Assalamualaikum
Gigi dan gusi kanak-kanak perlu dijaga dengan baik dari kecil. Untuk dapatkan gigi dan gusi yang sihat dan cantik, kanak-kanak perlu memberus gigi supaya dapat menjaga gigi dengan baik seawal mungkin. Jadi bila meningkat remaja gigi dan gusi dapat dijaga dengan baik dan rapi lagi. Di pasaran ada pelbagai jenis berus gigi yang di keluarkan oleh pelbagai jenama. Malah ia ada pelbagai bentuk, warna dan juga rupa. Semua cute dan geram je bila tengok sebab comel sangat. Betul tak?
Anak-anak kita memang pasti happy kan bila memiliki berus gigi cute ROBOCAR POLI? Kakak Anith pun sama tau. Kanak-kanak memang suka barangan mereka dari kartun dan figurine yang diminati. Ok nak tau lebih lanjut berus gigi baru ROBOCAR POLI kepunyaan Kakak Anith ni jom setia bersama Marsha di enrty|ROBOCAR POLI, Menemani Kakak Anith Dalam Pengalaman Penjagaan Gigi Yang Seronok
ROBOCAR POLI, Menemani Kakak Anith Dalam Pengalaman Penjagaan Gigi Yang Seronok
Comelkan koleksi berus gigi ROBOCAR POLI Suction Kids kepunyaan kakak Anith? Ada watak ROBOCAR POLI iaitu ROY, AMBER, HELI dan POLI. Bila ditanya yang mana kakak palinggggg suka? Dia kata semua kakak suka...hihi. Nasib baik Baihaqi masih baby, kalau tak kena kongsi dengan Baihaqi sama kan?..hihi. Seperti yang kita maklum bila sebut ROBOCAR POLI je ia meniti di bibir kanak-kanak. Siapa tak kenal kan? Watak-watak glamor ni memang menjadi kegilaan kanak-kanak sekarang termasuklah Kakak Anith.
![]() |
Semua Kakak Anith suka |
Kalau korang nak tau, koleksi berus gigi kepunyaan Kakak Anith adalah Berus Gigi FAFC ROBOCAR POLI Suction Kids yang direka khas untuk kanak-kanak yang berumur 3 tahun keatas. Ia dikeluarkan oleh MLG Manufacturing Sdn Bhd, pengilang yang menghasilkan berus gigi yang sangat comel dan dalam masa yang sama membantu dalam kesihatan gigi kanak-kanak. MLG Manufacturing Sdn Bhd adalah pengeluar yang bertapak di Malaysia dengan R & D tersendiri yang mana arif dengan pembangunan produk dan konsep baru. Jenama FAFC ini bekerjasama lebih rapat dengan pemilik jenama antarabangsa untuk membangunkan produk premium yang menyeronokkan & hidup dengan matlamat untuk mencapai tabiat oral yang sihat dalam jangkamasa panjang.
![]() |
ROBOCAR POLI Suction Kids Toothbrush |
Untuk pengetahuan semua, ROBOCAR POLI adalah siri animasi asal yang dihasilkan oleh ROI VISUAL dan EBS dan ia telah disiarkan sejak dilancarkan pada Februari 2011. Mesej utama siri ini ialah "Sosial", "Bersama Bersama", "Keberanian", "Keberanian Keluarga "melalui tindakan penyelamatan menyentuh garisan cerita. Sebab inilah watak ROBOCAR POLI dipilih untuk berus gigi FAFC ini.
Apa Itu FAFC?
Dari tadi Marsha dok 'mention' Berus gigi FAFC kan? Tapi apa makna disebalik FAFC itu? Sebenarnya FAFC itu mempunyai makna disetiap satu huruf tersebut.
FUN - Rekabentuk pemegang berus gigi yang comel dan berwarna warni membantu untuk menarik minat dalam rutin berus gigi setiap hari.
ALIVE - Membawa kanak-kanak kepada watak kegemaran yang 'hidup' dengan mewujudkan interaksi, seperti berus gigi kelihatan seperti mainan dan boleh dibawa keluar dari bilik mandi ke bilik tidur kanak-kanak.
