SAFI jenama halal no 1 tempatan memperkenalkan formulasi baharu dalam rangkaian penjagaan kulit SAFI Balqis yang diperkaya dengan Formulasi OxyWhite iaitu gabungan Nano Oxygen dan Nano BioWhite agar kulit wajah tampil lebih sihat dan cerah sempurna. 
Kelahiran baharu dalam legasi kecantikan SAFI ini dikenali sebagai SAFI BALQIS OxyWhite.



Ni lah SAFI BALQIS OxyWhite untuk review

Formulasi baharu SAFI BALQIS OxyWhite hadir dalam rona bungkusan serta reka bentuk produk yang menarik dan mudah di bawa kemana sahaja.Kombinasi warna biru laut dan hijau cerah yang menaikkan jiwa gadis agar tampil segar dan berseri digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite bagi kulit wajah normal, manakala gabungan rona jingga dan kuning yang memberikan mood ceria dan penuh keyakinan pula digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite kawalan minyak.

Seiring dengan rekaan pembungkusan berwajah baharu ini, SAFI turut menukar reka bentuk logo dan tipografi agar kelihatan lebih moden, dan menarik perhatian pengguna. Logo baharu ini tampil lebih simple & trendy sepadan dengan personaliti SAFI BALQIS yang muda, segar dan yakin sentiasa. 


Berikan nafas baharu pada kulit wajah anda melalui rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite yang berikut:

1) Rangkaian Produk Penjagaan Kulit SAFI BALQIS OxyWhite (Untuk Kulit Wajah Normal)

SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih Muka

Saiz Pek : 50g/ 100g
RCP : RM7.30/ RM12.30 (selepas 6% GST)
Aktiviti harian dan faktor persekitaaran punca kulit kotor, kusam dan tidak bermaya. Formulasi dengan Teknologi Mikro-Buih yang mewah berkrim ini bertindak:
Membersih jauh ke dalam liang pori
Menghilangkan baki kotoran dan sisa solekan
Mengekalkan kelembapan selepas penggunaan
Sesuai untuk semua jenis kulit






SAFI BALQIS OxyWhite Krim Skrub


Saiz Pek : 100g
RCP : RM 12.90 (selepas 6% GST)
Sel kulit mati dan sisa kotoran punca kulit muka kusam, kotor dan tidak bermaya. Formulasi tanpa buih diperkaya dengan butiran halus manik Aprikot bertindak:
Menanggalkan sisa kulit mati serta bintik hitam tanpa mencalarkan kulit
Membersih secara mendalam ke liang pori untuk menanggalkan kotoran dan sebum yang terperangkap
Dirumus dengan pH seimbang
Sesuai untuk semua jenis kulit

SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih & Penyegar 2 dalam 1


Saiz Pek : 150ml
RCP : RM17.40 (selepas 6% GST)
Kesibukan dan jadual harian yang padat menjadi punca kulit wajah kusam dan tidak bermaya. Pembersih ini bertindak:
Membersih dengan mendalam untuk mengeluarkan sisa kotoran sambil mengecilkan pori
Manik mikro dengan Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E bertindak sebagai antioksida untuk memberiperlindungan optimum pada kulit
Formulasi tanpa sabun mengekalkan kelembapan pH kulit
Kandungan Mentol menyejuk dan menyegarkan kulit muka

SAFI BALQIS OxyWhite Esen Pencerah


Saiz Pek : 20ml
RCP : RM28.10 (selepas 6% GST)
Formulasi yang diperhebat dengan Nano Oxygen dan Nano BioWhite yang 1000X lebih efektif daripada Vitamin C bertindak:
Mencerah dengan lebih intensif dan pantas
Memudarkan pigmentasi secara mendalam
Menyamaratakan tona kulit muka
Memperbaharui kulit muka agar lebih berseri
Mengurangkan kemerahan dan kerengsaan
Melembut dan menghidrasi kulit

