Kanak-Kanak Autistik Ceria Bersama Sukarelawan Nestlé

Assalamualaikum

Menggembirakan dan menceriakan seseorang terutamanya anak-anak istimewa memang sangat diperlukan. Mereka juga berhak untuk berasa gembira dan ceria walaupun mereka tidak sesempurna kita yang normal. Bagi Marsha, menceriakan mereka adalah satu inisiatif yang mulia supaya mereka lebih positif dalam menjalani hidup seharian. Baru-baru ini Nestlé Malaysia membuat satu inisiatif kepada anak-anak istimewa ini. Nak tahu apa dia? Jom baca | Kanak-Kanak Autistik Ceria Bersama Sukarelawan Nestlé

Kanak-Kanak Autistik Ceria Bersama Sukarelawan Nestlé


Sempena Bulan Kesedaran Autisme April ini, Nestlé Malaysia baru-baru ini bekerjasama dengan Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) untuk menceriakan seramai 50 kanak-kanak dalam sesi sukaneka, sebagai sebahagian daripada Program Sukarelawan Kakitangan Nestlé Malaysia yang dikenali sebagai Nestlé ROCKS (Reaching Out to Community and Kids). 



Aktiviti tersebut bersama sukarelawan Nestlé, yang lebih mesra dikenali sebagai ROCKers, bertujuan untuk menggalakkan mereka menyertai aktiviti yang menyeronokkan serta membantu meningkatkan integrasi sensori, komunikasi dan kemahiran interaksi sosial mereka. Sesi sukaneka itu meliputi pelbagai aktiviti interaktif seperti permainan kerusi berirama dan permainan bola yang dipertingkatkan untuk menggalakkan kanak-kanak belajar menerusi pengalaman. 


Sukarelawan Nestlé Hannah De Lumen dan pelajar NASOM menikmati diri mereka di sesi pembelajaran pengalaman.

Menurut Puan Nirmalah Thurai, Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat Kumpulan, Nestlé Malaysia, “Usaha menyokong masyarakat adalah sesuatu yang dekat di hati kami dan kami teruja kerana dapat bekerjasama dengan NASOM untuk menganjurkan hari yang menyeronokkan bersama kanak-kanak ini dan keluarga mereka. Kami gembira kerana berpeluang untuk membantu meningkatkan kesedaran orang ramai, dengan matlamat untuk memberi lebih kefahaman dan sokongan kepada masyarakat autistik.”

Sukarelawan Persatuan Autistik Kebangsaan Malaysia (NASOM) dan Nestlé berinteraksi dengan anak-anak semasa bahagian pengalaman sesi sukaneka


Puan Felina Feisol, Pengerusi NASOM, tambah lagi, “Kami terharu melihat sebuah syarikat terkenal seperti Nestlé Malaysia mencurahkan masa dan tenaga untuk menyokong perjuangan kami. Kanak-kanak ini seronok dapat berinteraksi dengan ROCKers Nestlé dan aktiviti ini juga menyokong pembangunan peribadi dan kemahiran komunikasi serta meningkatkan keyakinan mereka. Kami berharap untuk meneruskan kerjasama dengan Nestlé Malaysia bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia.”

Sukarelawan dari Nestlé, yang dikenali sebagai ROCKER, membimbing anak-anak melalui sesi pengalaman.


Selain sesi sukaneka, Nestlé Malaysia menyumbangkan barangan bernilai RM13,000 kepada pusat NASOM untuk keperluan pentadbiran mereka, termasuk mesin perlaminaan, papan putih dan projektor LCD. Mereka juga menyumbangkan produk-produk seperti MILO, NESTUM dan bijirin sarapan Nestlé. 



Nestlé ROCKers, representatives from NASOM and the kids pose for a group shot after an eventful morning.
 

Menarik kan inisiatif yang telah dijalankan oleh pihak Nestlé Malaysia ini. Moga program ini dapat diteruskan untuk melihat anak-anak istimewa ini sentiasa gembira dan ceria. InsyaAllah.

Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger

4 Comments

  1. Bagusnya luangkan masa buat program macamni, bagus untuk dua2 pihak sebab brand nestle antara pilihan utama pengguna.

    https://www.farhanajafri.com/

    ReplyDelete
  2. usaha yang baik daripada nestle

    followed here #475

    ReplyDelete
  3. Bagus sangat aktiviti macam ni kan. Sangat membantu anak-anak autisme ni.

    ReplyDelete
  4. tak tau nape rasa sayu hati tgk gambar2 ni

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us