Saffron, Rahsia Formulasi Terkini SAFI Youth Radiance Untuk Kelihatan Lebih Muda

Assalamualaikum



Semua nak awet muda ye tak? Tak kiralah lelaki atau perempuan. Marsha pasti semua berkeinginan untuk sentiasa nampak muda remaja dan lebih sihat. Tetapi di zaman era milennia ni bermacam dah kita terdedah. Antaranya yang ketara ialah UV dan juga dari pemakanan. Jadi penjagaan yang lebih memang kena 'extra care' untuk mendapatkan kesan yang ketara. Ekoran dari ini, pihak SAFI Malaysia telah memperkenalkan satu lagi rangkaian produk SAFI iaitu SAFI YOUTH RADIANCE yang menjadi rangkaian produk Anti-Penuaan yang pertama yang menggabungkan teknologi Saffron Gold. Ini bermakna kandungan SAFI YOUTH RADIANCE ini adalah kombinasi dari manfaat ekstrak herba mewah Saffron, Nano Gold, Beetox dan Lipo Vit-C .

Menarik kan? Tak sabar nak share dengan korang produk terbaru SAFI yang diasaskan dari bahan termahal di dunia iaitu Saffron. Menarik kan? Marsha bila dengar je SAFI YOUTH RADIANCE ini dah ada di pasaran, apa lagi terus la beli untuk cuba. Marsha bab produk SAFI ni memang dah tak ragu-ragu sebab rangkaian produk SAFI ini diuji secara dermatologi, BEBAS MINYAK MINERAL, BEBAS ALKOHOL, BEBAS PARABEN, TIDAK DIUJI KEATAS HAIWAN. Ia juga adalah hasil komitmen berterusan di dalam penyelidikan dan pembangunan produk penjagaaan kulit muka oleh SAFI RESEARCH INSTITUTE, makmal produk penjagaan kulit Halal terbesar di dunia, yang beroperasi di Malaysia. Jadi memang tak diragukan lagi! Jom lah kita tengok detail tentang produk SAFI YOUTH RADIANCE | Saffron, Rahsia Formulasi Terkini SAFI YOUTH RADIANCE Untuk Kelihatan Lebih Muda


Saffron, Rahsia Formulasi Terkini SAFI YOUTH RADIANCE Untuk Kelihatan Lebih Muda




Haa inilah SAFI YOUTH RADIANCE yang Marsha war war kan tadi. Pakaging lawa kan? Warna merah mewah dipilih kerana ia melambangkan warna kemewahan herba mewah iaitu Saffron. Susah nak dapatkan Saffron ni tau dan harga pun sangattttt mahal! 

5 Kelebihan Saffron Untuk Kulit


Saffron ( Google )

  1. Membantu Mengurangkan Kesan Jeragat atau Pigmentasi
  2. Mencerahkan Kulit
  3. Melembutkan Kulit
  4. Mengurangkan Kesan Parut Jerawat
  5. Mengurangkan 'Eye Bag' atau Lingkaran Hitam Bawah mata

Sebab itulah pihak SAFI menggunakan herba mewah Saffron dalam rangkaian produk SAFI terbaru SAFI YOUTH RADIANCE ni. Dia punya kelebihan untuk kulit memang terbaik. Kali ini SAFI YOUTH RADIANCE menawarkan dua jenis produk dan setiap satu produk berfungsi melawan masalah penuaan kulit dari faktor luaran, mengurangkan garis halus, mengecilkan pori serta mengekalkan kelembapan kulit sekaligus mengekalkan keremajaan kulit agar cerah berseri. Pada umur 30-an seperti Marsha ni rasa belum terlambat lagi nak jadi muda remaja dengan SAFI YOUTH RADIANCE ni. Jom kita tengok 2 produk terbaru SAFI YOUTH RADIANCE ni.

1. SAFI YOUTH RADIANCE ANTI-AGING & WHITENING ESSENCE dengan Beetox Technology, Saffron Gold & Lipo Vit-C - RM55.90 ( 100 ML)


Walaupun menjadikan Saffron sebagai bahan terbaru, teknologi beetox masih digunakan kerana ia terbukti pada kulit pada rangkaian SAFI sebelum ini iaitu SAFI Rania Gold. Marsha pasti gabungan teknologi ini menjadikan SAFI YOUTH RADIANCE ini menghasilkan kesan yang lebih ketara.



Safi Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence ini ialah produk 2 dalam 1 tau! Haaa harga berpatutan pula tu. Kalau produk lain kena ada 2 produk dan harganya lain-lain pula. Marsha lebih suka 2 dalam 1 macam ni sebab Marsha ni kerap travel jadi produk yang kita kena bawa tak lah terlalu banyak. 



Selain diperhebat dengan manfaat nutrisi mewah ekstrak saffron, Beetox dan Lipo Vit-C. SAFI YOUTH RADIANCE Anti-Aging & Whitening Essence diformulasi berasaskan air dan diperhebat dengan Asid Hialuronik yang mampu mengunci lembapan dengan lebih mendalam selama 24 jam. Jadi ianya mampu mempertingkatkan kadar kandungan air di dalam kulit sekaligus mengembalikan keanjalan kulit muka. Haa...bila kulit muka anjal....nampak lah keremajaan kita kan? Tak adalah menggeleber jer...hihi. Memang menarik!


