Serlahkan Keyakinan Diri Berhijab Dengan Syampu Hijab dari Natural Elixirs


Assalamualaikum...


Masalah rambut ?? Mostly ramai dari kita yang mempunyai masalah rambut terutama yang berhijab aka bertudung.
Sebab rambut kita asik terperap dalam tudung dan memerlukan extra care.
Bila rambut terperuk kat dalam hijab, rambut tak boleh nak bernafas.
Sebab tu ada masalah seperti kelemumur, rambut gugur dan berminyak.

Marsha akui Marsha mempunyai beberapa masalah rambut terutamanya rambut gugur.
Kalau sikat rambut atau semasa mandi tengok lah segumpal rambut akan gugur.
Seminggu kat rumah penuh dengan rambut Marsha yang gugur.
Sangat risau sebab boleh jadi botak....huhuhu
Actually rambut pun dah makin nipis.....😓😓😓

Akhirnya ada satu company, Natural Elixirs telah contact Marsha untuk mencuba produk baru mereka iaitu Syampu Hijab.
Wah...pucuk dicita ulam mendatang.
Sebab Marsha dah cuba pelbagai brand khas untuk wanita berhijab tapi tiada perubahan.
Rambut masih gugur 😓😓😓
Jadi syampu yang dinantikan dah sampai then Marsha akan amik masa 5 hari ke 1 week untuk melihat perubahan.

Bila sampai, 1st thing yang Marsha try ialah bau dia......wangiiiiii!!
Sangat suka bau dia dan bersemangat nak cuba.
Actually shampoo ni made in Turkey rupanya.....jauh datang....hihi
Satu lagi yang best ia adalah syampu 2 dalam 1. Syampu dan perapi skali.
Dari observation secara zahirnya Marsha boleh tengok masa memula terima ialah baunya yang wangi dan kepekatan shampoo tu sendiri tak macam syampu lain. Ini kerana ia organik.
Tak berapa pekat tapi berbuih....😍😍


Syampu Favorite Marsha Sekarang :)


Syampu Hijab ini menggabungkan bahan-bahan organik iaitu:


Minyak Nettle
Ekstrak Bunga Cammomile dan juga
Minyak Tea Tree

Yang kita tau bahan-bahan ini mempunyai khasiat untuk menguatkan, melindungi dan mencegah keguguran rambut. 
Ini kerana rambut memerlukan pendedahan udara dan cahaya yang cukup untuk lebih sihat dan kuat. Bila rambut sentiasa tertutup, kulit kepala tak boleh bernafas dengan baik, menyebabkan sebum mengeluarkan minyak yang berlebihan menyebabkan rambut lembap dan berminyak.
Liang rambut juga akan tersumbat dan akan menyebabkan kulit kepala yang tidak sihat, kelemumur, rambut gugur dan rambut tidak bermaya.

Jom kita tengok satu persatu kelebihan bahan-bahan organik yang terkandung dalam syampu hijab ni.

Minyak Neetle

  1. Kaya dengan Vitamin B
  2. Sumber terbaik zat besi, pottasium, mangan, kalsium, magnesium, fosforus, silika, iodin, sodium dan sulfur.
  3. Mengandungi protin dan asid amino yang tinggi.
Minyak Neetle ni membantu dalam pertumbuhan rambut yang baru kerana daun Neetle kaya dengan silica dan sulfur yang mana bertindak untuk menguatkan akar rambut, folikel, kulit kepala dan memjadikan rambut lebih sihat dan bersinar. 
Bukan hanya mengurangkan keguguran rambut malah mengekalkan warna asal rambut serta sangat efektif dalam merawat kelemumur.

Ekstrak Bunga Cammomile

  1. Anti Radang
  2. Anti Kerengsaan
  3. Anti- microbial
Membantu dalam pertumbuhan rambut dan memelihara kulit kepala supaya lebih kuat dan lebih bermaya.


Minyak Tea Tree

  1. Anti-radang
  2. Anti-kerengsaan
  3. Anti-microbial
  4. Anti-fungal
  5. Anti-bakteria
  6. Antiseptik
  7. Anti-viral


 1.      Mengurangkan kelemumur secara semulajadi dan mencegah beberapa masalah rambut yang biasa iaitu keguguran rambut, rambut botak, psoriasis dan juga masalah kutu rambut. Ia mengurangkan keguguran rambut dan dalam masa yang sama menggalakan pertumbuhan rambut baru. 