SAFI BALQIS OxyWhite Penyegar




Saiz Pek : 100ml
RCP : RM10.90 (selepas 6% GST)
Liang pori akan terbuka selepas membersih kulit wajah lalu menyebabkan kulit terdedah kepada kotoran. Penyegar SAFI BALQIS OxyWhite bertindak:
Mengecilkan liang pori agar kulit wajah bersih dengan Ekstrak Cendawan
Menyediakan kulit wajah untuk menerima produk seterusnya dengan lebih berkesan
Memberi kesegaran tanpa meninggalkan rasa melekit dengan formulasi tanpa alkohol

SAFI BALQIS OxyWhite Krim CC SPF25PA++


Saiz Pek : 20g
RCP : RM 21.70 (selepas 6% GST)
Krim ini merupakan asas solekan dengan manfaat krim pelembab bertekstur ringan dan berasaskan air yang bukan sahaja menjadikan kulit lebih mulus malah bertindak:
Menutup cela tanpa menyumbat liang pori agar kulit bebas bernafas
Mencerahkan kulit serta merta
Menyemaratakan tona kulit agar cerah semulajadi
Menyamar bekas jerawat dan bintik hitam
Melindungi kulit daripada sinaran UVA & UVB berbahayadengan SPF25PA++
Melembap kulit wajah
Mengurangkan kilap pada permukaan wajah yang berminyak

SAFI BALQIS OxyWhite Krim Pelembap Siang SPF20PA++IR




Saiz Pek : 45g
RCP : RM 20.20 (selepas 6% GST)
Sinaran matahari dan penghawa dingin punca kulit wajah menjadi kusam, gelap dan kering. Krim pelembap siang ini bertindak:
Menjadikan kulit 2 tona lebih cerah
Melindungi daripada radiasi UVA & UVBdengan SPF20PA++
Mencegah kulit jadi gelap akibat radiasi infra-merah (IR) dengan Pelindung IR
Melindungi kulit daripada radikal bebas secara 100%
Mencerah kulit dengan pantas dan intensif
Menghaluskan kulit
Menyaramatakan tona kulit

SAFI BALQIS OxyWhite Pelembap Gel


Saiz Pek : 45g
RCP : RM 20.20 (selepas 6% GST)
Pelembap gel yang berasaskan air dengan tekstur ringan yang memberi lembapan sehingga 24 jam bertindak:
Mencerah dan meredakan ketidakselesaan pada kulit wajah
Vitamin B3 menyamaratakan tona kulit muka
Asid Hialuronik memberi lembapan mendalam dan berpanjangan
Mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit
Sesuai untuk kulit kombinasi dan kulit berminyak, siang ataupun malam

SAFI BALQIS OxyWhite Krim Pencerah Lengkap SPF15
Saiz Pek : 40g
RCP : RM14.90(selepas 6% GST)
Krim pencerah lengkap yang berasaskan air ini diperkaya dengan Mineral Insta-Cerah bertindak:
a) Mencerahkan kulit wajah dengan ketara
b) Menyamaratakan tona kulit wajah dengan ketara
c) Melindungi kulit wajah daripada sinaran UV berbahaya
d) Mengurangkan pembentukan bintik hitam
e) Memberi lembapan berpanjangan tanpa rasa melekit
f) Mengurangkan kilap pada kulit wajah yang berminyak

SAFI BALQIS OxyWhite Krim Kecantikan


Saiz Pek : 16g
RCP : RM8.60 (selepas 6% GST)
Tona kulit wajah yang tidak sekata menyebabkan muka kurang menyerlah. Krim ini bertindak:
a) Sebagai asas solekan untuk menutup cela dengan sempurna
b) Melindungi kulit daripada sinaran UV di samping memudarkan pigmentasi
c) Mengekalkan lembapan dan melembutkan kulit wajah
d) Menyamaratakan tona kulit

SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih Solekan


Saiz Pek : 200ml
RCP : RM17.40 (selepas 6% GST)
Solekan yang tidak dibersihkan dengan sempurna akan menyebabkan liang pori tersumbat. Pembersih solekan dengan Teknologi Micellar berasaskan air ini bertindak:
a) Menanggalkan solekan serta kotoran dengan mudah dan sempurna
b) Mengekalkan kelembapan dan meningkatkan keanjalan kulit dengan kandungan Bio Hialuronik 
c) Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif

2) Rangkaian Produk Penjagaan Kulit SAFI BALQIS OxyWhite (Kawalan Minyak)

SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih Muka Kawalan Minyak & Jerawat



Saiz Pek : 50g/ 100g
RCP : RM7.30/ RM12.30 (after 6% GST)
Kulit wajah yang berminyak menjadi punca pembiakan bakteria serta pembentukan sebum yang akan menghasilkan jerawat di kulit muka. Pembersih wajah khas untukkulit berminyak ini bertindak:
a) Membersih dengan mendalam agar kulit bebas kotoran dan minyak
b) Mengawal jerawat dengan menyerap lebihan minyak dan kotoranyang terkumpul di dalam liang pori kulit
c) Mineral Zink Mikro mengawal pembentukan sebum untuk mencegah jerawat
d) Sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat


SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih & Penyegar Kawalan Minyak & Jerawat 2 Dalam 1


Saiz Pek : 150ml
RCP : RM17.40ml (selepas 6% GST)
Sisa kotoran dari udara tercemar adalah punca kulit wajah berminyak dan berjerawat. Pembersih dan penyegar 2 dalam 1 ini bertindak:
a) Membersih dengan mendalam untuk mengurangkan sisa kotoran sambil mengecilkan pori
b) Manik Mikro dengan kandungan Minyak Tea Tree dan Vitamin E membantu mengurangkan pembentukan jerawat
c) Zink Mineral Mikro mengawal pembentukan sebum 
d) Formulasi tanpa sabun mengekalkan kelembapan pH kulit 
e) Kandungan Mentol menyejuk dan menyegarkan kulit muka


SAFI BALQIS OxyWhite Krim Anti Jerawat



Saiz Pek : 15g
RCP : RM11.90 (selepas 6% GST)
Kulit wajah yang berjerawat menyebabkan anda berasa tidak yakin dan kurang selesa. Dengan formulasi 99.9% Anti-Bakteria, krim ini bertindak:
a) Sebagai rawatan intensif anti jerawat
b) Menghalang pembentukan bintik hitam
c) Memudarkan parut jerawat
d) Mineral Zink Mikro mengawal pembentukan sebum untuk mencegah jerawat
e) Meredakan kulit kemerahan dengan Lipid Enhancer semulajadi meredakan kemerahan
f) AHA semula jadi mengawal jerawat punca bakteria


Menurut Pengurus Pemasaran SAFI, Puan Mahsuri Sulaiman “Kami di keluarga SAFI menggambarkan SAFI BALQIS sebagai sahabat sejati yang sentiasa sedia memberikan nasihat kecantikan untuk anda tampil cerah secara semulajadi dan yakin.
Dengan kelahiran baharu SAFI BALQIS OxyWhite bukan sahaja memberikan kulit 2 tona lebih cerah, malah menjadikan kulit sihat dari dalam secara semulajadi.
Setiap satu daripada variasi produknya memberikan manfaat sendiri dalam mengatasi masalah kulit yang gelap dan kusam”.