FIGURINE - Mencipta berus gigi yang berfungsi , juga patung-patung yang membolehkan kanak-kanak ambil dan bermain denganya atau sebahagian dari koleksi.
CARTOON - Memaparkan watak kesukaan kanak-kanak yang menyeronokkan. Salah satu cara lain untuk membantu menjadikan memberus gigi itu seronok!!
![]() |
Kakak Anith seronok dengan koleksi ROBOCAR POLI Suction Kids Toothbrush |
Jenis Berus Gigi FAFC ROBOCAR POLI
Berus gigi FAFC terdiri dari 2 jenis iaitu :
1. ROBOCAR POLI Figurine Kids Toothbrush
2. ROBOCAR POLI Suction Kids Toothbrush
1. ROBOCAR POLI Figurine Kids Toothbrush
2. ROBOCAR POLI Suction Kids Toothbrush
Set berus gigi kepunyaan Kakak Anith ada jenis suction, ROBOCAR POLI Suction Kids Toothbrush. Senang nak letak sebab tak perlukan tempat letak berus gigi kerana dia mempunya 'suction' dibahagian bawah berus gigi. Jadi boleh pilih yang mana berkenan...hihi
![]() |
Penyimpanan Berus Gigi yang baik |
Sebab Kenapa Anda Mesti Mempunyai Robocar Poli Suction Kids Toothbrush ini
1. Bulu berus gigi yang berkualiti tinggi.
2. Bulu berus gigi anti-bakteria sehingga 99%
3. Filamen tirus tunggal yang lembut sesuai untuk gigi dan gusi si kecil.
4. Menggunakan 100% Virgin Resin.
5. Tidak berasaskan haiwan
6. Membantu mencegah plak, penyakit gusi, gingivitis dan nafas berbau.
![]() |
Bulu berus gigi yang lembut |
![]() |
Pengalaman memberus gigi yang menyeronokkan bagi kakak Anith |
Untuk maklumat lanjut tentang berus gigi ROBOCAR POLI yang comel ini boleh rujuk maklumat dibawah:
Website : https://www.fafc.com.my/
Pembelian Online : www.pulse.com.my & FB Shop
Facebook Page : https://www.facebook.com/ fafcglobal/
Instagram Page : https://www.instagram.com/ fafcglobal/
Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018
41 تعليقات
wah..ada berus gigi robocar poli lah...kena beli semua ni buat koleksi..tp yg paling penting berus gigi ni berkualiti tinggi..
ردحذفDulu gigih kumpul berus gigi jenis macam tu hehe.. ^^
ردحذف.
Nice review!!
Wah kena beli jugak ni.. Sebab anak2 yg kcik 2 ni mmg payah nak gosok gigi.. Da terlanjur diorg minat giler dengan robocar poli msti rajin nak gosok gg pasni.. Tq atas perkongsian hebat ni..
ردحذفWah! Robocar Poli ni memang femes buat anak-anak kecil.
ردحذفHarapnya makin rajin la adik-adik kecil kita memberus gigi dengan adanya karakter ini ya..hehe
Cantikkah berus gigi robocar poli tuh.colourful..budak budak memang sukalah kan. Nanti saya nak belikan juga untuk anak anak lah
ردحذفLawa laaa warna berus gigi robocar poli. Anak-anak kalau ada ni gerenti berebut nak chop warna masing-masing sebab semua menarik. Hahaa...
ردحذفBulu yang lembut sangat penting. Gigi anak sulung gusinya sensitif. Nak usha fb derang laaaa
Dulu, Robocar Poli salah satu kartun kegemaran anak-anak, sambai beratus habis duit beli mainan dorang, nak yang original pula tue T-T
ردحذفTapi sekarang, dorang dah tak kisah sangat dengan Robocar Poli
bagus yer, baru tahu ada berus gigi dengan konsep FAFC ni. menarik la sebab 99% anti bakteria. nak beli la sepasang untuk anak-anak kat rumah ni, konfem rajin gosok gigi dengan berus gigi robocar poli ni
ردحذفni kalau anak akak nampak,confirm dia nak beli jugak ni...bila ada berus gigi macam ni,boleh lah pupuk mereka untuk rajin berus gigi kan
ردحذفFeveret cartoon anak-anak ni. Makin semangatlah kakak gosok gigi hari-hari 😁
ردحذفNasib SA x nampak lagi kat mana- mana..kalau tak sure nak belikan jugak kat anak- anak buah..diorang suka la benda2 keperluan yang ada karakter yang macam-macam ni...
