Kolaborasi Terhebat Althea X Get It Beauty Real Fresh Skin Detoxers

Assalamualaikum


Hai korang!! Korang peminat mask tak? Kalau peminat mask korang teruja tak kalau tahu ada mask yang hanya perlu guna untuk 10 saat sahaja? Marsha pernah share mask ini sebelum ni. Ia dikenali sebagai Real Fresh Skin Detoxer yang hadir dengan 2 jenis iaitu Rose dan Green Tea. Kalau korang nak tahu ia adalah satu kolaborasi terhebat antara Althea X Get It Beauty. Sangat hebat dan menarik. Jom baca | Kolaborasi Terhebat Althea X Get It Beauty Real Fresh Skin Detoxers

Kolaborasi Terhebat Althea X Get It Beauty Real Fresh Skin Detoxers


Sejujurnya Real Skin Detoxer ni dah menjadi bualan hangat terutamanya di Korea sendiri. Di Malaysia pun dah ramai yang mencuba dan berpuashati dengan hasilnya. Kalau korang nak tau ia adalah salah satu produk favorite Marsha tau. Ramai juga yang personal message Marsha tanya tentang Real Fresh Skin Detoxer ini kerana mereka nampak perubahan yang positif selepas Marsha konsisten menggunakannya.

Keistimewaan Real Fresh Skin Detoxer by Althea X Get It Beauty - 10 Sec Wash Off Mask

Memang banyak keistimewaan Real Fresh Skin Detoxer ni. Kalau tak, tak kan la ia menjadi pilihan penyanyi KPop Popular Korea dari kumpulan EXID ni iaitu Jeonghwa. Jom kita layan video dibawah




1. Dihasilkan oleh bahan-bahan Premium

  • Untuk pengetahuan korang Real Fresh Skin Detoxer ini hanya dihasilkan oleh bahan-bahan premium sahaja untuk menjaga kualiti dan memberikan kesan yang terbaik untuk kulit. Mengandungi kelopak mawar yang sebenar dan ekstrak dari mawar Grasse yang dipilih khas dari Selatan Perancis dan juga daun teh hijau muda dan ekstrak asli dari lereng bukit di Pulau Jeju.

2. Rutin Penggunaan Harian yang Mudah dan Cepat


  • Ya ini sudah pasti!! 10 saat memang sekejap je kan? Lewat nak pegi kerja pun masih sempat dan tak perlu nak skip mask harian ini. Jadi tak perlu bimbang tau!! Hasilnya setaraf seperti buat facial di SPA tau!!

3. 2 in 1 Mask dan Cleanser dalam Satu Masa

  • Ini yang Marsha suka!! Real Fresh Skin Detoxer hanya memerlukan masa 10 saat untuk menyerap segala nutrien yang ada kedalam kulit dan pada saat ke 11 ia menjadi pencuci muka untuk membuang sisa kotoran yang ada pada kulit muka. Muka rasa bersihhh!!

2 varian yang ada dalam Real Skin Fresh Detoxer by Althea X Get It Beauty

Marsha punya Favorite!!

Real Fresh Skin Detoxer - ROSE (Refining)

Untuk varian ROSE, ia dirumus khas untuk rutin harian pada waktu pagi. Fungsinya ialah untuk membuang kotoran yang terkumpul semalaman semasa kita tidur. Ia juga memberikan kesegaran untuk permulaan hari yang positif. Juga membantu memperbaiki kulit, mengecilkan liang pori dan menghilangkan kerengsaan pada kulit.

Real Fresh Skin Detoxer - Green Tea (Purifying)

Varian Green Tea, dirumus khas untuk penggunaan waktu malam sebelum tidur. Apabila jam menginjak 1000 malam, sel kulit akan menjadi aktif. Jadi penggunaan Varian Green Tea ni amat sesuai untuk meningkatkan proses regenerasi semulajadi kulit dengan kulit betul-betul bersih dan sedia untuk berehat. Ia membantu membersihkan kulit dan memberikan kulit bernafas dengan baik semasa kita tidur. Jadi kulit tidak tersumbat dan lebih segar.

Pembelian Real Fresh Skin Detoxer

Kalau korang berminat dan nak miliki 2 varian Real Fresh Skin Detoxer ini, cepat-cepat order sebab korang akan mendapat extra 10% diskaun juga penghantaran percuma tau!! Jangan tunggu lama-lama nanti rugi...hihi. Korang boleh layari link dibawah untuk pembelian

https://my.althea.kr/real-fresh-skin-detoxer-set


Jom sama-sama dapatkan kulit yang sihat!!!




Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

2 Comments

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us