Assalamualaikum..
Haa...dah lama tak update tentang produk penjagaan diri jenama terkenal yang popular dikalangan lelaki iaitu Dashing. Bila kita sebut je Dashing semua dah kenal dan ia dijual di seluruh outlet tak kira pasaraya, farmasi dan lain-lain. Kali ini Dashing telah melancarkan satu lagi rangkaian produk khas untuk lelaki yang aktif iaitu Dashing Sport. Jom baca entri Marsha dengan lebih lanjut jom.
Dashing Sport| Haruman Eau De Toilette dan Deodoran untuk Jejaka Kekal Aktif
Bila seharian aktif diluar, musuh utama iaitu bau peluh akan mula aktif kerana peluh-peluh yang terhasil dari gaya hidup seharian yang aktif akan mula hadir. Ini akan membuatkan jejaka yang aktif merasa tidak selesa, rimas dan kurang yakin bila berhadapan dengan orang ramai terutamanya gadis. Sememangnya berpeluh merupakan satu perkara yang biasa. Berjalan ke kereta, menghadiri mesyuarat, bersenam di gim, atau
melakukan aktiviti harian yang lain, lelaki tidak dapat mengelak daripada berpeluh
lebih-lebih lagi dengan cuaca panas di Malaysia. Bau badan merupakan masalah yang
dihadapi oleh kebanyakan lelaki terutamanya mereka yang aktif dalam sukan.
Keadaan ini menyebabkan kaum lelaki semakin mengambil berat terhadap
kepentingan menjaga bau badan.
Memahami masalah yang 'common' dilalui oleh kaum lelaki, Dashing telah melancarkan Rangkaian DASHING Sport yang pasti memenuhi
keperluan lelaki aktif yang inginkan deodorant dan pewangi yang maskulin,
segar dan sesuai dengan kehidupan aktifnya. Dengan rangkaian DASHING Sport ini, keyakinan akan lebih tinggi untuk berhadapan dengan orang ramai terutamanya gadis....ehem...hihi. Ini akan membuatkan lelaki DASHING mempunyai aura yang menampilkan
keyakinan dan sifat maskulin. Wangian baharu ini memberikan kesegaran maskulin
namun masih mengekalkan ciri esen moden. Eau De Toilette DASHING SPORT
mempunyai komposisi sensasi yang mengujakan dengan aroma “sporty” dan gaya
ranggi yang sangat sesuai untuk lelaki yang berani menyahut cabaran dan kekal aktif
pada masa lapang.
Untuk menangani masalah bau badan dan
sentiasa segar, Deodoran Semburan dan Eau De Toilette telah menjadi produk penjagaan
harian lelaki yang penting. Deodoran dapat membantu mengawal bau badan serta
meningkatkan keyakinan diri manakala Eau De Toilette memberikan wangian yang
tahan lama dan kesegaran. Memilih Deodoran atau Eau De Toilette yang
bersesuaian amat penting kerana terdapat produk yang tidak mampu bertahan lama
dan meninggalkan kesan kotoran pada pakaian.
Memahami keperluan lelaki aktif untuk berbau harum selama 24/7, DASHING kini
memperkenalkan 2 variasi baharu ke dalam rangkaian DASHING Sport. Variasi yang kini berada di pasaran ialah variasi MCFC Hattrick dan Ultimate Kick. Kini ada variasi terbaru DASHING
SPORT ialah Hitman and Golden Boot terdiri daripada Deodoran Semburan Badan dan
Eau De Toilette.
![]() |
Rangkaian Haruman Eau De Toilette DASHING Sport |
Semburan Deodoran DASHING SPORT pula bukan sahaja memberi perlindungan 24 jam
tetapi juga memberikan manfaat 6-dalam-1 yang berkesan mencegah bau badan. Ia mengandungi
anti-bakteria, formula cepat kering, tidak meninggalkan kesan di kulit atau di
baju serta memberikan keharuman dan kesegaran maskulin optimum sepanjang hari.
DASHING SPORT Eau De Toilette dengan
haruman maskulin berpanjangan boleh didapati dalam reka bentuk bottle yang
sporty bersaiz 50 ml.
