SAPS Ibu Bapa: Cara Mudah Semak Keputusan Peperiksaan

SAPS Ibu Bapa: Cara Mudah Semak Keputusan Peperiksaan



Assalamualaikum...

Salam 19 Ramadhan semua....pejam celik dah nak masuk 10 hari terakhir Ramadhan.
Cepatnya masa berlalu kan?
Arini Marsha nak share lagi info satu aplikasi untuk Ibu Bapa memantau result anak-anak iaitu SAPS Ibu Bapa.
Apa menariknya aplikasi yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran ini?
Jom kita tengok.....

SAPS Ibu Bapa


SAPS ibu bapa sebenarnya dah agak lama dari anith darjah 1 lagi dan sudah maklum dikalangan ibu bapa. Saps ini sangat memudahkan Marsha untuk memantau result anak. Jadi kita lebih extra ready untuk anak-anak kita.  

SAPS adalah singkatan kepada 'sistem analisis pelajaran sekolah' merupakan satu inisiatif daripada Kementerian Pelajaran Malaysia secara langsung memberikan kemudahan kepada Ibu Bapa yang sibuk dengan kerja untuk memantau keputusan anak-anak dari hujung jari sahaja. Memang di sekolah ada Hari Bertemu Waris tapi tak semua Ibu Bapa berpeluang hadir kerana tuntutan kerja.

sumber: Google


Dengan adanya SAPS Ibu Bapa ini, Ibu Bapa akan sentiasa dapat memantau keputusan peperiksaan anak-anak secara berterusan dan secara langsung kita akan mengambil berat atas prestasi anak-anak kita nanti. Jadi pada zaman IT ini Ibu Bapa akan lebih fokus dengan anak-anak. 

Walaupun aplikasi ini dah lama, Marsha yakin masih ada ibu bapa yang belum tahu cara untuk menyemak keputusan menggunakan SAPS Ibu Bapa ini. Meh Marsha kongsikan caranya...

Bagi memeriksa keputusan peperiksaan anak-anak secara online sila klik di sini --> SAPS Ibu Bapa.


Anda digalakkan menyemak keputusan peperiksaan anak anda melalui laman web ini kerana tidak akan terjadi masalah website down atau terjadi Laman tidak dapat diakses. Klik sahaja link tadi dan ikut arahan untuk menyemak keputusan peperiksaan anak melalui SAPS NKRA Ibu Bapa. Bila terlampau ramai pengguna yang menggunakan mungkin akan terjadi masalah 'hang' atau laman tidak dapat di akses. Jadi lebih senang klik link yang Marsha kongsikan di atas tadi. 

Apabila sudah boleh menyemak keputusan anak - anak pada bila-bila masa di mana jua, kita boleh terus prihatin dan lebih ambil berat tentang pendidikan mereka. Jadikan kelebihan teknologi ini satu batu loncatan kepada kita mendidik anak-anak. InsyaAllah, tidak akan berlaku lagi perkara seperti anak sorok keputusan peperiksaan, anak tipu tandatangan buku rekod, anak tercicir dalam pelajaran dan pembelajaran dan lain-lain perkara yang tidak baik.

**Sila share artikel ini semoga ia membantu lebih ramai orang lebih tahu mengenai SAPS Ibu Bapa 2017 ini dan boleh semak keputusan peperiksaan anak-anak mereka hanya secara online.  **

Bila dah ada peluang untuk semak keputusan anak lebih awal maka Marsha pun tumpang berdebar...hihi. Tapi sangat bersyukur kerana ia amat memudahkan kita untuk memantau anak-anak kita sebelum hanyut lebih jauh.

Jadi jom kita sebagai Ibu Bapa gunakan peluang ini sebaiknya....:)

Marsha 

Part Time Blogger 
Review Product & Place Blogger 
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

4 Comments

  1. Murid sekarang tak boleh la nak sorok result dari parent, kalau dulu boleh la kelentong ke, diam2 tak bgtau parent yg kena g amek report card ape semua

    ReplyDelete
  2. bagus sistem hari ini memudahkan...tapi risau juga bagi ibubapa yang masih belum mengikuti perkembangan semasa...seperti ketiadaan internet

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu arz...yang belum ada internet mungkin bermasalah sedikit. Tp boleh minta tlg guru untuk semakan.

      Delete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us