NutriBrownRice® Instant Beverage | Minuman Kesihatan Yang Sedap

NutriBrownRice® Instant Beverage Review | Assalamualaikum. Kesihatan yang baik bermula dari perut kita. Apa yang kita makan dan minum  akan memberi kesan kepada kesihatan kita. Kini ramai dah mula membuka mata betapa kesihatan itu sangat penting. 

Nasi adalah makanan ruji masyarakat kita. Ramai yang amalkan gaya hidup sihat dengan bertukar kepada beras yang lebih sihat. Ada yang bertukar kepada beras Bashmati, Parboiled dan tak kurang juga bertukar kepada beras perang. Bercakap tentang beras perang ni, artikel kali ini Marsha nak kongsikan produk NutriBrownRice® Instant Beverage yang dihasilkan berasaskan beras perang.





Beras Perang Tak Sedap? Apa Kelebihannya?

Kalau di Malaysia, beras putih adalah makanan ruji. Tetapi realitinya beras perang mengandungi banyak khasiat untuk tubuh badan kita. Marsha ada dengar juga orang kata beras perang ni tak sedap. Mungkin rasanya tak seperti beras putih yang biasa.

Kelebihan Beras Perang



Kelebihan beras perang sebahagian besarnya disebabkan ianya bijirin penuh berbanding beras putih. Jom kita tengok kelebihan beras perang ini:

  • Mempunyai Indeks Glisemik (GI) yang rendah.
  • Kenyang lebih cepat dan lama.
  • Serat beras perang membantu merendahkan paras kolestrol.
  • Membantu pembentukan gumpalan darah.
  • Serat beras perang menggerakkan sisa melalui saluran penghadaman.


Minum Beras Perang dengan NutriBrownRice® Instant Beverage

Jika beras perang tak sedap jika dimakan begitu sahaja, apa kata Marsha cadangkan korang minum beras perang ni. Macamana nak minum tu? Korang hanya bancuh NutriBrownRice® Instant Beverage dari Abrand Food Manufacturing dan korang akan dapat kelebihan beras perang dalam  NutriBrownRice® Instant Beverage ni. Nak bancuh pun semudah ABC.



NutriBrownRice® Instant Beverage ini sangat bagus kerana ia rendah gula, 100% vegan, Diebetic Friendly, Bebas Laktosa dan Gluten, Mengandungi Vit E, Vit B3 dan Vit B6 secara semulajadi dan paling menarik pada Marsha ianya mengandungi Prebiotik.

Apa itu Prebiotik? Kita biasa dengar bakteria baik dalam perut yang dikenali sebagai Probiotik kan? Jadi Probiotik ini memerlukan Prebiotik kerana Prebiotik adalah “makanan” untuk bakteria baik (probiotik) di mana ia meningkatkan populasi probiotik di dalam usus.




Kebaikan Probiotik

Usus kita memang memerlukan prebiotik untuk kesihatan usus. Jadi prebiotik sangat perlu untuk probiotik ( bakteria baik ) dalam usus kita. Prebiotik membantu menjadikan usus lebih sihat dengan:

  • Membantu penghadaman makanan dengan lebih cekap
  • Meningkatkan metabolisme badan dengan mengekstrak lebih banyak tenaga daripada nutrien makanan
  • Menghasilkan vitamin B
  • Menyingkirkan toksin
  • Membantu mengekalkan kesihatan usus kita

Dengan mengamalkan NutriBrownRice® Instant Beverage ini usus Marsha akan lebih sihat kerana ada bakteria baik yang menjaga usus Marsha.

Rangkaian NutriBrownRice® Instant Beverage Dengan 5 Perisa Hebat

Sedap ke tak sebenarnya minum beras perang ni? Marsha dah mencuba kesemua 5 perisa NutriBrownRice® Instant Beverage ini dan rasanya sedap tak seperti yang digembar gemburkan rasa beras perang itu sendiri. Ini kerana setiap perisa mengandungi perisa dan juga khasiat masing-masing.

Apa 5 perisa NutriBrownRice® Instant Beverage yang ada? 
  1. NutriBrownRice®️ Original + Prebiotik
  2. NutriBrownRice®️Chocolate
  3. NutriBrownRice®️ Oat with Soy Lecitin
  4. NutriBrownRice®️Original with Brown Sugar + Prebiotik
  5. NutriBrownRice®️Purple Sweet Potato + Prebiotik

 



Haaa....5 perisa ni korang boleh pilih mana yang korang suka. Dalam banyak-banyak Marsha paling suka NutriBrownRice® Instant Beverage Chocolate memang sedap sangat! Sampai terlupa ianya beras perang...hihi.