Rangkaian produk DASHING Sport boleh didapati dalam 2 variasi; Hitman dan
Golden Boot.
DASHING Hitman dicipta khas untuk
lelaki aktif yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma
kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender
berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikab wangian daya tarikan yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap
lelaki aktif.
![]() |
Dashing Hitman |
Variasi DASHING Golden Boot pula mempunyai
haruman yang lebih Musky dan menggoda. Aroma dari daun Rhubarb dan Pimento
memberikan kehangatan maskulin kepada si pemakai, manakala kombinasi kayu Kashmir
dan Leather memberikan aroma kelelakian maskulin yang memukau dan tidak dapat
dilupakan.
![]() |
Dashing Golden Boot |
Keluaran edisi terhad rangkaian
DASHING Sport boleh didapati pada harga yang berpatutan iaitu RM12.90 untuk
Semburan Deodoran 125 ml dan RM24.90 untuk Eau De Toilette 50 ml.
Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018
24 تعليقات
Menarik ni, zumal suka dashing. Nanti nak beli la...
ردحذفDulu dok servey nk buat hantaran
ردحذفAnak teruna Kak Sue pakai Dashing juga Marsha..
ردحذفasben saya pun suka jenama Dashing ni..bau dia best..saya pun suka..hehe
ردحذفlama betul bertahan brand dashing ni kan..
ردحذفWow..Dashing ada wangian lelaki yang baru..harus buat surprise untuk Mr Hubby ni
ردحذفWahhh ada keluaran baru pulak la
ردحذفShining sangat warna Dashing kali ni. Bau dia pun sedap-sedap juga. Harga pula murah sangat. Semua boleh milik.
ردحذفproduk Dashing ni dah makin pelbagai dan menarik untuk lelaki kan. So lelaki pun dah apa produk sendiri macam wanita juga sekarang ni.
ردحذفuishh...buat set hadiah pon best nehhh
ردحذفdashing ni mmg el pun suka baunya..nti boleh bagi gift kat en. suami hihihi
ردحذفnti boleh belikan hadiah kat en. suami..el pun suka bau dashing ni
ردحذفwangi tak best nya dashing baru
ردحذفReally in love with the vibrant packaging of this new range of Dashing, in conjunction with FIFA World Cup. I have the blue one, smells good, too!
ردحذفmsti wangi.. Nak try beli jgk la.. Jnama ni mmg terkenal dari zaman sekolah lagi hihi😁😁
ردحذفDashing mmg tak menghampakan... Wangi mmg sesuai untuk Mereka yang kuat bersukan dan aktif
ردحذفStriking warna packaging dashing kali ni. Memang sesuai utk org yang aktif. Harga pun mampu milik. Bau pun best.
ردحذفProduk untuk lelaki pun dah banyak pilihan sekarang ni. Dashing memang produk terbaik untuk lelaki di luar sana.
ردحذفPackaging cantik hijau kuning mebgingatkan mommy pada negeri tanah airku. Kedah. Hehe
ردحذفwow. best ni mummy. boleh beli utk husband nanti.
ردحذفdah lain ye packaging dia.menarik. dashing sangat dekat dengan lelaki. gituuu
ردحذفAs salam. Sejak remaja lagi abam kie guna dashing sebab harganya mampu milik.
ردحذفJom sertai giveaway yg sdg berlangsung di blog Abam Kie? Terima kasih.
http://www.zukidin.com/2018/04/spm-result-giveaway.html
Salam sejahtera
ردحذفTerima kasih kerana sertai Review Blog April 2018.
Senarai Peserta : https://aerillhassan.blogspot.my/2018/04/senarai-peserta-review-blog-april-2018.html
Senarai Pemenang : https://aerillhassan.blogspot.my/2018/04/senarai-pemenang-review-blog-april-2018.html
dulu zaman sekolah AS pakai bedak dashing biru. Tak silap tajuk dia dashing cool..hahaha jiwa jantan-jantan sangat masa sekolah tau haha
ردحذفTerima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)