Sup Ayam Kampung Pati Ayam Ginseng Brands
Assalamualaikum
Bila mana menjadi maktang ni masa menjadi kucar kacir.
Tengah nak manage lagi masa. Almaklumlah dah 9 tahun anak sulung baru ada baby balik.
Ibarat ibu muda yang baru bersalin.
Muda ke iolss??? Awet muda kan.....hihihi
Ok dah dah menyimpang jom kembali ke pangkal jalan...hihi
Ok hari ni Marsha nak share resepi yang simple dimple untuk readers yang tak jemu singgah blog picisan ini.
Resepi sup ayam kampung....tapi bukan yang biasa ni.
Kali ni Sup Ayam Kampung Pati Ayam Ginseng Brands versi berpantang sebab Marsha tengah berpantang kan..hihi.
More healthy right??...💖💖
Tu je yang available makan pun selaian ikan bakar, ikan haruan...hihihi
Jom kita tengok bahan-bahan.
Bahan-bahan
3 ulas bawang putih (diketuk)
2 cm halia ( diketuk dan dicincang halus)
Ayam kampung - separuh ekor atau 500 gram
Air - 500 ml
Bunjut sup - 1 peket
Pati Ayam Ginseng - 2 sudu besar
Garam secukup rasa
Disebabkan Marsha masih berpantang jadi kaedah sup ayam kali ni adalah rebus.
Tak ade tumis sebab tak boleh makan makanan berminyak lagi.
Cara membuat
- Masukkan air dan ayam kampung. Rebus hingga ayam kampung mendidih dan empuk dengan api perlahan.
- Bila ayam sudah empuk, masukkan bawang putih, halia dan bunjut sup. Tambah air jika air kurang. Air boleh kurang semasa menunggu ayam kampung empuk.
- Selepas beberapa minit masukkan pati ayam ginseng Brands. Kacau hingga sebati.
- Tutup api dan perasakan dengan garam.
![]() |
Sup Ayam Kampung Pati Ayam Ginseng |
Haa....dah siap!! Simple je sup untuk ibu yang tengah berpantang.
Yang best bila masukkan bahan rahsia terbaik iaitu Pati Ayam Ginseng Brands.
Rasa cepat sihat dan bertenaga....alhamdulillah...😊😊
Jadi kawan-kawan yang nak mencuba boleh try resepi simple dimple ni.
Walaupun simple tetap sihat sebab tak berminyak dan dengan tambahan Pati Ayam Ginseng Brands.
Oh ya, kalau kawan-kawan nak tambah goji pun sedap.
Selamat Mencuba!!!
Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018
17 تعليقات
bila dah baca resepi ni, mula la rasa nak cuba balik rumah nanti hehe
ردحذفJom cuba jom
حذفOhh ingat rebus guna air pati ayam gingseng Brands ni jer tanpa air biasa but boleh cuba lah macam mana rasa tak pernah cuba produk ni hehehe...
ردحذفTak nanti banyak sangat pula..hihi. Jom cuba
حذفBagus kan pati ayam ginseng ni.
ردحذفMmg elok maktang amik ginseng2 ni...
Nanti boleh la try masak ni...
Thanks ye
Your welcome dear
حذفSA tak pernah cuba lagi..sedap ye...kalau sedap boleh cuba..
ردحذفOwhh kisahnya boleh masak ekk..ingatkan hanya boleh minum terus dari botol..hehehe ketinggalan betul sis ni. Boleh lah cuba nanti
ردحذفsedap ke, akak takut2 pati ayam brand ni macam hanyir je rasanya... tapi kalau tengok kat gambar sup tu, macam sodap je...
ردحذفKadang menu orang pantang ni sedap gak..Simple & menyelerakan..tengok pada rupa la..rasa not sure..hehe
ردحذفTak lama dah lagi tempuh berpantang kan...oo pati ayam ni boleh masak juga ye. Akak dah beberapa kali nak cuba tak boleh masuk ler pati ayam ni. Kalau masak boleh kot...kena cubalah
ردحذفtak pernah cuba lagi resepi cenggini. good sharing
ردحذفnanti nak cubalah sebab tak pernah try lagi.
ردحذفThanks share resipi nie - boleh jadi juadah sihat juga kan sebab tiada minyak.
ردحذفsimple mesti sedap nie brands
ردحذفTak tahu menahu psl pati ayam ginseng ni..ni time2 demam selsema ni elok la buat rasa nya ni..good sharing mommy!
ردحذفI use brands to steam fish. Nice and nutritious
ردحذفTerima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)