Assalamualaikum
Jom Pi Pasar | Pasar adalah tempat wajib Marsha jejak setiap hujung minggu
untuk beli stok bahan basah. Kat pasar lebih banyak pilihan dan lebih segar
berbanding tempat lain. Tambah lagi kat pasar ni ada ulam-ulam kampung macam
kulat sisir, pucuk paku dan ulam-ulaman kampung. Kalau kat pasaraya susah nak
dapat tau. Tapi kan, setiap minggu atau dua minggu sekali Marsha perasan harga
barang basah makin meningkat. Sebagai contoh daging, sekarang harga yang
import/sejukbeku lebih kurang RM20-RM30 sekilo. Kalau yang tempatan/kampung
punya mencecah RM30 keatas sekilo.
![]() |
Harga Daging | Sumber: Google |
Memang agak terasa terbeban dengan peningkatan
harga barang basah sekarang. Kadang terpikir macamana dengan yang kurang
berkemampuan nak beli barang basah?? Harga makin naik dan naik. Kalau makan kat
luar pun tak larat hari-hari dan lagi banyak duit mengalir Tapi untuk warga
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dah boleh tarik nafas lega sebab ada
program Jom Pi Pasar.
Jom Pi Pasar| Kupon RM20 Jimatkan Perbelanjaan Mingguan
Seperti yang kita sedia maklum, kos sara hidup
sekarang makin meningkat. Peningkatan kos sara hidup ini memberi kesan kepada
seluruh warga Malaysia. Semua orang terasa dengan kenaikan harga barang
terutamanya barang-barang basah. Cuti Hari Buruh hari tu Marsha amik kesempatan
ke pasar berhampiran rumah untuk beli daging sebab teringin nak makan
daging bulgogi. Daging import/sejuk beku RM24/kg dan daging tempatan RM32/kg.
Pucuk paku seikat RM1. Jadi memang terasalah harga barang-barang basah naik.
Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga bebanan
harga barang basah meningkat sangat ketara berbanding di Ipoh. Jadi untuk
meringankan beban warga yang kurang berkemampuan, pihak DBKL telah melancarkan
satu program iaitu Program Jom Pi Pasar dimana kupon
sebanyak RM20 diedarkan kepada warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang
layak. Walaupun nilainya nampak kecil, tapi masih boleh beli ayam atau ikan
dengan sedikit sayur tau. Kalau bajet sekali ke pasar RM50, dengan kupon RM20
ini dah banyak jimat. Jadi RM20 yang selebihnya boleh disimpan untuk keperluan
lain pula seperti bekal anak-anak ke sekolah.
![]() |
Jom Pi Pasar | Sumber: Google |
Program Jom Pi Pasar ini juga dapat menggalakkan
orang ramai membeli barang di pasar
kerana kita sedia maklum ramai peniaga tempatan yang berniaga di pasar untuk
mencari rezeki. Dalam masa yang sama program seperti ini dapat membantu kedua
belah pihak secara tidak langsung. Jadi inisiatif DBKL dalam menyantuni warga
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sangat tepat. Bukan pembeli atau pengguna
sahaja yang dapat kebaikan malah penjual juga. Orang kata situasi menang-menang
gitu.
![]() |
Jom Pi Pasar| Sumber: Google |
Marsha sangat menyokong Program Jom Pi Pasar ini
kerana dengan program sebegini dapat memberi kesedaran kepada orang ramai
bahawa masih ada yang mengambil berat walaupun kos sara hidup makin meningkat.
Moga program sebegini dapat diperluaskan di negeri-negeri lain juga oleh PBT
yang terlibat. Sambil membantu yang kurang berkemampuan, juga dapat membantu peniaga-peniaga
tempatan juga.
Jom Pi Pasar!!
Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018
18 تعليقات
Bagus program mcm ni
ردحذفmenarik program ni, membantu menjimatkan sedikit blanja dapur :))
ردحذفBagus program macam ni. Perlu diteruskan
ردحذفkalau cm ni lah hari2 nak pergi pasar haha
ردحذفRingan beban mereka yg memerlukan...
ردحذفMengurangkan kos sara hidup seharian walau hanya RM20 shj
ردحذفbelanja barang barang dapur memang byk pakai duit..kalau ada kupon nih dapatlah jimat kan.
ردحذفUsaha murni Kementerian Wilayah Persekutuan perlu diteruskan demi kesejahteraan orang ramai.
ردحذفbyk sayuran boleh dibeli dengan harga rm20 tu
ردحذفbantuan untuk penduduk kurang kemampuan di KL
ردحذفDapat kupon RM20.00 macam-macam lauk tambah kinah beli. Memang bagus inisiatif ni tambah pula harga barang sekarang semuanya mahal.
ردحذفRM20 besar nilainya buat mereka yg susah..program yg sgt bagus
ردحذفJom pi pasar banyak jugak dapat beli dengan kupon ne
ردحذفNak jugak kuponnnn, jom p pasar
ردحذفRm20 ni..boleh beli lauk seminggu jug ni 😉
ردحذفwau..boleh beli lebih lagi la barang kat pasar tu
ردحذفWalaupun hanya Rm20 tapi sangat bermakna dgn kehidupan hari ni
ردحذفAlhamdulillah. seronok tengok :)
ردحذفTerima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)