Pengalaman Rambut Wangi Sepanjang Hari dengan Syampu Rambut Kanak-kanak CARRIE JUNIOR ODOUR BUSTER


Assalamualaikum

Kanak-kanak adalah insan kecil yang sentiasa suka kepada keseronokan dan juga kegembiraan. Mereka akan bermain sehingga penat tanpa menghiraukan aspek lain seperti kotor, jatuh dan sebagainya. Pernah tak korang mengalami bau yang kuat dari kulit kepala dan rambut yang berpeluh selepas anak-anak bermain di luar atau pulang dari sekolah? Baunya menjadi lebih teruk apabila kulit kepala anak berminyak dan berpeluh. Bau dia memang tak ingatlah....pening kepala ibu....hihi. Satu-satunya cara untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan ini adalah dengan memastikan anak-anak mencuci rambutnya selepas waktu sekolah, atau bermain di luar. Amalan mengekalkan kebersihan rambut akan dapat mengurangkan risiko jangkitan kulit kepala selain memastikan anak-anak kita berbau segar dan lebih yakin. 


Sangat penting bagi Marsha dan suami sebagai ibu bapa untuk mengetahui bahawa syampu dewasa sangat tidak digalakkan untuk kanak-kanak. Kalau korang nak tau, penggunaan syampu dewasa pada kanak-kanak akan menyebabkan masalah kulit kepala dan rambut terutama bagi kanak-kanak berumur antara 6-12 tahun. Ini kerana kanak-kanak mempunyai kulit kepala dan rambut yang halus amat sensitif, maka cara yang terbaik adalah menggunakan syampu yang dirumus khas untuk kanak-kanak agar rambut dan kulit kepala mereka yang sihat dapat dikekalkan.



Memahami keperluan kanak-kanak terhadap produk yang lembut dan selesa pada kulit, CARRIE JUNIOR telah memperkenalkan CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER. 

Carrie Junior Kids Shampoo Odour Buster


Ia adalah syampu yang selamat digunakan setiap hari dan memberikan haruman pada rambut sepanjang hari dan merupakan syampu baharu yang dirumus khas bagi menghilangkan bau yang tidak menyenangkan secara berkesan, tanpa mendatangkan kesan buruk pada rambut dan kulit kepala kanak-kanak. Dengan aroma buah-buahan yang berkekalan selama 24 jam, si manja pasti kekal segar dan berbau wangi walaupun setelah seharian bermain dan berseronok di luar kediaman. Diperkaya dengan minyak zaitun, produk ini dapat menyuburkan dan melembutkan rambut agar mudah diurus dan disikat. 



CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER hadir dalam aroma Perky Peach Fruity Burst yang menyenangkan serta mempunyai pH seimbang, lembut dan tidak menghakis untuk kegunaan seharian kanak-kanak. 

Carrie Junior Kids Shampoo Odour Buster

CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER boleh didapati dalam dua saiz, iaitu pek 280g yang dijual pada harga RM10.10* di Semenanjung Malaysia dan RM 10.60* di Sabah & Sarawak. Manakala CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER bersaiz 700g dijual pada harga RM20.70* di Semenanjung Malaysia dan RM 21.70* di Sabah & Sarawak. Produk CARRIE JUNIOR boleh didapati di kedai runcit, pasaraya, pasaraya besar dan farmasi utama seluruh negara. 



Kini, ibu bapa boleh memeluk anak-anak selepas bermain walaupun berpeluh namun masih kekal segar dan berbau aroma buah buahan sepanjang hari!


*Harga tertakluk kepada perubahan berdasarkan cukai yang akan diumumkan oleh Kerajaan


Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel Collaboration & Review 
Blogger Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

24 Comments

  1. Carrie Junior ni wangi. Bukan setakat budak-budak, orang dewasa pun suka bau dia =)

    ReplyDelete
  2. wah ada produk baru dari carrier junior nie yea. selalu mia guna yang botol purple tu je. head to toe, senang nak guna. hehe. memang wangi bau sabun ni...

