Monster Hunt 2, Tarik Minat Kanak-kanak dan Dewasa.

Assalamualaikum...


Hai korang!! Hari ni hari Ahad masih bercuti dan ada yang dah mula bekerja untuk minggu berikutnya kan? Marsha kat Ipoh ni masih bercuti. Jadi arini kita rest kat umah dan kemas umah yang hampir macam tongkang pecah....hahahaha. Semalam dah keluar tengok wayang citer cina tau. Sebenarnya kitorang ni jarang tengok cerita cina tapi kali ni memang teringin tengok 'Monster Hunt 2' kebetulan pula citer ni dah masuk Family Friendly TGV. Lagi la best sebab ia mesra kanak-kanak dan baby. Marsha selesa sangat...💗💗. Semalam dah janji kan nak story tentang 'Monster Hunt 2' ni kan? Meh Marsha story | Monster Hunt 2, Tarik Minat Kanak-kanak dan Dewasa. 

Actually citer 'Monster Hunt 2' ini dah lama main kat TGV. Sempena CNY aritu. Jadi semalam baru lah kami berpeluang untuk layan citer ni. Marsha dah aim lama dah citer ni sebab tengok dia punya sinopsis dia best. Tetapi husband dan Anith macam tak berapa nak tengok sebab takut hanya trailer je best. Sebenar punya tak best. Marsha cakap jom kita tengok dulu, so semua bersetuju...hihi

Pic Credit to: www.imdb.com
Kisah dia berkenaan WUBA seekor raksasa kecil yang 'wanted' dikalangan raksasa jahat kerana dikhabarkan ia boleh memberi keamanan kepada manusia dan raksasa untuk hidup bersama tanpa sengketa lagi. Jadi untuk mengelakkan khabar angin itu, kumpulan raksasa jahat mula mencari WUBA si kecik molek ini. Raksasa jahat menyamar menjadi manusia di biro yang menangkap raksasa untuk memudahkan mencari WUBA.

Dalam masa yang sama, ibu dan bapa WUBA juga mencari WUBA selain mencari ayah bapa WUBA yang hilang tanpa dikesan. Di situasi lain pula, WUBA telah diselamatkan oleh raksasa yang menjaga dia dan melarikan diri ke Kampung Air Jernih. Disitu WUBA menemui seekor lagi raksasa yang ebrnama Ben Ben menjadi hamba kepada seorang manusia yang kuat berjudi untuk mencari wang.

Dapatkah WUBA bertemu ibu bapanya dan selamatkah WUBA dari raksasa penjahat? Jom kita layan cerita ni di panggung yang terpilih ya. Saspennn.........hihi. Review Marsha....LIMA BINTANG!! 💕

Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

12 Comments

  1. Wahhh bestnye. .Kisah Wuba ni. .. Teringat zaman kanak-kanak suka citer raksasa..

    ReplyDelete
  2. I always wanted to watch this but fall to find time... So sad that I missed out this....

    Racheal

    ReplyDelete
  3. Cam menarik je..nti nk tengok..

    ReplyDelete
  4. Comelnya raksasa kecik tu. Ana ni dah bertahun tak masuk wayang. Tggu syafi besar sikit lah nk ajak date tgk wayang. Hehe

    ReplyDelete
  5. Salam sis,kita dulu aim nak tengok movie ini la sempena cny,sbb banyak pula movie cina keluar kan,tgk trailer mcm best,kelakar. 😅

    Lagi satu Detective Chinatown 2,mcm best juga. Baru keluar rasanya.

    ReplyDelete
  6. alamak cam syok je. nak tgk jugakk

    ReplyDelete
  7. wahh..5 bintang..confirm best ni..

    ReplyDelete
  8. Ish macam menarik je movie ni kan. dah lama x gi tengok wayang ni.


    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  9. Nnt monster hunt ni famous mcm cite CJ7 tu.. budak2 mesti suka ni, kelakar betul

    ReplyDelete
  10. 5 bintang kak marsha bg.. Mesti syok ni

    ReplyDelete
  11. Cite mcm ni baru boleh bwk anak heee , mcm best je

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us