Serlahkan Aroma Keanggunan Sempurna Dengan Enchanteur Stunning
Assalamualaikum
Penampilan tidak akan
sempurna tanpa wangian”… Author C.Joybell C
Wangian dan Wanita Tak Dapat Dipisahkan |
Marsha sangat-sangat bersetuju dengan quote diatas....Tanpa wangian Marsha sendiri pun rasa tak lengkap dan sempurna. Ada je yang tak selesa dan tak kena kalau terlupa pakai wangian...hihi.
Kita pun sedia maklum yang brand Enchanteur ni telah lama meniti di mulut-mulut pengguna dan mempunyai peminat yang tersendiri.
Wangian seorang wanita
mempunyai daya tarikan sama seperti tertariknya seekor lebah kepada pati nektar dan kenyataan ini sememangnya tidak dapat
disangkalkan lagi. Kajian menunjukkan wanita yang memakai haruman dilihat lebih
sensual dan menarik. Justeru itu, wanita telah mengetahui dengan tepat sejak
berabad lalu, bahawa minyak wangi merupakan aksesori yang tidak menonjol,
tetapi mampu untuk menyerlahkan si pemakai dan mencipta aura yang tiada
tandingan.
![]() |
Rangkaian Enchanteur Stunning |
ENCHANTEUR jenama
wangian terkemuka dengan haruman yang diinspirasikan dari Perancis, telah melancarkan
semula rangkaian Eau de Toilette dan penjagaan peribadi. Bersempena pelancaran
ini, satu haruman baharu yang sangat menarik telah diperkenalkan iaitu, Stunning!
Wangian mempesona ini merupakan gabungan Turkish Rose dan Magnolia, telah dipertingkatkan dengan
kemanisan dari Blackcurrant Bud dan Raspberry serta dicampur juga dengan kelembutan Sandalwood. Pemakai Stunning akan
tertawan dengan aroma sensual yang
dipakainya sendiri, menjadikan dia wanita yang istimewa,
seterusnya menyerlahkan penampilan dan personalitinya.
![]() |
Enchanteur Stunning Eau De Toilette |
Selain Eau de
Toilette, variasi Stunning juga hadir bersama produk pelengkap melalui
rangkaian penjagaan peribadi termasuk losyen, deodoran, dan bedak talkum yang membuatkan kulit lebih lembut menawan sehalus satin dan berharum wangian segar sepanjang hari.
![]() |
Enchanteur Stunning Satin Smooth Body Lotion |
![]() |
Enchanteur Stunning Perfume Talcum |
![]() |
Enchanteur Stunning Perfumed Deo Mist |
![]() |
Enchanteur Stunning Perfumed Deo Roll On |
ENCHANTEUR telah
membaharui bentuk botol rangkaian EDT. Botol EDT ini berkonsepkan bentuk tubuh
seorang wanita memakai gaun berlipat dengan potongan duyung; manakala variasi
warna pada botol adalah berdasarkan wangian flora di dalamnya. Keanggunan botol
ini dimahkotakan dengan penutup berbentuk bunga mawar mekar yang menjadi simbolik
percintaan yang romantis dan pati bunga yang menjadi esen pelengkap di dalam
botol wangian tersebut. Pembungkusan indah ini amat mudah dipegang dan boleh
dijadikan hiasan di atas meja rias.
![]() |
Comel kan?? Wangi Tau..Dengan Kotak yang Istimewa |
ENCHANTEUR Eau De
Toilette boleh didapati pada harga runcit RM28.20 (termasuk 6% GST) bagi setiap
botol 50ml. Manakala Losyen Enchanteur juga boleh didapati dalam pelbagai saiz
yang berharga dari RM5.40 hingga RM17.60. Deodoran Enchanteur pula hadir dalam
pelbagai bentuk/ format- stik, bebola dan juga semburan yang berharga dari
RM4.90 sehingga RM8.40 manakala bedak Enchanteur berharga dari RM4.40 hingga
RM11.80. Pelbagai produk wangian serta produk penjagaan diri Enchanteur boleh didapati di semua rangkaian pasar raya, pasar raya besar dan farmasi.
Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR, sila log masuk ke www.enchanteur.com.my atau lawati laman
Facebook ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY.
Ok itu sahaja kali ni semua tentang rangkaian Enchanteur Stunning untuk bacaan kawan-kawan semua. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan rangkaian terbaru yang sangat memukau ini ya...💓💓💓
Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018
26 تعليقات
amboi amboi wangi sokmo lah lepas ni kak Marsha!
ردحذفhahaha...sampai dewan bersalin wangi nt ni...hahaha
حذفWah packing baru lah botol minyak wangi Enchanteur.
ردحذفCantik kan??
حذفBau dia siyesly sedap...eangi sepanjang hari
ردحذفkan sepanjang hari senyum je bau wangi...hihi
حذفBagus produk ni . packaging lawa & harga pun berpatutan ;)
ردحذفwww.liahasty.com
Sokong kak lia...
حذفsuka produk enchancteur...wangiii
ردحذفsama sangat suka...hihi
حذفWah bestnyee.. Msti senyum je spnjang harii hihi
ردحذفyeah 100 markah..hihi
حذفEna suka jenama ni, sebab semua wangi2.. melekat pula tu. Ena skrg pakai bedaknya untuk badan. Ni nanti nak try yang bauan baru ni
ردحذفRangkaian dia semua wangi kan ena..hihi
حذفDah lama brand ni kan...mmg wangi... masa kecik dulu, my mom suka hadiahkan brand ni untuk saya dan my sister...
ردحذفMemang dah lama...yg dedulu pun wangi gak kan
حذفwahhhh cantik sangat warna set enchanteur ni. soft sangatt. suka suka :D mesti sedap bau dia kan hehehe
ردحذفGojes sangat kan...hihihi
حذفI love lotion very much! tapi nampak mcm akak tak ade lotion ye. Tak kesahlah janji semua wangi2! Mengimbau kenangan gitew. hehe
ردحذفAda lotion dia..bau wangiiii
حذفmemang cik timm pun suka dgn bedak dia.klau pakai lepas mandi, memang berbau satu umah, haha!
ردحذفKan timm....syg nak guna takut habis...hahaha
حذفEnchunters ni jenama yang dah brtahan lama di malaysia. No wonder la kan. produk memang berkualiti..
ردحذفYe betul tu papaglamz...sgt setuju
حذفbau dia tak menyengat sgt. mmg best!
ردحذفUyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
Fresh kan bau dia
حذفTerima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)