Celak Mata Arab Legend aka Eye Liner

/
10 Comments

Celak Mata Arab Legend aka Eye Liner


Assalamualaikum 💖💖


Salam 10 Syawal buat semua pembaca blog marshaliza.com
Apa plan korang hari ni?
Mesti banyak open house kan?
Yang balik kampung pula mungkin hari ni dah mula bertolak balik ke destinasi memasing.
Tiba masanya kita kembali ke rutin harian kita iaitu bekerja mencari rezeki untuk keluarga.
Betul tak??

Marsha pun dah berada kat Ipoh arini.
Semalam balik ke Ipoh sampai dah tengah malam dari umah mertua di Kulim.
Sebab tak nak tersangkut jammed.
Kalau tersangkut semalam pun at least arini ada masa untuk rest dan kemas rumah etc.
Biasalah dah tinggal umah lama kan?...hihi

Hari ni nak sharing tentang sesuatu yang Marsha rasa 'legend'.
Kebetulan 'barang legend' tersebut Marsha ternampak di rumah ibu saudara suami semasa beraya semalam.
Terus teringat masa kecik-kecik dulu.
Pernah sempat dengan celak legend ni.
Dan semalam ternampak kembali.
Dah lama tak nampak....lamaaaa sangattt...hihi

Rasulullah S.A.W memakai celak ketika Baginda ingin masuk tidur.
Celak yang digunakan Baginda ialah jenis Itsmid iaitu celak jenis serbuk.
Ia dipakai menggunakan logam besi.
Warna celak warna hitam pekat dan ingat masa dulu-dulu sangat cantik warna hitamnya.
Pekat dan sekata.
Tak setanding celak sekarang yang guna pensel atau berus.

Sekarang ni pakai eye liner pun ada yang tak sekata kan
Tapi dulu-dulu punya memang legend.
Excited sangat bila ternampak bekas celak tu.
Dulu kecik-kecik main yang moyang punya....hihihi

Ni la....tapi yang ni dari Pakistan....tapi bekas yang sama


Okey jumpa lagi next entry ya....babai...💗💗








Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018


You may also like

10 comments:

  1. Dulu PC dapat bila ziarah saudara mara balik haji...tapi sekarang dah jarang sangat jumpa..

    ReplyDelete
  2. wee, umah timm pun ada, tapi dari makkah, simpan g..lagend tu..
    kat pasar karat byk org juai bekas dia sbb antik

    ReplyDelete
  3. dulu nenek yang pakai ni. mak pun sama

    ReplyDelete
  4. betul legend ni kak.. hehehe..
    skarang semua spesis pensel je rasanya CT xdak benda ni dalam simpanan..

    ReplyDelete
  5. Dulu pernah dapat. Tapi tk tahu pun ini celak arab. Seriously! haha

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)