Andai Jumpa Diri Berumur 12 Tahun

Andai Jumpa Diri Berumur 12 Tahun


Assalamualaikum.....💗💗

Arini Marsha dapat cabaran dari group BU (Blogger Utara) untuk cabaran Andai Jumpa Diri Berumur 12 Tahun.
Jadi Marsha sahut.
Blogger BOLEH !!...hihi
Entry ni lebih berkisarkan nasihat kita nak bagi kalau kita jumpa balik diri kita masa berusia 12 tahun.
Ala-ala cam citer Doraemon...hihi
Tapi agak mencabar gayanya....hihihihi



Apakah yang korang nak buat atau lebih tepat lagi nasihatkan jika bertemu dengan diri berusia 12 tahun?
Blur kan?
Marsha pun….semalam pikir dan ingatkan balik kenangan sewaktu berusia 12 tahun.
Dah lamaaaaaa sangat……23 tahun yang lepas.
Tp andai berjumpa diri di masa lepas sewaktu berumur 12 tahun apa kita nak cakap yer??

Seingat Marsha waktu berumur 12 tahun Marsha menduduki peperiksaan UPSR.
Masa tu tahun 1994…lama dah kan?
Jadi andai terjumpa Marsha yang berumur 12 tahun apa yang Marsha nak bgtau ‘dia’ ialah tentang pelajaran.
Ni andai yer….kita tak boleh ubah Qada’ dan Qadar Allah.
Ni andai bertemu kembali…sebenarnya ia mustahil…..hihihihi

Actually Marsha adalah anak sulung dari 5 adik beradik.
Masa tu kami masih 4 beradik kalau tak silap.
Abah pula seorang guru….guru matematik okey….hihi
Jadi memang harapan seorang ayah untuk melihat anak-anak berjaya dapat result cemerlang dalam apa jua peperiksaan penting.
Masa ni focus UPSR la kan sebab baru umur 12 tahun.

Erm bila status anak cikgu ni, dan bersekolah di sekolah sama abah mengajar mestilah orang pandang lain sikit kan.
Dan masa tu Marsha antara calon harapan 4A.
Marsha dok kelas pertama dan bersaing dengan kawan baik juga anak cikgu English Marsha…hihi.
Tapi bersaing secara sihat yer….hihihi.

Tetapi…..ha ada tetapi plak.
Marsha ni tak berapa serius dengan pelajaran.
Umo masa tu masih nak main-main.
Kejar-kejar, panjat pokok, masak-masak memang mainan masa tu sebab Marsha dok kampung…hihi
Dah la dulu kawan-kawan banyak lelaki….gayanya pun dah macam lelaki.
Tapi study tetap study cuma tak berapa serius plus ada subjek yang tak berapa minat…huhuhu

Kelas tambahan siang malam Marsha hadiri.
Buat group study.
Tapi penyakit M masih membelenggu diri.
Akhirnya tiba peperiksaan UPSR sebenar dan Marsha cuba menjawab sebaik mungkin.
Dan ia berlalu…………

Sebelum cuti sekolah akhir tahun bermula kita akan dapat tau result kan?
Dan akhirnya result yang Marsha dapat 3A 1B dan membuatkan cikgu-cikgu frust ialah B adalah subjek Bahasa Malaysia (Penulisan).
Marsha akui Marsha kurang minat dengan BM Penulisan dan agak kurang buat latihan dari subjek lain.
Jadi itulah hasilnya kan?
Menyesal kemudian tidak berguna lagi….betui dak?


Jadi pesanan untuk Marsha yang berumur 12 tahun....

  1. Fokus pada pelajaran jika hendak berjaya dengan cemerlang. Jangan memilih subjek sebab semua subjek dalam peperiksaan sangat penting.
  2. Jangan banyak main dan selalu dengar nasihat abah dan ma yang mahu kita berjaya.
  3. Selalu gandakan latihan untuk subjek yang kita tak berapa minat untuk timbulkan minat secara tak langsung. Kerana hanya kita yang boleh ubah diri kita.

Jadi apa agaknya yang korang nak pesan jika jumpa diri sendiri berusia 12 tahun?
Jom share dengan tinggalkan komen di entry ini…..


Code: 2128


Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

5 Comments

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us