JJ Homestay | Homestay Luas, Murah & Selesa di Cameron Highland

Assalamualaikum


Sekarang ni bila weekend je ramai yang memilih untuk bercuti untuk release stress kerja bersama famili masing-masing. Ye la...hari kerja sangat sibuk sampaikan ada kerja balik malam pun ada. Jadi weekend adalah masa yang sesuai untuk bersama famili tersayang. Marsha pun sama. Weekend memang fully famili time. Tapi ada juga kena bekerja hari sabtu. Tapi lepas program sekolah Marsha fokus pada famili. Kalau dari Kota Metropolitan Kuala Lumpur ramai memlilih Cameron Highland sebagai 'short vacay' kerana jarak yang dekat dan juga keindahan bukit bukau nya yang memukau pemandangan. Cameron Highland adalah 'favorite spot' Marsha juga. Sebab dekat dan juga sejuk dan pemnadangan pun saujana memandang gitu. Kat Cameron Marsha ada homestay yang favorite tau. Nak tau homestay yang mana? Meh baca, JJ Homestay | Homestay Luas, Murah & Selesa di Cameron Highland.


JJ Homestay | Homestay Luas, Murah & Selesa di Cameron Highland

JJ Homestay, ini lah nama homestay yang menjadi 'fav spot' Marsha lepak di Cameron Highlands. Lokasinya yang terletak di Perumahan Makmur Jaya di Tanah Rata. Yang bestnya lokasi nya berdekatan dengan tapak pasar malam. Memang kenalah dengan 'kaki shopping' macam Marsha. Marsha suka shopping kat pasar malam sebab strawberi dan sayur-sayurnya segar-segar juga banyak pilihan.
Lokasi JJ Homestay

Dari beranda dapat lihat pemandangan indah bukit bukau di Cameron Highland yang sangat indah. JJ Homestay ini dikendalikan oleh Puan Najihah Sudi @ Puan Jiha adalah kawan baik Marsha sendiri. Beliau sangat sporting dan peramah.

Pemandangan Dari Beranda JJ Homestay




Kemudahan Yang Disediakan

Kemudahan yang disediakan di JJ Homestay ini sangat selesa dan banyak. Antaranya ialah:

🌷2 bilik tidur (1 katil queen size , 1 super single 1 double decker )           
🌷 Muat untuk 7-9 orang                                                   
🌷 2 bilik mandi di lengkapi pemanas air🚿 beserta sabun, shampoo & lotion badan
🌷 extra tilam , bantal & comforter dan toto
🌷Penapis air cuckoo , Dapur memasak 2 tungku , kettle elektrik, periuk nasi, peti sejuk, pinggan mangkuk, perkakas memasak,
🌷Mesin basuh &sabun basuh disediakan
🌷Tv & saluran NJOI
🌷Iron & iron board
🌷Kelengkapan Solat (sejadah, telekung & kain pelikat)
🌷Balkoni menghadap gunung (view super cantik)
🌷Terdapat kemudahan lif - mesra warga emas dan OKU

Ruang Tamu yang Luas


Kemudahan di Bahagian Dapur


Penapis Air Cuckoo
Bilik Tidur


Bilik Tidur

Peti Ais


Haaa....siap ada penapis Cuckoo tau dan korang boleh beli brg segar di pasar malam sebab ada peti ais  dan masak di homestay. Syok kan?? Tak banyak tau homestay yang sediakan kemudahan seperti berada dirumah sendiri. Memang terbaik!!

Aktiviti di Cameron Highlands


Banyak aktiviti yang korang boleh buat di Cameron Highlands ni. Walaupun dah ramai kesana tapi Marsha nak kongsikan juga aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di Cameron Highlands. Antara aktviti yang biasa dibuat di Cameron Highlands ialah:

1. Hiking Mossy Forest
2. Melawat dan Minum teh di ladang teh.
3. Shopping strawberi dan sayur segar di Pasar Malam.
4. Melawat tempat menarik seperti Lavender Farm, Rose Farm dan Bee Farm.
5. Steamboat

dan banyak lagi aktiviti yang dilakukan di Cameron Highlands.

Hiking di Mossy Forest

Ladang Teh...Jom minum teh!!

Strawberi Segar!!

Shopping pelbagai jenis teh

Sayur-sayuran segar

Aiskrim Strawberi


Testimonial Pelanggan JJ Homestay

Testimonial JJ Homestay

Testimonial JJ Homestay

Testimonial JJ Homestay

Testimonial JJ Homestay

Testimonial JJ Homestay


Macamana nak Booking JJ Jomestay?

Senang je nak booking JJ Homestay ni. Boleh hubungi :


Puan Najihah Sudi @ Jiha 
No tel: 017-5012307 atau
Direct Whatsapps: Booking JJ Homestay

Untuk lokasi yang tepat ke JJ Homestay Marsha share kan location nya: 

🌷Google maps

Jadi jangan lambat-lambat tau nanti full rugi.....


Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

6 Comments

  1. dah 2x ke sana. last pi thn 2012. teringin nak ke sana lg.

    ReplyDelete
  2. wah seronoknya kalau dapat pergi sana nak nak pulak kalau dapat homestay macamtu. sediakan air cuckoo tu memang rare

    ReplyDelete
  3. nanti nak ke sana boleh try tidur sini lak

    ReplyDelete
  4. wow macam rumah sendiri homestay semua ada kelengkapan tu

    ReplyDelete
  5. sekarang ni lebih mudah duduk homestay, selesa

    ReplyDelete
  6. cantik nihh..lama dah xnaik cameron..ngah planning nak bawak mak jalan2..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us