Tempat Duduk Basikal Bayi ( Bicycle Carrier Baby ) Seronok Bawa Anak-Anak Jalan Naik basikal

Assalamualaikum


Semua orang kenal platform E-Dagang yang paling popular sekarang iaitu Shopee. Marsha pasti bila sebut Shopee je mesti orang dah tahu...hihi. Marsha ni memang peminat tegar Shopee. Macam-macam dah beli kat Shopee dari sekecil-kecil barang macam rempah kari hinggalah sebesar-besar barang macam chest freezer. Serius sangat memang macam-macam lah beli kat Shopee. 

Baru-baru ni Marsha ada beli tempat duduk basikal bayi di Shopee. Memandangkan anak-anak dah boring mengadap dinding rumah. Basikal pula ada 3 tetapi sangat jarang naik. Sebab masa beli tu anak Marsha paling kecil, Tufael masih belum boleh duduk stabil. Jadi terperuklah basikal-basikal tu didalam garaj sampaikan berkarat. Bila Tufael dah mula boleh duduk & berjalan, baru lah kami suami isteri terpikir kembali niat nak beli bicycle baby carrier ni. 

Marsha memang suka beli kat Shopee sebab Shopee secure dan tak akan release payment jika ada problem dengan seller. So far seller semua berhemah sebab salah satu tips membeli di Shopee ialah tengok komen-komen pembeli sebelum ini. Kalau semua ok insyaAllah kes penipuan pembelian online tak akan terjadi. Nak tahu tak jenis macamana tempat duduk basikal bayi yang Marsha dah grab? Jom baca | Tempat Duduk Basikal Bayi ( Bicycle Carrier Baby ) Seronok Bawa Anak-Anak Jalan Naik basikal

Tempat Duduk Basikal Bayi ( Bicycle Carrier Baby ) Seronok Bawa Anak-Anak Jalan Naik basikal



Bila Tufael dan mula berjalan, dah nampak dia suka sangat nak explore persekitaran yang ada. Baihaqi pun sama dah boring agaknya terperuk dalam rumah. Jadi memandangkan sekarang PKPP dan nampak ramai dah anak-anak jiran main basikal di kawasan perumahan, kami suami isteri decided nak bawak anak-anak jalan pusing-pusing taman perumahan kami. Nak pergi main dekat taman permainan masih takut lagi jadi paling selamat kita bawa basikal je petang-petang. 

Sebelum ni memang dah nampak ada seller yang jual tempat duduk belakang basikal di Shopee. Tapi terpaksa pendamkan hasrat sebab Tufael belum boleh duduk betul lagi. Bila Tufael dan boleh duduk pakej berjalan, Marsha terus zasssss....search balik bicycle carrier baby dan jumpa satu seller yang mempunyai komen-komen yang sangat positif dan juga ianya ready stock. Apa lagi terus pilih yang menjadi pilihan dan checkout. Pilihan kami ialah tempat duduk basikal bayi jenama UNO yang boleh menampung sehingga berat 25kg tetapi tiada headrest dengan harga RM78/satu.



Seller tempat duduk basikal bayi ni dari Penang dan proses penghantaran dia sangat cepat dengan kurier JNT. Dalam 3 hari dah sampai. Cara pemasangan bicycle baby carrier juga sangat senang dan kami pasang betul-betul ketat supaya keselamatan anak-anak terjamin. Kalau korang nak tahu, bicycle baby carrier ni ada seat belt untuk safety anak-anak bila kita bawa basikal. Tempat letak kaki pun ada jadi kita tak risau kaki anak masuk dalam tayar basikal. Juga ada pemegang di bahagian hadapan untuk anak kita pegang. Sesi pemasangan pun tak lama dan ianya tegap. Memang sangat recommended.  

Kerusi Basikal Baby Pilihan Tempat Duduk Basikal Bayi Yang Selesa

Seronok Baihaqi dan Tufael bila boleh round taman naik basikal. Pada permulaan cuba kami masih ragu-ragu juga sebab baru kali pertama kan. Kami hanya pusing kawasan taman rumah kami sahaja sebab baru nak cuba dan nak test kualiti semasa menggunakannya memandangkan berat Baihaqi memcecah 15kg dan Tufael pula 10 kg. Selain tu nak tengok safety macamana. 

Tufael memang tak suka tengok kamera


Alhamdulillah anak-anak rasa sangat seronok dan selesa. Macamana Marsha define selesa? Sebab Baihaqi dan Tufael sangat seronok dan tak ada rengekan langsung dari boys berdua ni. Layan je naik basikal. Sampaikan Baihaqi tak nak turun nak jalan-jalan lagi pada hari pertama cuba. Pada hari seterusnya kami pergi jauh sikit setiap hari total jarak kayuhan dalam 2.5 KM. Pernah sekali tu kayuhan dalam 5.5 KM. Boys berdua ni tak ada rengekan pun malah nampak seronok. Baihaqi siap nyanyi haa lagi hiburkan ibu tengah mengayuh..hihi.

Baihaqi paling seronok


Tufael relax je dia menikmati keindahan alam tengok pergerakan sana sini dan sangat behave naik basikal dengan suami. Kami suami isteri sangat seronok bila tengok anak-anak sangat seronok. Sekarang ni dah jadi rutin pula kami berbasikal setiap petang. Sebab seronok bila tengok senyuman anak-anak. Kakak Anith pun dah semakin mahir berbasikal.

Alhamdulillah tak rugi kami beli basikal dan beli pula kerusi basikal baby ni. Sambil bawa anak-anak jalan boleh exercise untuk next fun run. Kira boleh fit kan badan sementara bersedia untuk join fun run lagi. 

Beli Bicycle Carrier Baby Brand UNO Dengan Trusted Seller di Shopee

Marsha nak kongsikan seller yang Marsha beli tempat duduk basikal bayi ni. Untuk memudahkan korang jika berminat nak beli, Marsha memang suggestkan seller ni. Korang boleh je klik Seller Bicycle Baby Carrier dan terus ke page seller dan korang tak perlu nak cari atau search lagi. 

Bila dah pasang pada basikal


Makan masa juga nak cari yang betul-betul puas hati dan trusted. Jadi Marsha kongsikan terus link nya. Harap Marsha dapat bantu korang dapatkan kerusi basikal baby yang affordable dan selesa ni. Layan video di bawah yaa....



Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

8 Comments

  1. Murah pun murah. Siap ada tali pinggang. Bagus la. Mmg musim2 pkp ni ramai yang exercise naik basikal. Anak plak nak ikut. Ingatkan nak beli yang mcm apek2 selalu buat tu. Letak bakul ke.. hahahah tp tak selamat. Yg ini Selamat. Nak g usha kejap

    ReplyDelete
  2. comelnya.. dulu2 masa kecik mak kita pakai yg kerusi rotan kan.. skrg plastik mcm nie.

    ReplyDelete
  3. Seronoknya Baihaqi dpt jalan² naik basikal

    ReplyDelete
  4. Bagus ni.. Kat rumah ni takde basikal lagi.. Nanti nak carila basikal.. Pastu beli temlat duduk ni

    ReplyDelete
  5. Senang nak bawa budak2 bersiar-siar.

    ReplyDelete
  6. dia ade jenis basikal yg bole letak kerusi basikal bayi atau semua jenis basikal bole letak kerusi bayi tu

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us