Pelancaran Rasmi Aplikasi Mobile NIMPMOS Di Malaysia Dan Majlis MOU Dengan Montgomery Securities LLC

/
2 Comments

Assalamualaikum


Selamat bercuti korang semua sempena Wesak Day arini. Alang-alang cuti ni boleh la amik kesempatan bawa anak-anak misi mencari baju raya ye dak? Ok arini Marsha nak share tentang satu pelancaran mobile apps yang baru iaitu NIMPMOS. Jadi jom baca sekitar | Pelancaran Rasmi Aplikasi Mobile NIMPMOS Di Malaysia Dan Majlis MOU Dengan Montgomery Securities LLC


Pelancaran Rasmi Aplikasi Mobile NIMPMOS Di Malaysia Dan Majlis MOU Dengan Montgomery Securities LLC


Baru-baru ini, satu aplikasi mobile yang dikenali sebagai NIMPMOS telah dilancarkan secara rasmi oleh NIMPMOS Sdn Bhd. Aplikasi NIMPMOS ini adalah salah satu platform e-dagang yang boleh dimuaturun melalui iOs dan juga Android. Aplikasi mobile ini menjadi trending live streaming dan juga teknologi e-dagang yang  paling hangat pada masa kini. Aplikasi ini sebenarnya telah diperkenalkan sejak bulan Mac 2018 lepas dan ianya sangat menarik minat generasi muda di Asia Tenggara.

Majlis Pelancaran Aplikasi Mobile NIMPMOS 

Dengan ini, Nimpmos Sdn Bhd juga merancang untuk menyertai Nasdaq di Amerika Syarikat melalui perjanjian kerjasama (MOU) dengan syarikat AS Montgomery Securities LLC pada 26 Mei 2018 dalam satu majlis yang diadakan di Renaissance Kuala Lumpur, Malaysia dengan kehadiran lebih 1500 orang peserta.

Majlis MoU ini telah ditandatangani oleh Cik Ines Yao, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif NIMPMOS, dan juga  Pengarah Urusan Montgomery Securities LLC, John Alfred Ritter. 


Sesi menandatangani MOU


Manakala En. Wadih Maalouf, Penasihat Blockchain Dubai juga dijemput sebagai saksi Majlis Penandatanganan MoU ini. Montgomery Securities LLC adalah syarikat perancangan yang disenaraikan dan kini merancang kerjasama penyenaraian dengan lebih daripada 80 syarikat termasuk yahoo, IQIYI dan lain-lain.

En Wadih Maalouf (di bahagian belakang) bersama Miss Ines Yao & John Alfred Ritter


Menurut Miss Ines Yao, mereka percaya pasukan ini mampu membangunkan ciri live streaming baru  secara konsisten dan merekrut 'influencer' untuk menjadi sebahagian daripada pasukan NIMPMOS. Selain acara siaran langsung, 'influencer' ini akan mewakili syarikat itu untuk menghadiri acara utama, penggambaran, sokongan jenama atau apa-apa bentuk aktiviti yang mampu menjana pendapatan bagi syarikat itu. 

Miss Ines Yao


Selain menawarkan platform penyiaran secara langsung kepada penggunanya, NIMPMOS juga adalah sebuah syarikat solusi sehenti internet yang menawarkan perkhidmatan tambahan seperti pemasaran media sosial, pengeluaran video, pemotretan gambar dan rakaman program secara langsung.

Sumbangan amal sebanyak RM10,000 kepada 6 rumah kebajikan sosial - Pertubuhan Baitul Rahmah (Country Home Rawang), Baitul Ulfah (Seri Kembangan), Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mary (Setapak, Kuala Lumpur), Cacat Pusat Penjagaan Kanak-Kanak (Taman Megah, Petaling Jaya), Charis Home (Kuala Lumpur) dan Angels Children's Home (Old Klang Road, Kuala Lumpur) telah dibuat oleh NIMPMOS Sdn Bhd dalam majlis tersebut sebagai tindakan tanggungjawab sosial korporat.

6 Rumah Kebajikan Sosial yang terlibat


Majlis ini juga mendatangkan penampilan istimewa iaitu Namewee dan Joyce Chu, selebriti tempatan menyampaikan beberapa lagu popular mereka dan menghiburkan tetamu pada majlis gilang gemilang tersebut.

Persembahan dari Joyce Chu

Selebriti Namewee juga memeriahkan majlis

Serba Sedikit Tentang NIMPMOS

NIMPMOS kini berpangkalan di beberapa cawangan termasuk Taipei, Guangzhou, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang dengan Malaysia sebagai ibu pejabatnya. Bahagian operasi dan pemasaran kini diuruskan pasukan yang berdedikasi iaitu 30 kakitangan di ibu pejabat Malaysia manakala cawangan Taipei adalah teras utama untuk operasi NIMPMOS dengan menjadi pusat pengambilan untuk siaran langsung. 

Pasukan Taipei yang terdiri daripada 45 kakitangan pula bertanggungjawab mengurus operasi sehingga lebih 400 penyiar dengan memantau prestasi live streaming mereka dan mengendalikan jadual siaran secara langsung. Bertapak di Guangzhou, pasukan teknikal terdiri daripada 36 kakitangan dan mereka bertanggungjawab untuk mengekalkan dan membangunkan ciri-ciri baru untuk aplikasi mudah alih secara berkala.



Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger 
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018


You may also like

2 comments:

  1. nice sharing.

    ----------
    Korang ada akaun Instagram dan nak menang hadiah perfume?
    Jom join giveaway kami di Instagram.
    Syarat simple je. Follow kam, like gambar giveaway & tag 3 orang rakan.

    ReplyDelete
  2. oo..apps baru ke?kena donlod dulu ni, baru boleh tahu fungsi apps ni apa..tak leh nak imagine..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)