2.       Minyak Tea Tree menyingkirkan sel mati, folikel rambut yang tersumbat, dan meningkatkan sistem imun dimana melawan jangkitan yang menyebabkan rambut gugur serta mengelakkan dari kutu rambut dan kelemumur.

Perubahan Yang Dialami

Setelah seminggu observation, Marsha perasan di lantai tile rumah yang berwarna putih suci ini sudah tiada helaian rambut.
Bila mandi pun dah tak ada rambut gugur bila Marsha gosokkan tangan pada rambut.
Yang lebih obviousnya bila sikat rambut yang melekat disikat banyak seperti sebelum ni sudah tiada.
Lagi satu perubahan ialah rambut Marsha juga tidak berminyak dah.
Kalau tak lepas shampu then pakai tudung balik kerja rambut masih dalam keadaan yang lembap kerana rambut tertutup dengan hijab.
Ini kerana kulit kepala Marsha tak boleh bernafas dan menyebabkan pengeluaran sebum yang berlebihan. Sebab tu la rambut jadi lembap dan berminyak.
Kali ni rambut lembut dan tak lembap pun....sangat seronok bila tengok perubahan ni.

Formulasi Unik Syampu Hijab ni ialah:

  • Membersih dan melembapkan rambut dan kulit kepala
  • Mengawal pengelupasan semulajadi kulit kepala, menjadikan ia segar semula.
  • Menyeimbangkan pengeluaran sebum dan mengurangkan minyak yang berlebihan
  • Sifat antioksidan yang melindungi rambut daripada kerosakan dan penuaan awal.
  • Memberi tenaga dan menyegarkan semula akar rambut untuk rambut yang berkilat dan sihat.
  • Mencegah keguguran rambut dan kelemumur.
Best kan??
Yang paling best lagi ia disahkan HALAL oleh Turkish Certification Body.
Alhamdulillah boleh guna tanpa was-was.

Macamana nak dapatkan Syampu Hijab ni?

>> KLIK SINI<<


Boleh hubungi melalui maklumat di bawah tau...


Facebook

Twitter

Pinterest
Natural Elixirs Sdn Bhd

Instagram
Natural Elixirs Sdn Bhd naturalelixirssdn

Google +
Natural Elixirs Sdn Bhd

Youtube
Natural Elixirs Sdn Bhd




Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

Babymoon Sebelum Bersalin, Perlukah?


Assalamualaikum…


Haaa…..perlukah babymoon sebelum bersalin? Apa pendapat uolls???
Mesti ada banyak pendapat kan?
Mungkin ada yang cakap perlu dan ada sebaliknya.
Sebenarnya ikut pandangan masing-masing, betul tak??

Nak tau pendapat Marsha???
Ok sebelum Marsha berikan pendapat dua puloh sen Marsha ni jom kita tengok apa makna babymoon ni.
Babymoon diperkenalkan oleh Shiela Kitzinger, seorang penulis buku-buku kehamilan dan kelahiran asal inggeris.
Menurut beliau, Babymoon ialah Honeymoon sebelum sebelum melahirkan bakal bayi dalam kandungan.
Dimasa inilah kita dan pasangan dapat menikmati ketenangan di tempat-tempat pilihan sebelum kekurangan waktu tidur demi mengurus bakal bayi nanti.
Jadi dengan Babymoon, ibu akan lebih relaks untuk mengurus bakal bayi nanti.

Tenang di persisiran pantai

Famili kecil bakal berempat....insya Allah


Memandangkan Marsha tengah preggy sekarang ni jadi bagi Marsha babymoon atau vacation sebelum bersalin sangat diperlukan.
Sebabnya salah satunya ibu preggy ni perlu restkan minda dan juga release stress.
Tak kira lah kalau ibu itu bekerja atau full time housewife tapi perlu masa untuk vacation.
Lepas bersalin dah kena berpantang lama dan masa tu minda dah relax dan fokus untuk baby.
Dengan babymoon ni secara automatic kita telah set kan minda separa sedar kita kepada lebih relaks dan bahagia. Tiada lagi unsur stress insya-Allah.

Untuk pengetahuan semua, babymoon bukan hanya dilakukan sebelum ibu bersalin namun boleh juga dilakukan setelah habis pantang.
Babymoon dengan bayi dapat membantu ibu-ibu memiliki breastfeeding relationship yang kuat.
Bayi yang kerap contact skin to skin akan melalui proses penyusuan yang baik dan bayi juga akan mempunyai tekanan darah, denyutan jantung yang normal dan juga jarang menangis.