ردحذفThis toothbrush really cute and for sure there kids will want to brush their teeth with this cute toothbrush.
ردحذفBestnya dia dapat toothbrush yang colourful. Mesti susah nak buat pilihan mana satu kan. Boleh tukar2 je mana nak.
ردحذفhaaha comel je! boleh galakkan kanak - kanak berus gigi
ردحذفAlahai comelnya berus giginya. Budak2 mesti suka nie. Mesti makin semangat dorg nak berus gigi. Nak jugaklah belikan satu utk anak sedara
ردحذفMenarik nya. Comel-comel rekaan tooth brush tu. Buat anak2 semangat nak gosok gigi. Ni kalau syafi nampak mesti dia nak juga.
ردحذفbetul tu. lama2 dorg suka berus gigi
ردحذفcomel-comel semuanya, warnanya memang menarik hati kanak-kanak. salah satu cara yang bagus ni untuk membuat kanak-kanak suka memberus gigi
ردحذفwww.maisarahsidi.com
baru ciktom tahu FAFC tu apa...hihi..comel2nya berus gigi robocar poli..warna pun menarik...nampak berus pun lembut..bagus untuk kanak2..
ردحذفPertama kali baca tajuk ingatkan Robocop tadi hehehehe rupanya berus gigi khas untuk gigi kanak-kanak yang gusi lembut dan perlukan penjagaan khas...
ردحذفComelnye
ردحذفThese toothbrushes for kids are soooo cute and colourful! They surely attract kids to brush their teeth as they should.
ردحذفComel kan berus gigi ni. Memotivasikan kanak2 utk lebih rajin menggosok gigi
ردحذفklau anak-anak liez nampak mmg dia suka la.. asalkan robocar poli memang berhantu betul.bagus sebenarnya untuk tarik minat anak untuk memberus gigi
ردحذفWah kena cari ni. Nak hadiah kat anak2 sedara. Diorang memang suka teruk dengan ribocar poli ni. Mesti diorang suka
ردحذفCantiklah design berus gigi, tentunya anak anak suka dan rajin nak berus gigi. Cantiklah gigi akak Anith lepas ni...
ردحذفSenang nak pujuk anak gosok gigi dengan berus gigi yg ada kartun kegemaran mereka
ردحذفbudak2 suka lagi rajin la gosok gigi lepas ni hihihi
ردحذفni kalau belikan untuk budak-budak memang suka la dorangkan, dengan ada pelekat dibawah tu, mudah untuk menyimpan dan elakkan dari kotor dan bakteria.
ردحذفcomel je budak-budak ni. nak tanya, dia punya berus cepat kembang tak? mak pakai jenis lain cepat kembang la.
ردحذفSeronok anak-anak nak berus gigi ada berus gigi cantik n comel macam nie kan..
ردحذفCantik �� mak yang temankan anak tengok robocar poli ni pun ikut sama excited ��
ردحذفNak pujuk anak berus gigi memang kena ikut kesukaan diorang..baru diorang nak
ردحذفcutenya berus gigi ni. 4 warna menarik.
ردحذفalaaa..comelnyaaa...kena dapatkan jugak nih!
ردحذفYa Allah, nampak dek anak buah Sha, pengsannnn la berebut, hehe. Dpt berus gigi ni, rasanya tak pyh bersilat nk suruh diorg gosok gigi dah
ردحذفcomel berus gigi tu. salah satu daya penarik untuk kanak-kanak rajin gosok gigi
ردحذفwarghhh....ni kalau anak Sal dapat ni...sure nak gosok gigi selalu..hehehe
ردحذفBetul..nasib baik adik baihaqi baby lagi..kalau tak, mau berebut ni...
ردحذفSukanya dia dapat berus gigi..
ردحذفwahhh, comeyyy..")
ردحذفTerima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)