Cara Mudah Buka/Kupas Buah Manggis

Assalamualaikum


Sekarang masih musim buah kan? Ada rambutan, durian, duku, cempedak, manggis dan banyak lagi. Apa favorite buah korang? Favorite buah Marsha adalah durian dan manggis. Memang dua jenis buah ni Marsha tunggu setiap tahun sebab ianya bermusim. Tapi memang paling favorite ialah Manggis. Tetapi nak buka tu renyah. Nak kena jaga-jaga dengan dia punya getah & kaler purple tu. Kalau kena tudung haru!! Jenuh nak sental silap haribulan rosak tudung. Tapi sekarang masalah tu dah boleh diselesaikan gara-gara terjumpa video cara mudah buka buah manggis di Facebook. Jadi, korang nak tahu tak caranya? Meh baca | Cara Mudah Buka/Kupas Buah Manggis

Cara Mudah Buka/Kupas Buah Manggis

Cara buka manggis yang biasa kita buat ialah kepit kedua tapak tangan hingga buah manggis terbuka. Tapi masalahnya pula kebarangkalian kita nak kena getah dan juga air purple tu sangat tinggi. Lepas tu tangan jadi melekit. Ini yang membuatkan peminat manggis seperti Marsha rasa renyah dan lambat. Lama-lama rasa malas pula nak makan. Kemudian semasa 'scroll' news feed Facebook Marsha terjumpa sharing cara mudah buka buah manggis ni. Wah nampak senang sangattt. 

Kebetulan pula semalam kawan sekerja ada bawa buah manggis & Marsha terus cuba cara mudah seperti yang Marsha tengok di video tersebut. Menjadi ke tak??? Haaa...kalau nak tahu jadi ke tak meh la tonton video Marsha di bawah



Amacam? Senang kan? Lepas ni beli manggis, buka siap-siap dulu lepas tu makan depan TV. Wah heavennya!! Tak risau tangan melekit, kena getah dan sebagainya. Hasil yang dapat pun tak hancur. Kadang-kadang kalau guna cara biasa tu isi ada yang hancur terkemek....hihi. Lepas tu lagi satu berair. Tu yang menjadi masalah malas nak makan sebab renyah. Bila dah tau cara mudah buka manggis ni  Marsha memang lebih 'rajin' nak makan manggis. Alang-alang musim manggis ni kena pulun makan ni....hihi. Marsha pun pasti korang pun lebih semangat nak makan manggis macam Marsha kan?? Selamat mencuba!!



Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

11 Comments

  1. sng je nk buka rupanya
    selama ni kita buka salah teknik
    hheee

    ReplyDelete
  2. la senang sangat nak kupas nya dah taw cara lepas ni mudah la

    ReplyDelete
  3. akak jarang buka mcm vid Marsha sbb selalu nak cepat gula tapak tangan jer...kita geng suka manggis tapi part durian...kita tak geng hahah

    ReplyDelete
  4. gitu rupanya..slma nie dok kepit2..haha

    ReplyDelete
  5. ohh macam tu rupanya nak buka. Fatina ni duk picit bagai nak rak juga buka manggis nya :D

    Fatina Mudz

    ReplyDelete
  6. fav sy buah manggis ni! sebelum kupas, mesti tengok berapa bunga dekat bawah dia. haha. bila tau berapa kelopak, mesti sama dengan ulas kat dalam. keajaiban Allah kan :)

    ReplyDelete
  7. Selama ni kepit je. Huhu pasni bolehlah cuba cara ni. Mudah je rupanya ye

    ReplyDelete
  8. Senang je rupanya.. Thanks for sharing..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us