Cara Penggunaan

Tuangkan ke telapak tangan dengan kadar yang mencukupi dan sapu dan ratakan produk di wajah . Kemudian, urut lembut dengan hujung jari secara bulatan sehingga meresap sempurna.

Sebelum apply 

Tekstur Jernih

Sapu ke seluruh kulit

Nampak lebih lembut dan licin



2. SAFI YOUTH RADIANCE SERUM INFUSED MOISTURISER dengan Beetox Technology, Saffron Gold & Lipo Vit-C - RM55.90 (40 g )

Paling best SAFI YOUTH RADIANCE SERUM INFUSED MOISTURISER ni dirumuskhas untuk menjadi ringan, tidak melekit dan tidak berminyak untuk penyerapan cepat ke dalam kulit. Ini adalah ciri-ciri produk yang Marsha suka sebab ia rasa sangat selesa.



Serum ini menyerap dengan pantas dan lebih mendalam dalam kulit yang bermasalah untuk membaiki tekstur kulit dan ia bukan sahaja untuk merawat malah melembapkan kulit dalam satu aplikasi. Paling menarik bila kita apply serum ni di kulit, pada mulanya ia berbentuk gel krim dan akan berubah bentuk kepada butiran serum kristal setelah di sapukan pada kulit. Kulit pula akan terasa licin, lembut dan lembap.


Kalau korang nak tahu SAFI YOUTH RADIANCE SERUM INFUSED MOISTURISER telah terbukti:

*67% peningkatan kadar keanjalan kulit yang lebih baik
*75% peningkatan kadar pencerahan kulit
*Berdasarkan ujian klinikal, dengan penggunaan rangkaian SAFI YOUTH RADIANCE secara berterusan


Cara Penggunaan

Sapukan produk diwajah dan leher, kemudian urut lembut dengan cara bulatan sehingga bertukar menjadi titisan air atau butiran serum kristal. Kemudian teruskan mengurut dengan lembut sehingga meresap sempurna.


Sebelum

Tekstur Gel Krim

Tekstur Gel Krim bertukar ke Butiran Serum Kristal (Titisan Air) setelah disapu 

Nampak lebih putih dan lembap


Pengalaman Peribadi Marsha Menggunakan SAFI YOUTH RADIANCE

Marsha baru mencuba kedua-dua produk rangkaian SAFI YOUTH RADIANCE ini kurang dari seminggu. Belum perasan perubahan yang ketara lagi sebab kalau korang nak tahu, untuk kesan ketara kita perlu amalkan penggunaan sesuatu produk secara konsisten selama 90 hari.




Namun Marsha dah perasan kesan-kesan awal dari penggunaan konsisten kurang dari seminggu ni iaitu kulit rasa lebih lembap. Sebab masa balik dari umrah kulit Marsha agak kering disebabkan kurang penjagaan kulit kat sana dan juga cuaca yang agak panas. Kulit di zon T juga agak berminyak. Lepas guna SAFI YOUTH RADIANCE ini, kulit rasa lebih lembap dan kurang berminyak. 

Eye bag di bawah mata pun dah makin mengecil. Sangatlah lega. Tak adalah nampak macam mata panda kan?..hihi. Marsha pun selesa menggunakan rangkaian produk SAFI YOUTH RADIANCE ni sebab teksturnya ringan dan mudah menyerap. Ia tak rasa melekit dan sangat selesa walaupun berada dibawah cahaya matahari kulit tetap maintain lembap dan tak berminyak. Pengalaman yang indah dengan SAFI YOUTH RADIANCE ni.





Pada korang nak mencuba, RANGKAIAN SAFI YOUTH RADIANCE boleh didapati di WATSONS, GUARDIAN DAN AEON WELLNESS seluruh negara. Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini dari SAFI di link dibawah ye.

WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM



Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger

9 Comments

  1. Menarik safi terbaru ni.. Dia punya bahan pun memang terbaik..

    ReplyDelete
  2. menarik botol dia..menyerlah..nad pun dah cuba ..memang best..meresap dna tidak melekit

    ReplyDelete
  3. Best betul tengok produk baru safi ni ada saffron dan nano gold tau..

    ReplyDelete
  4. Ada Saffron, sesuai packaging dia warna merah gini. Produk Safi, harganya pun mmpu milik..

    ReplyDelete
  5. Bestnya safi dah ada produk baru. Nanti saya nak beli jugaklah

    ReplyDelete
  6. Menarik kan Safi terbaru nie.. Kak Sue pun tengah cuba juga nie..

    ReplyDelete
  7. Waaaa catiknya packaging Safi baru ni. Merah gittew.

    ReplyDelete
  8. Bahan2 dia semua baik utk kulit. Yg penting xde bahan kimia berbahaya.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us