Marsha Hadiahkan Yang Tersayang Dengan Printed MUG dari The Present

Assalamualaikum

Setiap tahun, kita mesti akan menyambut hari yang special. Banyak hari special yang kita akan sambut secara konsisten setiap tahun terutamanya Anniversary, Birthday, Mother's Day, Father's Day & Wifey Day...eh eh eh...terover pulak sampai ada wifey day....gurau je...hihi. Bila sampai tarikh-tarikh istimewa ni mesti kita nak hadiahkan yang tersayang untuk hari yang special. Betul tak?

Bukan sahaja hari-hari yang special, untuk majlis-majlis istimewa juga kita akan datang dengan bawa hadiah istimewa kan? Contohnya majlis kahwin, pertunangan atau juga sambutan majlis seperti Tahun Baru dan juga Krismas. Semua hari istimewa ni mempunyai momen yang special buat kita. Jadi dengan titipan hadiah akan menjadikan sambutan hari special lebih bermakna. Titipan hadiah yang akan memberi semangat juga memberikan kenangan. Dengan bahasa mudahya, HADIAH akan buatkan kita lebih gembira!

Marsha Hadiahkan Yang Tersayang Dengan Printed MUG dari The Present

Marsha sejenis orang yang suka buat suprise dan suka cari hadiah yang 'rare' untuk yang tersayang. Tiap tahun mesti nak hadiah berlainan. Jadi memang akan 'pecah kepala' nak cari hadiah untuk yang tersayang. Akhirnya Marsha jumpa The Present dan cari hadiah yang sesuai.

The Present adalah jenama utama SanTAC. Kita boleh dapatkan pelbagai produk yang unik untuk menujukkan apa yang kita sangat suka. Dari fenomena terbaru budaya terkini dan skandal politik hinggalah ke hobi, aktiviti dan banyak lagi. Senang sangat nak dapatkan rekabentuk unik dan cenderahati di The Present.



Marsha ni tak perlu hari special nak bagi hadiah buat encik suami. Ikut suka hati den nak bagi bila-bila pun. Kalau terasa nak bagi mulalah ligat nak mencari gift yang special. Disebabkan encik suami kerja pejabat, jadi kali ni Marsha pikir nak bagi gift yang dia boleh guna iaitu mug. Tapi, tak kan nak beli mug biasa je kan? Tak kan nak beli kat kedai biasa je kan. Mesti nak yang special.

Prosedur nak order senang je...segala design semua Ms Elaine buatkan. Marsha hanya send Ms Elaine gambar je dan Ms Elaine gunakan kepakaran beliau untuk design. Usai design, Ms Elaine tunjuk balik design samada Marsha setuju atau tak. Once setuju, next ialah proceed untuk printing dan postage. Alang2 order mug untuk encik suami, Marsha order skali fridge magnet. Ya! Macam-macam ada di The Present ni. Kita tinggal pilih mana suka je.


4 Sebab Kenapa Marsha Pilih Printed MUG dan Fridge Magnet dari The Present?


Boleh Personalized

Ini paling best! BestSub Malaysia ni menawarkan personalize gift. Jadi kita boleh request gift ikut kehendak kita. Mug yang Marsha  order, Marsha personalize dengan letak gambar satu family semasa kami sekeluarga ke Singapura. Jadi tiap kali encik suami nak minum guna mug, boleh la lepas rindu kan...hihi. Eh....rindu anak-anak la...hihi.


Teknologi Terkini

BestSub Malaysia menggunakan teknologi penyesuaian dari pemindahan haba  yang dikenali sebagai BigTREE, di mana  semua imej atau reka bentuk terutama foto boleh dicetak pada produk dengan warna yang lebih tepat. Lebih tepat lagi sebijik dengan gambar. Tak ada lah bagi gambar lain print keluar warna lain...hihi



Print On Demand Method

The Present hanya akan mengeluarkan produk Print On Demand method. Dalam masa yang sama The Present bersama-sama dengan kita bantu menyelamatkan sumber bumi. Memang bagus!

Shipping 24 Jam

Marsha suka sangat tempoh shipping The Present ni. Hari ni siap mug dan fridge magnet yang Marsha order, postage paling cepat sampai esoknya dengan selamat. Pakaging yang sesuai dapat jaga mug dari pecah.


Produk Awal dari BestSub Malaysia


Semua produk kosong (awal)  yang The Present dapat dari kilang BestSub Malaysia. Kilang BestSub dengan pengeluaran profesional dan kawalan kualiti telah berjaya meluluskan audit kilang yang dijalankan oleh BSCI dan SQP. Juga produk mereka dengan pensijilan ISO9001, SGS, CE, FDA dan Intertek telah memenangi pengiktirafan dari seluruh dunia. Mereka adalah produk yang hebat yang boleh dipercayai dan dibeli.


MENGAPA BELI DARIPADA KEDAI HADIAH RETAIL BILA KORANG BOLEH DAPATKAN PERSONALIZED GIFT DENGAN HARGA RENDAH DAN TERUS HANTAR KE RUMAH! Betul tak?..hihi

Haa...korang kalau nak order meh guna Gift Voucher ni...hanya SCAN TO COLLECT RM5 Gift Voucher, Valid until 31st JULY 2020



Kalau korang berminat nak start your own Printing Business with kos rendah, boleh contact Ms. Elaine, 019-9858151


BestSub Malaysia, Total Brandme Sdn Bhd

Address: 6, 6A & 6B, Jalan Harmoni 1A/KU3, Kristal Klang Commercial Centre, 42100 Klang.

Business hours: Monday to Saturday (9am to 6pm)

#ThePresent
#Personalized Gift
#SafeForDailyUse
#BigTree
#NoPinHole
#JSCoating
#SGSCertificate
#colouraccurate
#BestSubMalaysia
#WhiteMug
#GradeA













Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger

6 Comments

  1. Best dapat hadiah spesial macam ni. ^^

    ReplyDelete
  2. waa.. selalu dgar pasal printious ja

    ReplyDelete
  3. bestnya kan... mesti en.suami gembira dpt mug yg marsha hadiahkan ni... letih bekerja boleh hilang bila tgk mug tu... teringat memori cuti dgn family tersayang...

    ReplyDelete
  4. Mesti seronok en suami selalu dapat present dr pn wifey dia tanpa tunggu hari special.

    ReplyDelete
  5. hadiah2 macam ni lagi ada sentimental value =)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us