Selain dari itu juga, babymoon membantu ibu-ibu selepas bersalin sembuh dengan lebih cepat dari tempoh yang sepatutnya.
Ini disebabkan babymoon membuat ibu-ibu lebih tenang dalam menghadapi proses kelahiran dan menguruskan bayi.
Hal ini ternyata mengurangkan pendarahan dan mempercepatkan proses penyembuhan selepas bersalin.

Jadi buat bakal ayah, kena alert babymoon ni ye walaupun isteri tak minta nak g jenjalan.
Tak perlu bawak ke oversea atau jauh-jauh.
Boleh bawa ketempat yang ikut bajet kita sebab bajet kita untuk bakal baby pun banyak kan?
Jadi tiada alasan untuk isteri tersayang, betul tak?
Pilih tempat yang tenang dan boleh habiskan masa bersama dan memekarkan lagi cinta antara dua insan tak gitu??? Marsha PASTI isteri akan lebih gembira dan tenang…
Bila dah bersalin para suami pun tenang nak uruskan isteri dan juga bayi. Betul tak??





Marsha 
Part Time Blogger 
Review Product & Place Blogger 
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

Program Kembara Jom Jimat Elektrik


Assalamualaikum



TELOK PANGLIMA GARANG, 27 JULAI 2017 – Seramai 26 orang pelajar dan 3 guru pembimbing dari SMK Telok Panglima Garang (SMKTPG), Kuala Langat, Selangor telah berkunjung ke Taman Seri Medan yang terletak di Telok Panglima Garang untuk menjalankan program Kembara Jom Jimat Elektrik sempena pertandingan Toyota Eco Youth (TEY) 2017. 

SMKTPG dipilih mewakili negeri Selangor dalam program tersebut di peringkat kebangsaan. Kumpulan pelajar dari SMKTPG yang dikenali sebagai Team Eco Panglima ini telah menjalankan program Kembara Jom Jimat elektrik selama 3 bulan. 



Team Eco Panglima bersama guru pembimbing, Pn. Norazimah yang berdiri dua dari kanan



Meningkatkan kesedaran kepada penduduk tentang kepentingan menjimatkan elektrik


Tujuan program Kembara Jom Jimat Elektrik ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada penduduk Taman Seri Medan tentang kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar. Kesan penggunaan elektrik yang berlebihan ini membawa kepada pemanasan sejagat. 

Menjadi tanggungjawab Team Eco Panglima untuk memberi kesedaran kepada penduduk setempat akan kesan negatif penggunaan elektrik yang berlebihan ini disamping memberi tips menjadi pengguna yang bijak kepada penduduk Taman Seri Medan. 

Bersama salah seorang penduduk Taman Seri Medan ketika menjalankan soal selidik


Pn. Norazimah Abd Talib selaku guru pembimbing Team Eco Panglima berkata, "Kami telah menyebarkan risalah tentang penggunaan serta kepentingan penjimatan elektrik kepada para penduduk di Taman Sri Medan tersebut. Disamping itu, kami juga menerangkan cara-cara untuk menjimatkan elektrik, seterusnya mengurangkan kadar bayaran bil elektrik."

Bunting Kembara Jom Jimat Elektrik di Taman Seri Medan


"Melalui pemerhatian dan maklumat yang kami peroleh ketika pertama kali beramah mesra bersama para penduduk Taman Sri Medan, kadar bayaran bil elektrik mereka mencecah RM200 - RM500. Walau bagaimanapun, kami telah mencadangkan beberapa langkah untuk mengurangkan jumlah bil tersebut. Lawatan kali kedua pada bulan Julai, kami memperoleh keputusan yang agak mengejutkan di mana  terdapat penduduk yang berjaya mengurangkan jumlah bil mereka daripada RM500 kepada RM200 ke atas dengan menggunakan langkah-langkah yang dicadangkan oleh kami."

Beliau mengakhiri wawancara dengan berharap agar lebih ramai lagi penduduk dapat mengurangkan kadar bayaran bil elektrik di
samping dapat mengurangkan kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar. 





~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~


Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

Diabetes Semasa Mengandung


Assalamualaikum...


Diabetes sekarang ni dah sinonim semasa mengandung pada Marsha.
Masa mengandung anak pertama pun didiagnosis Diabetes setelah minum air gula kali pertama.
Mengandung kali ni pun sama after minum air gula didiagnosis Diabetes juga.
Tapi time mengandung je tau....hihi

Jadi untuk kandungan kali ni Marsha kena kontrol diet dan makan makanan seimbang ikut kuantiti yang dibenarkan.
Makan nasi 2 senduk setiap kali makan.
Banyakkan sayur dan kurangkan makanan berminyak.
Banyakkan makan makan kukus dan rebus.
Kurangkan makanan manis serta makanan yang tak berkhasiat seperti jajan.