Berbicara tentang kualiti produk dan keberkesanannya , “Setiap penghasilan produk keluaran SAFI dilakukan berdasarkan penyelidikan oleh SAFI Excelence in Research & Innovation (SERI Research Institute) yang terletak di Subang Jaya. 
Makmal Research & Development (R&D) Halal terbesar di Asia Tenggara ini menggunakan sumber bahan global yang berkualiti tinggi dan tidak diuji pada haiwan, agar dapat menjamin keberkesanan produk dan memperkukuhkan falsafah SAFI- Selamat dan Suci
Gabungan teknologi serta kepakaran yang kami ada menjadikan produk tempatan ini setanding dengan produk jenama antarabangsa,” jelas Puan Mahsuri 

Kata beliau lagi, “Formulasi OxyWhite terhasil daripada gabungan teknologi Nano Oxygen dengan Nano Biowhite supaya kulit wajah kelihatan sihat berseri dan cerah sempurna. Teknologi Nano Oxygen bertindak membebaskan oksigen tambahan kedalam lapisan epidermis kulit wajah agar mengaktifkan sel kulit supaya membantu Nano BioWhite untuk mempercepatkan proses pencerahan kulit secaraefektif dengan memperlahankanpembentukan melanin yang menjadi punca pigmentasi sambil meratakan tona kulit. Hasilnya, kulit menjadi lebih sihat berseri dan cerah sempurna”.

“Bukan sekadar menggabungkan dua jenis teknologi nano, keberkesanan formulasi sedia ada turut dipertingkat di dalam produk baru ini. Penanggal solekan SAFI kini dilengkapi dengan teknologi Micellar yang mampu menanggal solekan, minyak dan habuk dalam satu sapuan pada permukaan wajah. 
Manakala manfaat perlindungan yang terkandung dalam Krim Siang SAFI juga dipertingkat dengan teknologi Pelindung IR (Infra-Merah) bagi melindungi wajah daripada sinaran Infra-Merah dari matahari dan bahang yang boleh menyebabkan kulit menjadi kusam dan gelap” 

Menambah keceriaan dalam legasi kecantikan keluarga SAFI, SAFI berbangga untuk memperkenalkan Sarah Hildebrand, pelakon, model serta pengacara program televisyen sebagai duta SAFI BALQIS OxyWhite.“Bagi kami, Sarah merupakan epitome gadis masa kini.Beliau mempunyai personaliti yang bersahaja, namun penuh dengan kecantikan dalam setiap aspek. Raut wajah yang manis, tutur kata yang lembut, perwatakan yang ceria dan penuh jenaka tetapi masih mengekalkan ciri-ciri kesopanan dalam tingkah laku. Sikapnya yang aktif dan sentiasa kelihatan segar di lapangan kerjaya, meniup nafas baharu dalam industri. Setiap gerakannya yang mempesona menjadikan Sarah individu yang paling sesuai sebagai Gadis Balqis terbaharu kami,” terang Puan Mahsuri.

Mengulas tentang kredibiliti Sarah mempromosikan SAFI BALQIS OxyWhite, Puan Mahsuri berkata, “Dengan personaliti down to earth Sarah, beliau akan membawa SAFI BALQIS untuk lebih dekat dengan pengguna, khususnya para gadis yang mengimpikan kulit wajah cerah sempurna. 
Dengan pengalaman sendiri beliau sebagai pengguna dan duta SAFI BALQIS OxyWhite, Sarah akan menjadi contoh, dan ‘sahabat sejati’ dalam membantu gadis-gadis seusia mencari solusi pencerahan wajah yang terbaik. Sikapnya yang mesra dan mudah didekati membawa keyakinan terhadap produk kami bagi menyampaikan mesej kecantikan kepada semua wanita”.

Apa lagi korang??
Jom la cuba SAFI BALQIS OxyWhite ni.
Buat pengguna setia SAFI BALQIS memang WAJIB try okeyyy....😍😍

Untuk maklumat lanjut tentang SAFI BALQIS OxyWhite ni boleh rujuk maklumat dibawah okey....

Produk ini boleh didapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama. Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman facebook SAFI, www.facebook.com/SAFI.MY, laman Instagram SAFI@safimalaysia dan saluran Youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia.

Selamat Mencuba!!!





Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018