Kempen Jadi Kaya Dengan Zakat

Assalamualaikum


Zakat adalah sangat penting bagi kita terutamanya bagi yang beragama Islam. Dengan berzakat kita dapat membersihkan harta kita. Dengan berzakat juga kita dapat membantu yang lebih memerlukan untuk terus hidup dengan baik. Pada hari ini, 27 November 2017 Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ-MAIWP) mengadakan kempen 'Jadi Kaya Dengan Zakat' bagi menghebahkan tentang keberkatan berzakat dari pelbagai aspek kepada umum. Nak tau dengan lebih lanjut? Jom baca | Kempen Jadi Kaya Dengan Zakat


Kempen Jadi Kaya Dengan Zakat


Zakat Harta yang boleh ditunaikan sepanjang bulan Disember iaitu Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Wang Simpanan, Zakat Emas, Zakat KWSP dan Zakat Saham. Juga mengalakkan umum untuk membayar zakat yang tertunda dari tahun sebelumnya dengan menunaikan Qada Zakat. 



Selaran dengan moto utama PPZ-MAIWP iaitu ' memudahkan anda berzakat' menepati saluran pembayaran zakat yang telah disediakan bagi memudahkan pembayar adalah melalui:


1. 11 KAUNTER PPZ-MAIWP


Dibuka 7 hari seminggu termasuk CUTI UMUM

Waktu operasi: 1 Disember - 25 Disember:

Masa:  8.15 pagi - 4.45 petang

 

11 Senarai lokasi kaunter-kaunter PPZ-MAIWP

1. Shamelin Perkasa (HQ PPZ-MAIWP)
2. Plaza RAH, Kampung baru
3. Masjid Negara
4. KLSC Wangsa Maju
5. UTC KL, Pudu Sentral
6. Presint 9, Putrajaya
7. Presint 15, Diplomatik, Putrajaya
8. Masjid Al-Imam Al- Ghazali, Kepong
9. Anjung Niaga Masjid At-Taqwa, TTDI
10. Masjid Abdul Rahman Bin Auf, Jalan Puchong 
11. Labuan Times Square


Bagi mempromosikan saluran ini dengan penampilan istimewa Ustaz Haslin Baharim, Norman Hakim dan Ustaz Elyas Ismail.


2. PORTAL PPZ-MAIWP - http://WWW.ZAKAT.COM.MY

Apakah keistimewaan pembayaran zakat melalui saluran ini?


1. Pengunaan resit rasmi bayaran online secara sepenuhnya.
2. Pengiraan kalkulator zakat secara automatik yang lebih ringkats
3. Melakukan pembayan lebih dari satu jenis zakat dalam satu masa dengan pengunaan Troli Zakat.
4. Integrasi pembayaran zakat mengunakan chatbox FB Messenger agar menjawab persoalan kiraan zakat yang ingin ditunaikan. 
5. Video tutorial berkaitan panduan pengiraan zakat
6. Bacaan doa untuk para muzakki (pembayar zakat) setelah selesai pembayaran zakat di lakukan. 
7. Dan sudah tentunya, pembayaran zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP ini boleh dibuat pada bila-bila sahaja dan di mana sahaja anda berada.


Selebriti yang bakal mempromosikan saluran ini adalah Amar Baharin

Amar Baharin


3. PERBANKAN INTERNET. 

Dengan konsep semudah di hujung jari, 14 bank telah dilantik sebagai ejen bagi memudahkan pembayaran zakat di PPZ- MAIWP. Pembayaran zakat menerusi kaunter-kaunter bank yang dilantik oleh PPZ-MAIWP sebagai ejen kutipan zakat. 

Penampilan istimewa bagi saluran ini adalah Imam Muda Asyraf.


4. KAUNTER ZAKAT BERGERAK PPZ-MAIWP

Pihak PPZ-MAIWP memperkenalkan perkhidmtan khas 'Door-to-Door' bagi pembayran zakat RM5000.0o ke atas. Perkhidmatan ini membolehkan pihak kami ke lokasi anda. Hubungi talian zkat 1300 88 5757 bagi perkhidmatan ini. 

Selebriti yang membantu dalam mempromosikan saluran ini ialah Bell Ngasri

Bell Ngasri

5. TABUNG DIDIK ZAKAT PPZ-MAIWP

PPZ-MAIWP memperkenalkan Tabung Didik Zakat PPZ-MAIWP serendah RM10 bagi mendidik kanak-kanak untuk lebih dekat dengan ibadah zakat dan memperolehi tabung khas bagi mengalakkan aktiviti tersebut dilaksanakna. PU Azman atara selebriti yang akan membantu PPZ-MAIWP bagi mengalakkan aktiviti ini dilaksanakan. 

Selain itu, bagi menghargai para pembayar zakat yang membuat pembayaran di PPZ-MAIWP , pelbagai cenderahati khas seperti kalendar 2019 turut disediakan. Kempen ' Jadi Kaya Dengan Zakat' ini disempurnkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff dengan penampilan istimewa seperti Amar Bahrin, Bell Ngasri dan PU Azman.




PPZ-MAIWP menyeru agar semua umat islam di Wilayah Persekutuan merebut keberkatan menunaikan zakat bagi mengembalikan hak asnaf sebanyak 2.5% yang terdapat dalam harta kita. Dengan pelbagai saluran yang disediakan oleh pihak PPZ-MAIWP, diharapkan tiada alasan lagi untuk umum tidak menunaikan zakat atau menangguhkan penunainya. 



'PPZ-MAIWP MEMUDAHKAN ANDA BERZAKAT'




Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

3 Comments



  1. bagus kempen macam ni... senang memudahkan cara untuk bayar zakat

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...
    usaha yg sgt murni...
    semoga ramai yg akan turut serta

    ReplyDelete
  3. kempen yang sgt2 bagus.. semoga dipermudahkan urusan.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us