Nikmati Home SPA dengan Syampu dan Perapi SENMY

Assalamualaikum


Salam 6 Ramadhan buat semua. Kejap je kan dah hari ke 6 kita berpuasa. Pejam celik pejam celik lepas ni dah nak masuk Syawal pula. Korang dah mula buat persiapan raya? Marsha belum lagi. Marsha baru jumpa rawatan rambut ala Home SPA tau. Tapi sebelum tu meh nak story sikit tentang rambut. Setiap orang wajib la ada rambut kan....hihi. Tapi hanya beberapa peratus sahaja yang mempunyai rambut sihat. Yang lain dengan pelbagai masalah rambut termasuklah Marsha. Marsha ni mempunyai kulit kombinasi. Jadi kulit kepala Marsha akan kering dan juga akan berminyak. Ini akan membuatkan kulit kepala Marsha berkelemumur dan juga gugur yang rasanya tahap kritikal. 

Usai umur Baihaqi 3 bulan, rambut Marsha makin serius gugur dan kelihatan di beberapa bahagian tu dah nampak nak botak. Nak botak okayy!! Aduh stress betul. Ye memang Marsha bertudung. Tapi rambut tu kan Mahkota Wanita. Suami mesti tengok kan dan tak kan kita nak serabai menggaru dengan rambut gugur macam hantu...hihi. Jadi dengan penuh keberanian, Marsha cuba try test produk rambut dari SENMY iaitu syampu dan perapi. Serasi bersamakah Marsha dengan SENMY? Meh baca| Nikmati Home SPA dengan Syampu dan Perapi SENMY

Nikmati Home SPA dengan Syampu dan Perapi SENMY

Serius!! Memang ala-ala Home SPA tau dengan SENMY ni. Marsha mencuba Ginger Treatment Shampoo & perapinya iaitu Plant Extract Nourishing Hair Membrane. Produk SENMY ini kandungannya ialah dari bahan semulajadi tau. Jom kita tengok satu persatu jom!!

Ginger Treatment Shampoo


Ia dirumus khas daripada herba semulajadi yang kita selalu guna buat masak kat dapur iaitu HALIA
Halia ni memang banyak khasiat selain digunakan untuk memasak. Kalau nak tau khasiat Halia yang lain boleh google atau baca buku herba memang ada. Ia dirumuskhas untuk membantu mengurangkan kelemumur dan juga rambut-rambut yang gugur akan tumbuh kembali serta menguatkan akar rambut . 

Plant Extract Nourishing Hair Membrane


Ia adalah perapi yang juga dirumus khas dari ekstrak tumbuhan yang terpilih. Ia membantu melembutkan rambut, mencegah rambut rosak seperti bercabang atau rapuh dan membekalkan vitamin kepada rambut. Jangan main-main rambut pun perlu vitamin untuk sihat tau!!


Ginger Treatment Shampoo (kiri) , Plant Extract Nourishing Hair Membrane (kanan)

Cara Penggunaan 

Cara penggunaan senang sahaja. Picitkan syampu dan gosokkan diatas kepala yang basah dengan urutan lembut secara bulatan. Kemudian, bilas dengan air sehingga bersih. Picit perapi dan seratakan ke seluruh rambut selama 3 minit kemudian bilas kembali. SIAPP!! Memang macam Home SPA sangat!! Tak perlu nak ke SPA dah.



Pengalaman Marsha Menggunakan Syampu dan Perapi SENMY


Sebelum Marsha mencuba ke rambut, Marsha letakkan di tapak tangan nak tengok tekstur syampu dan perapinya macamana. Ok teksturnya sangat pekat dan nampak kandungannya memang dimaksimumkan untuk hasil yang terbaik. Baunya sangat wangi. Ginger Treatment Shampoo bukan bau halia tau. Bau dia best sampai tak tau nak describe tapi bau dia wangi comel gitu...hihi. Perapi Plant Extract Nourishing Hair Membrane pun sama. 

Tekstur Ginger Treatment Shampoo

Tekstur Plant Extract Nourishing Hair Membrane

Semasa menggunakan kedua2 produk dari SENMY ini Marsha sangat selesa dan selepas mandi, kesan awal yang Marsha rasa rambut leboh lembut, teratur dan juga bau wangi. Aduiii memang dah in love sangat!! Setelah 4-5 kali penggunaan, rambut Marsha dah kurang gugur. Bila sikat dah tak ada rambut di sikat dan di atas lantai. Kulit kepala pun tak tak gatal. Sangat happy!!!

Harga? Harganya pun berbaloi. Harga Ginger Treatment Shampoo ialah RM62 dan Plant Extract Nourishing Hair Membrane pun harganya RM62. Jika membuat pembelian 3 botol keatas ada special price tau!!

Maklumat lanjut tentang produk SENMY yang best ini boleh rujuk maklumat di bawah:

Tel: 011-19902165 (Saudari Chu Ai Chia)
Facebook: AiChiaa Chuu





Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

8 Comments

  1. Wangi sangat kan marsha. Akak suka yg ginger tu

    ReplyDelete
  2. Bagus la produk nie, rambut saya pun boleh dikatakan agak banyak gugur jugak..bleh try nie..

    ReplyDelete
  3. wow..mcm best jer ni..nak kna cuba gak ni..:)

    ReplyDelete
  4. Brand SENMY, first time tgk brand ni. Boleh dipertimbangkan untuk guna ni sebab bahan2 dia semulajadi/herba.

    ReplyDelete
  5. wahhh
    macam best je tengok
    nak beli lah nanti

    ReplyDelete
  6. Hebatlah senmy ni.. Dah kurang rambut kak marsha gugur.. Boleh masuk list ni

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us