Cara Mengatasi Kulit Kering Pada Wajah Dengan Pencuci Muka Aloe Vera

Assalamualaikum


Masalah kulit kering ini dah menjadi satu penyebab kepada stress sebab ia akan membuatkan kulit nampak lebih kusam, tak bermaya dan juga menjadi penyebab jeragat. Kulit muka kering terjadi biasanya akibat dari faktor penjagaan kulit wajah, faktor pemakanan dan juga faktor persekitaran. Kulit kering kini bukan hanya menjadi masalah pada wanita malah lelaki juga tidak terkecuali. Kulit muka akan nampak kusam, lebih tua dari usia sebenar, berjerawat, kasar dan menggerutu.



Punca Kulit Muka Kering

Punca kulit muka kering berpunca dari pelbagai faktor seperti pemakanan, penggunaan produk, dan juga persekitaran. Antaranya ialah:

1. Kurang Minum Air Putih
👉 Sedia maklum badan kita mengandungi 70% air. Jika kita kurang minum air putih, ia akan mengeringkan kulit. 

2. Kurang Pengambilan Sayur dan Buah-buahan
👉 Pengambilan sayur dan buah-buahan yang mencukupi sangat penting. Ini kerana sayur dan buah-buahan mempunyai zat yang baik untuk kesihatan kulit. Kekurangan zat dan vitamin akan menyebabkan kulit kelihatan tidak bermaya.

3. Kerap Mencuci Muka dengan Sabun
👉 Mencuci muka yang ideal ialah 2 kali sehari. Jika mencuci muka dengan kerap atau menggunakan sabun yang tidak sesuai, ia akan memnyumbang kepada kulit kering. 

4. Salah Pilih Produk Penjagaan Wajah
👉 Pemilihan produk penjagaan wajah sangat penting. Kita perlu kaji jenis kulit sebelum mencuba produk penjagaan kulit yang sesuai dengan jenis kulit kita. Salah pilih produk juga akan menyebabkan kerengsaan pada kulit.

Cara Merawat Kulit Muka Kering

1. Minum Air Putih Secukupnya
👉 Minum air sekurangnya 8 gelas sehari atau mengikut berat 25kg = 1 liter air putih. Jika cukup pengambilan air putih seharian, kulit akan nampak lebih lembap dan berseri walau tanpa make up.

2. Pemakanan yang Seimbang
👉 Sayuran dan buahan wajib diambil dalam diet seharian supaya kulit kekal sihat dan lembap.

3. Mencuci Muka Dengan Regime yang Betul
👉 Cara mencuci muka dan rutin yang betul akan menjadikan kulit lebih sihat. Ini kerana kulit juga memerlukan sedikit minyak untuk melembapkan kulit.

4. Memilih Produk Penjagaan Wajah yang Sesuai
👉 Sebelum memilih produk penjagaan muka, perlu ditikberatkan kandungan produk dan kesesuaian produk tersebut kepada jenis kulit kita.

Dalam memilih produk penjagaan wajah terutamanya pencuci muka, Marsha telah mencuba produk Aloe AC Clean Bubble Cleanser dari Hansaegee Nature setelah melihat kandungannya dan juga mengetahui ia sesuai untuk semua jenis kulit.

Cara Mengatasi Kulit Kering Pada Wajah Dengan Pencuci Muka Aloe Vera 

Aloe AC Clean Bubble Cleanser adalah antara produk terlaris keluaran Hansaegee Nature kalau korang nak tahu. Ia nya berbentuk cecair di dalam botol dan akan berubah ke bentuk buih air yang lembut. Sangat lembut dan rasa ringan di kulit wajah. Jadi tak perlu nak gosok hingga naik buih baru apply ke muka. Terus picit dan buat urutan ke muka. Marsha suka sangat guna sebab tekstur buih air lembut itu sendiri sangat lembut pada kulit.



Kebaikan Aloe AC Clean Bubble Cleanser - Hansaegee Nature


1. Membantu mencegah  jerawat, masalah jerawat.
👉 Bila kulit bersih, liang pori tidak lagi tersumbat dan jerawat pun tak timbul lagi.

2. Kulit Lebih Bersih
 👉 Menghilangkan kotoran, sel kulit mati, dan kesan alat solek secara efektif dari kulit dan memastikan kulit kelihatan cerah dan licin.

3. Melembapkan Kulit
👉Kulit akan menjadi lebih lembap dan tak kering lagi.  Kelembapan kulit akan bertahan sepanjang hari selepas mencuci muka denga Aloe AC Clean Bubble Cleanser.



4. Membersihkan Kulit Hingga Ke Liang Pori
👉Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini membersih secara mendalam dan menjadikan kulit lebih bersih dan segar.

5. Kawalan Minyak
👉 Aloe AC Clean Bubble Cleanser membantu mengawal minyak dan 

Bahan-bahan utama 

Bahan utama yang ada dalam Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini ialah Jus Daun Aloe Barbadensis; Melaleuca Alternifolia (Minyak Daun Pokok Teh); Ekstrak Daun Salvia Officinalis (Sage); Ekstrak Rosmarinus Officinalis (Rosemary); Ekstrak Jasminum Officinale (Jasmine); Ekstrak Lavandula Angustifolia (Lavender). Kalau korang nak tahu, Aloe Barbadensis Leaf & Tea Tree Leaf Oil: Baik untuk kesihatan kulit

Korang tak perlu risau untuk mencuba Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini sebab ianya  Bebas Paraben, Bebas Sulfat, Bebas Alkohol. Jadi korang boleh gunakan tanpa was-was.


Cara Penggunaan Aloe AC Clean Bubble Cleanser

1. Picitkan Aloe AC Clean Bubble Cleanser di tangan yang basah secara mencukupi.
2. Urut muka dengan perlahan secara membulat.
3. Cuci muka dengan air suam.

Jom tengok video dibawah



Pengalaman Marsha Menggunakan Aloe AC Clean Bubble Cleanser

Pengalaman yang best dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini kerana ianya berbentuk 'foam' atau buih yang siap selepas dipicit dan terus je apply dekat kulit wajah. Setelah seminggu Marsha cuba, nampak perubahan pada kulit Marsha. Kulit lebih lembap, jerawat nampak kurang dan yang bestnya muka dah tak berminyak. Rasa best je nak pegang kulit muka bila dah kurang berminyak. Kalau tak, rasa tak yakin je nak keluar.



Tiap kali lepas cuci muka dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni, Marsha rasa kulit Marsha sangat bersih. Memang betul ia membersih hingga liang pori. Kulit rasa fresh sangat! Paling buat Marsha sangat teruja bila kulit terasa lembut dan tak kering langsung! Memang best sangat feeling lepas cuci muka dengan Aloe AC Bubble Cleanser ni.


Maklumat Lanjut 



Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger

6 Comments

  1. waalaikumussalam. best nya aloe vera. mesti terasa sejuk ja di muka ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang rasa fresh & sejuk sangat lepas guna

      Delete
  2. Oh, produk Hansaegee ye kak. Tak pernah guna lagi cleanser tapi moisturiser dia memang best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pula tak pernah try moisturiser dia lagi...boleh try ni

      Delete
  3. Pakai aloe vera terasa sejuk ja muka. Ishh lama xpakai ni..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us