WD-40® Specialist™ High Performance Silicone Lubricant Kecil-kecil Cili Padi

Tiada lagi kebosanan dengan si pakar kecil ini !

Assalamualaikum

Punyai masalah dibawah?

Cermin kereta tersekat?  Pintu bunyi berkeriut ?


Kita sedia maklum bahawa getah dan PVC  lama kelamaan akan mendegrasi dan mengeras.  Untuk mengatasi masalah ini, kita  memerlukan bahan pemplastik untuk mengembalikan getah kepada kekenyalan asal. Kerana itulah anda memerlukan WD-40® Specialist™ High Performance Silicone Lubricant.

Usah gusar dan tidak perlu bersusah payah berkejar mencari mekanik sebelum hujan turun (atau tersekat di kesesakan jalan raya).  Dapatkan setin  WD-40® Specialist™ High Performance Silicone Lubricant,  yang berupaya melincirkan, mengalisairkan dan melindungi permukaan logam dan bukan logam termasuk getah, plastik dan vinil.




Untuk mengatasi masalah tingkap cermin kereta yang tersekat sekat, hanya semburkan sedikit  ke atas penutup getah tingkap cermin tersebut dan ia akan kembali mudah dinaik dan diturunkan,  Sekiranya anda memiliki atau sedang membaik pulih kereta klasik  antik dengan tingkap menggunakan tombol pemusing – di mana ada habuk dan minyak  terperangkap – hanya  semburkan ke arah mekanism trek tingkap, dan ia akan terus kembali lancar digelongsorkan.

Begitu juga dengan pintu kereta yang berkeriut: hanya sempurkan dan biarkan beberapa minit, dan nah - tiada lagi bunyi yang menjengkelkan. Paling menarik, pelincir ini tidak memerangkap habuk dan kotoran, serta sangat bagus untuk pengalisan air dan melindungi alat ganti daripada kelembapan.

Selamat digunakan untuk kebanyakan getah dan plastik, WD-40® Specialist™ High Performance Silicone Lubricant tidak meninggalkan kesan warna dan ia memberikan prestasi unggul merentangi julat suhu yang besar ( dari -73°C sehingga  +260°C). Ia juga boleh digunakan untuk peralatan yang bertekanan tinggi sepeti injap, peralatan pemasangan dan tetiub.


Merupakan antara produk daripada WD-40®'s, WD-40® Specialist™ High Performance Silicone Lubricant juga begitu sesuai digunakan untuk takal, engsel, kekunci, kabel dan banyak lagi.

Selain daripada penggunaan automotif, ia juga sangat sesuai untuk pintu gelongsor – atau mana mana bahagian penyambung yang sukar. Hanya semburkan pada trek  logam pintu untuk membersihkan landasan dan melancarkan gelongsor pintu.   






Ingin tahu lebih lanjut? Layari  laman web WD-40® Silicone di   https://goo.gl/e5yJz2  atau  di  http://wd40.asia  hari ini.

Paling penting adalah usah panik sekiranya ada berada di dalam situasi yang sukar.  Hanya pastikan ada memiliki setin pelincir hebat ini di rumah. Seperti yang dikatakan oleh para pelanggan kami, setiap rumah perlu ada satu!


 

Tentang syarikat WD-40®



Syarikat WD-40®  adalah pembuat produk pelbagai guna yang sangat dipercayai, malah peralatan ini mesti ada dalam toolbox setiap rumah seluruh dunia. Jenama Amerika ini ditubuhkan pada 1953 sebagai anti karat, pelindung anti-hakisan untuk lapisan luar Atlas Missile  (peluru berpandu) dan ia diubah kepada produk penyelesaian yang pantas bagi tujuan membersih dan melindungi, melonggarkan bahagian yang berkarat, menghilangkan kelembapan dan lain-lain.

Produk syarikat WD-40® sentiasa menjadi pilihan mereka yang profesional dalam bidang penyelengaraan dan amatur DIY dalam kerja-kerja mereka seperti perkakasan, industri, automotif , sukan, basikal dan jualan runcit. Hari ini WD-40® boleh diperolehi di seluruh dunia dalam pelbagai saiz dan pelbagai rangkaian produk baru seperti WD-40® Specialist, WD-40® BIKE dan WD-40® Specialist Automotive.

Rangkaian produk WD-40® boleh diperolehi di kedai-kedai perkakasan seluruh negara. Untuk maklumat lanjut tentang WD-40® , layari: www.wd40.asia


Maklumat lanjut dan gambar, sila hubungi Chan
GreatWorks Marketing
Mobile +6012 362 7205
Email chan@greatworksmarketing.com

 


Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

4 Comments

  1. lubricant yg best ...
    #afbdotmy, mrs pip dtg bertandang.

    ReplyDelete
  2. Tq for sharing..baru tau blh guna utk tingkap kereta.kena cari alat ni utk cermin kereta husband saya

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us