INFO: E-Operasi - Apa Yang Anda Perlu Tahu

E-Operasi - Apa Yang Anda Perlu Tahu


Assalamualaikum....

Malam ni Marsha nak share sedikit info penting kepada kakitangan kerajaan amnya dan khususnya buat para pendidik di Malaysia ni seperti Marsha. Sebab ia info yang sangat penting, jadi baca sampai habis tau..:)

Apa dia EOperasi ni?? 
Memula dengar mesti pelik kan? Apa lagi nak kena buat ni...hihi
EOperasi Modul Pengurusan Guru merupakan salah satu modul pengurusan daripada KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia). 




EOperasi adalah sebuah aplikasi digunakan oleh para guru untuk mengemaskini data mereka dalam perkhidmatan perguruan yang merupakan inisiatif daripada Kementerian Pelajaran Malaysia



Selain EOperasi juga, Kerajaan telahpun membangunkan banyak sistem yang masih ramai tidak tahu,antaranya:


1.  SAPS Ibu Bapa 
SAPS Ibu Bapa merupakan sistem analisis peperiksaan sekolah yang diwujudkan oleh pihak kementerian bagi memudahkan ibu bapa membuat semakan keputusan peperiksaan sekolah.

2. APDM(Aplikasi Pangkalan Data Murid)
APDM adalah sistem E Kehadiran Murid, secara umumnya digunakan untuk guru kelas atau orang yang diturunkan kuasa oleh Pentadbir untuk mencatat kehadiran murid ke sekolah. e Kehadiran ini merupakan salah satu aplikasi paling penting yang ada di dalam sistem aplikasi pangkalan data murid secara atas talian.

3.  HRMiS
HRMIS ini merupakan aplikasi dalam talian yang dikenali sebagai Sistem Maklumat Pengurusan sumber Manusia ataupun dalam bahasa inggerisnya Human Resources Management Information System.
Aplikasi ini digunakan oleh setiap penjawat awam untuk permohonan cuti mahupun mengemaskini maklumat peribadi mereka dari semasa ke semasa.

Website yang mengiklankan jawatan-jawatan kosong di seluruh negara dari masa ke semasa. Terdapat pelbagai kekosongan yang boleh di isi oleh rakyat malaysia yang berminat .



Sistem-sistem ini dibangunkan khusus untuk memudahkan rakyat Malaysia menyimpan data dan membantu kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dan sistematik dan menyahut seruan tahun 2020 nanti. Kata zaman makin moden kan? Betul x?



E-Operasi juga digunakan untuk menyemak status guru-guru jika mereka mahu bertukar tempat melalui Borang Status Kedudukan Guru (BSKG).

Dengan adanya e Operasi ini, para guru lebih mudah menguruskan data-data yang penting semudah di hujung jari sahaja. Maklumlah sekarang zaman internet ni kepantasan diambil kira. Kalau tidak kita akan ketinggalan jauh dari orang lain memandangkan pada zaman ini perguruan dan internet sudah pasti tidak boleh berenggang.



Saya rasa masih ramai para guru yang masih belum tahu cara atau belum reti untuk menggunakan sistem e-Operasi ini betul? Di bawah ini adalah cara untuk login e operasi Modul Pengurusan Guru:

Bagi mengetahui panduan untuk login eoperasi secara online sila klik di sini --> eOperasi



Guru-guru digalakkan untuk login sistem ini melalui laman web ini kerana tidak akan terjadi masalah website down atau terjadi Laman tidak dapat diakses. Klik sahaja link tadi dan ikut arahan untuk mengemaskini data-data melalui e-Operasi. Data-data melalui e-Operasi mengandungi pelbagai maklumat yang penting seperti maklumat peribadi, sejarah mengajar, maklumat tentang pasangan, maklumat gaji, pencen, naik pangkat dan banyak lagi. Jika perlukan data untuk memohon kenaikan pangkat atau pertukaran tempat bekerja. E-Operasi amat dititikberatkan.

Modul E-operasi ini menguruskan berkaitan guru dan bukan guru yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu pengguna (guru dan bukan guru) dan pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah).

Kebaikan E-Operasi adalah sebagai 'bank maklumat bergerak' kepada pengguna dan membantu pengguna mengemaskini data atau maklumat hanya dengan menggunakan smartphone tanpa perlu buka komputer di pejabat. Selain itu juga, maklumat kita lebih selamat dan tidak mudah hilang. Ia juga sesuai dengan zaman IT pada masa kini.

Ok jadi harap artikel ini membantu semua dan bagi Marsha E-Operasi ini adalah aplikasi yang sangat-sangat membantu.


P/S: Sila share artikel ini semoga ia membantu lebih ramai orang lebih tahu mengenai eoperasi 2017 ini dan mengemaskini data-data mereka hanya secara online. 



Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

3 Comments

  1. Saps je sy penah dgr..senang guna...ank abis exam je pas seminggu terus check hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak lagi aplikasi sekarang...untuk pelajar ponteng pun kena masuk online juga....zaman it kan...hihi

      Delete
  2. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
    Saya HANDAYANI ingin berbagi kpd teman semua…tentang Angka Togel Yang Di Berikan Ki HAJAR DEWANTORO, Awalnya saya sedikit ragu tetapi saya sangat membutuhkan bantuan, dan saya coba hub ki HAJAR DEWANTORO
    Alhamdulillah saya bisa di bantu oleh beliau, pertama beliau memberikan angka 4D kpd saya, dan angka itu saya pasang,, awalnya saya tidak percaya ketika teman saya memberikan kabar, kalau angka yg aku pasang benar-benar keluar, dan saya menang 275juta, berkat bantuan ki HAJAR DEWANTORO.,
    Saya ucapkan banyak terima kasih kepada ki HAJAR DEWANTORO yang telah meluangkan waktunya untuk saya, konsultasi dengan ki HAJAR DEWANTORO selama ini benar benar sangat luar biasa…. Selain hebat, ki HAJAR DEWANTORO juga punya keahlian banyak. seperti, minyak penarik uang,, Santet,, Penarikan dana ghaib,, Pelaris,, dan minyak Pelet,,
    Info: Buat Teman yang Pengen Merubah Nasib Silahkan..
    Hub: Ki HAJAR DEWANTORO Di:082-188-463-467.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us