#1 NutriBrownRice®️ Original + Prebiotik

Rasa dia sama je dengan mana-mana minuman oat atau nestum yang berperisa original. InsyaAllah sedap dan boleh minum. Paling best ia mengandungi 5.1g prebiotik dan ianya sesuai untuk korang yang mengalami gastrik. Ia membantu melegakan sakit gastrik.



Selain tanpa gula,  NutriBrownRice®️ Original + Prebiotik juga mengandungi Vit E yang tinggi tau! Secara tak langsung ia tinggi dengan antioksidan. Dalam masa 2 minggu ia akan memperbaiki usus dan mengeluarkan kotoran yang lama dan menyihatkan usus kita.

#2 NutriBrownRice®️Chocolate

Bukan sahaja kanak-kanak, orang dewasa seperti Marsha pun suka kalau perisa coklat. Kebanyakan minuman coklat di luar sana mengandungi gula yang tinggi kerana ia menggunakan gula putih. Tetapi tidak dengan NutriBrownRice®️ Chocolate ini kerana ianya mengandungi hanya 1.6 sudu kecil gula perang iaitu  kurang 30% - 70% kandungan gula dari minuman coklat dipasaran. Ianya sesuai untuk kanak-kanak kerana kanak-kanak memerlukan lebih 20g serat setiap hari.



Paling menarik coklat yang terkandung beras perang ni adalah dari 3 buah negara iaitu South Afrika, Papua New Guinea dan Malaysia yang dikisar dengan fiber semulajadi. Coklat memberikan tenaga seharian dan lebih fokus dalam pembelajaran dan pekerjaan. Jadi ianya pilihan terbaik sedap dan sihat.

#3 NutriBrownRice®️ Oat with Soy Lecitin

NutriBrownRice®️ Oat with Soy Lecitin pula di tambahbaik dengan 970g Soy Lecithin dimana ia membantu nyahkan kolestrol jahat (LDL) dalam badan dan mengekalkan kolestrol baik (HDL) untuk kesihatan badan. Dalam masa yang sama ia membantu menurunkan kadar kolestrol dalam badan.





Kalau kita kerap sakit kepala, rasa kebas, sakit badan dan sakit bahagian hati, ia petanda kolestrol dalam badan kita tinggi. Ia juga mengandungi Australian Baby Oat dan USA Soy Lecithin (>97% AI Purity) dan hanya mengandungi 1 sudu gula perang.

#4  NutriBrownRice®️Original with Brown Sugar + Prebiotik

NutriBrownRice®️Original with Brown Sugar + Prebiotik pula mengandungi 1.5g Vitamin E dalam setiap sachet. Ia juga mengandungi ekstrak akar chicory dan hanya 0.6g gula perang. 


Ia sangat ideal untuk warga emas menghadapi kebas tangan dan kaki dan juga individu yang sibuk tetapi ingin menikmati sarapan pagi yang mudah, sihat dan lazat.

#5  NutriBrownRice®️Purple Sweet Potato + Prebiotik

Pakaging NutriBrownRice®️Purple Sweet Potato + Prebiotik sangat comel. Berwarna ungu sebab ia mengandungi keledek ungu. Ia mengandungi 10.5g prebiotik dari Belgium dalam setiap sachet dan rasanya sedap. 


Ia juga mengandungi ekstrak akar chicory dan juga sesuai kepada mereka yang ada masalah diabetes. Ia membantu pesakit diabetes mengawal gula dalam pemakanan dengan pengambilan secara konsisten selama 2 bulan dan akan alami perubahan yang positif. 

Secara keseluruhannya kelima-lima perisa  tiada gula tambahan, bebas laktosa, 100% vegan dan juga sangat sesuai diambil pada bila-bila masa seperti  sarapan pagi, minum petang atau juga makan malam. Ia juga bebas gluten dan dibuat dari beras perang kehijauan.

Bagi Marsha, Nutri Brown Rice 1# Prebiotic Drink di Malaysia ini sangat sesuai diambil oleh pelbagai peringkat umur untuk kesihatan yang optimum. Nutri. Goodness Inside. Maklumat lanjut:


Website : 
Facebook : 
Instagram : 

#GutHealth #Prebiotic #HealthyLifestyle #NutriBrownRice



Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

0 Comments

Subscribe Us