Babywearing again!!!

Akan Babywearing Lagi Kali Kedua


Assalamualaikum


Minggu menginjak minggu...alhamdulillah esok masuklah 34 minggu kandungan Marsha.
Baby pun makin terasa pergerakan dia bermakna dia pun dah makin sempit berada kat dalam rahim ibu.
Moga baby sihat-sihat sahaja di dalam rahim ibu ya.
Nnt baby keluar dengan mudah, sihat dan selamat....Aamin.

Kali ni dalam pregnancy journey Marsha nak share tentang 'babywearing'.
Anak pertama dulu Marsha sempat ber 'babywearing' tapi hanya sekejap sahaja.
In sya Allah kalau diberi peluang akan ber 'babywearing' dari newborn lagi.
Kalau boleh tak nak guna stroller hanya nak beli car seat je untuk dalam kereta.
Doakan moga dipermudahkan ye 😘😘

Ok Marsha nak cerita apa yg Marsha tau tentang 'babywearing' ni.
'Babywearing' adalah salah satu cara kita kendong bayi dengan menggunakan penggendong bayi.
Penggendong bayi ada beberapa jenis seperti wrap, mei tai, ring sling dan juga yang banyak digunakan oleh mommy sekarang ialah SSC (Soft Structured Carrier).
Sekarang ni SSC ada yang direka dapat digunakan seawal newborn lagi.

Sebenarnya konsep 'babywearing' adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara bayi dengan mommy & daddy.
Bila bayi lebih dekat dengan kita, baby akan lebih tenang.
Yang bestnya breastfeeding journey pun boleh diteruskan dengan 'babywearing' ni. Best kan??
Marsha bermula dengan SSC sebab masa 'babywearing' anak dah setahun lebih.
Marsha bermula dengan brand Neezaneedles, local brand Malaysia tapi bermutu tinggi.

Jadi untuk tahun ni Marsha dah sediakan 2 jenis penggendong bayi iaitu wrap dan SSC yang boleh digunakan seawal newborn.
Wrap brand oversea iaitu Moby Wrap yg dah lama Marsha beli dan SSC brand Tugeda juga brand Malaysia tetapi kualiti oversea.
Oh ya pastikan SSC yang ergonomik ya sebab sekarang ni banyak SSC yang tak ergonomik dan ada yg fake.
Sila hati-hati ya....risau kalau fake ni bahaya untuk baby.

Ok jom kita tengok 'babywearing' journey kami dengan anak 1st 8 tahun lepas.
SSC tu masih ada untuk diperturunkan pada bakal adik bila dah mencapai berat ideal.
Awal-awal ni adik pakai yang ibu beli dulu ya 😍😍

Saat manis bila masuk paper
Travel ke Kuching

Tiada masalah sakit belakang bila anak nak asik berdukung aje..hihi





Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

5 Comments

  1. Semoga semuanya dipermudahkan, amin.

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan..
    Saya teringin gak nk bw ni tp baby saya agk besar..
    Last2 letak dlm stroller ja la

    ReplyDelete
  3. baru tahu ada istilah cenggini.. hehe maklumla x jadi mak mak gi so apa pun tatau hehe..

    ReplyDelete
  4. baby carrier atau baby wearing ni adalah penyelamat ibu bapa baru. Sekarang kalau dua-dua ibu bapa bekerjaya. Wajib ada produk ni. Jimat masa, jimat ruand dan boleh kuruskan badan pikul anak. Saya pakai ergo baby dan sampai anak kedua terus guna. RM 600 lebih harga ergo baby 360, Beli yang sesuai untuk kegunaan kita dan kelasakan kita. So, sampai anak ke 10 bleh guna lagi. Cara jimat camtu la kan.

    Stroller saya ada babyzen tu, jarang sangat pakai. sebab tak suka nak tunggu lift di pasaraya. Kegunaan lift di pasaraya dah macam eskalator. sentiasa full. bukan nak dulukan kita yang tolak stroller, bawa baby lg. bawa anak kecil lg. takkan kita guna eskalator pula kan. hahaha

    ReplyDelete
  5. Anak Mimi yg 3rd nih lgsg xpakai baby wearing...cari baby wearing kakak dia yg lama xjmp

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us