    ReplyDelete
  3. My little have a very long hair until her waist and guess what.. always smells gooooood... She used this brand of shampoo as well

    ReplyDelete
  4. my kids are using carrie junior too! the smell is so nice.. love it very much!

    ReplyDelete
  5. memang favourite brand carrie junior ni dari sekolah dah suka guna bedak dia yang bau blueberry tu wangi

    ReplyDelete
  6. Syampu / barangan mandian kanak2 ni selalunya baunya lembut ajer. Dulu selalu la beli brand ni untuk anak.Harganya ok lah juga tu.

    ReplyDelete
  7. Anak kat rumah pun saya pakaikan Carrie Junior brand sebab senang ada body and hair shampoo sekaligus. Tak payah beli syampu dan sabun asing2..

    ReplyDelete
  8. Ayu mmg suka produk carrie. Sebab wangi dia mmg best giler. Especially bila kanak2 guna. Produk mmg dah guna sejak ank pertama lagi

    ReplyDelete
  9. My niece uses this. As long as it doesnt irritate their skin and eyes and causes allergy, its a great product!

    ReplyDelete
  10. Wangi sangat ker hehehe kita tak tahu tak pernah guna tapi sebab ada anak sedara hari tu ada juga bau memang menarik wangi dan banyak buih memang mereka suka lah kan...

    ReplyDelete
  11. 1 day kalau lia ada anak mesti nak belikan shower gel Carrie junior utk si manja . Lia pun pakai bedak dia sebab suka bau wangi dia .

    ReplyDelete
  12. dah pakai juga..best, wangi rambut anak.hari-hari syampu sebab hari-hari dia berpeluh..

    ReplyDelete
  13. Mesti wangi rambut anak2 pakai carrie junior ni kan. Anak sis dah besar, dah pandai pilih produk apa nak pakai

    ReplyDelete
  14. Anak-anak paling susah senang sama shampo. Tapi jika ada yang baunya harum mereka akan suka. Sukurlah ada produk carrie junior kids shampoo

    ReplyDelete
  15. Saya dari dulu memang guna produk nih untuk anak anak. Memang wangi dan best sangat sangat. Anak anak pulak suka mainan yang ada belakang botol tuh

    ReplyDelete
  16. Carrie junior ni agak berhantu utk kanak2. Emi kalau bawak anak sedara pi kedai, memang elak lalu rak carrie junior. Tak pepasal nnt nk kena beli lg wpun kat rumah dh ada

    ReplyDelete
  17. Carrie Junior ni memang famous sejak dari dulu lagi. Dah berpuluh tahun masuk pasaran Malaysia. Saya ingat lagi, masa kecik pun saya guna produk ni. Memang wangi

    ReplyDelete
  18. The price is really affordable. Great to know the ph levels won't hurt the kids skin.

    ReplyDelete
  19. wangi bau dia kan.. pakai sikti je dah banyak buih.. kadang TB pulak yang try sikit.. hahahaha.. tak sesuai kannnn.. dewasa pakai syampu baby.. tapi sebab bau dia wangii.. sibuk je mamanya nak try jugak

    ReplyDelete
  20. Ank sy pun guna Carrie Junior Shampoo ni, wangi buah-buahan and byk buih. Ank sy suka sgt!

    ReplyDelete
  21. Wangi dan segar..mmg Carrie Junior ni terbaik utk anak2 dan rambut anak pun sentiasa wangi kan

    ReplyDelete
  22. kita yang besar ni kadang jatuh cinta jugak dengan mandian serta shampoo dari carrie junior ni. Bau dia tu menggoda gila.... buat kanak-kanak rajin nak bersihkan diri dan mandi,hehe

    ReplyDelete
  23. Betul. Masyam kan kalau bebudak bermain sampai berpeluh lencun. Bagus la Carrie Junior nie - mewangikan anak-anak agar tak masyam

    ReplyDelete
  24. Usually, I never comment on blogs but your article is so convincing that I never stop myself to say something about it. You’re doing a great job Man. Best article I have ever read

    Keep it up!

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us