Selain dari diet control Marsha kena amik bacaan gula dalam darah atau blood glucose sehari sebelum checkup dengan doktor.
4 kali sehari iaitu jam 8 pagi, 12 tengahari, 6 petang dan 10 malam.
Pada kandungan kali pertama Marsha berulang ke KKIA dan juga hospital untuk amik bacaan blood sugar ni.
Tapi kali ni Marsha keluarkan bajet untuk beli alat sendiri sebab lebih menjimatkan masa dan tak perlu berulang alik.
Lagipun sebab yang kedua ia tak akan menganggu waktu bekerja sebab tak perlu ulang-alik ke klinik.

Peneman Semasa Mengandung kali ke3


Marsha juga perlu bersenam untuk mengawal tahap gula dalam darah.
Dalam masa yang sama bersenam jugak akan memudahkan baby ke laluan nanti.
Boleh berjalan laju atau senaman ibu bersalin janji kuarkan peluh dan badan cergas.
Jadi itulah rutin yang Marsha perlu ikut dan konsisten semasa mengandung.

Ada juga ibu-ibu mengandung yang terpaksa inject insulin semasa mengandung.
Biasanya bacaan gula yang sangat tinggi.
Alhamdulillah Marsha punya tahap masih boleh untuk diet control lagi.
Menurut doktor, jika ibu mengandung yang mengalami diabetes semasa mengandung ni saiz bayi berkemungkinan akan besar.
Lagi satu ibu yang mengandung yang mengalami diabetes ni tak digalakkan 'overdue' kerana kebarangkalian baby akan mudah poo.
Sebab tu doktor pesan if 39 weeks 6 day belum ada tanda-tanda nak bersalin, sila serah diri kat hospital....hihi

Minggu ni dah masuk 31 weeks.
Kawan-kawan pun tegur perut dah turun.
Agaknya adik baby tengah cari 'laluan' kot.
Jadi Marsha pun kena get ready dengan barang-barang yang penting.
Mana tau adik baby nak keluar awal jumpa abah, ibu & kakak kan??...hihihi
Doakan Marsha ye semua 💕💕

Buat kawan-kawan nak tau lanjut tentang Diabetes semasa mengandung ni boleh baca kat 👇

Diabetes Semasa Mengandung


Banyak info dekat page Babycenter.com ni.

Doakan semua dipermudahkan yer....love u all!!






Marsha 
Part Time Blogger 
Review Product & Place Blogger 
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

Kebaikan Sarang Burung Layang-Layang Buat Ibu Hamil


Assalamualaikum 💕💕

Arini Marsha nak share sikit tentang sarang burung.
Sarang burung yang glemer dan boleh makan mestilah sarang burung layang-layang kan?
Mana ada sarang burung lain betui dak??..hihihi

Memandangkan gift sarang burung terperam di rumah Marsha plan nak mula minum sup sarang burung ni
Cuma kena masak sendiri buat sup.
Nanti next entry Marsha share resepi buat sup sarang burung ni.

Entry kali ni Marsha nak share serba sedikit khasiat sup sarang burung ni untuk ibu mengandung.
Masa anak pertama dulu tak ade rezeki nak merasa sup sarang burung tp merasa makan burung merpati….hihi
Ye la lain anak lain rezeki kan…..hihihi

Sarang Burung Walit @ Burung Layang-layang yang telah diproses

Ok jom kita tengok khasiat sarang burung kepada ibu-ibu hamil yang mengamalkan sarang burung layang-layang ni:
Sarang burung layang-layang atau burung Walit ni adalah antara produk kesihatan terbaik untuk wanita hamil.
Menurut kajian Prof. Wang Bing, pakar akademik dari Jabatan Molekul dan Sains Hayat, Mikrobiologi, Manusia Pemakanan University of Sydney, Australia, sarang burung layang-layang mengandungi asid sialik (SA) yang merupakan sejenis karbohidrat berguna untuk peningkatan sel-sel otak dan membran sinaptik.
Oleh yang demikian sarang burung penting untuk pertumbuhan bayi yang sihat.

Mengikut kajian dari Jepun pula, sarang burung walit mempunyai kandungan asid sialik yang tinggi.
Kekerapan pengambilan sarang burung walit semasa hamil boleh menguatkan badan ibu dan janin kerana sarang burung walit kaya dengan protein dan ia boleh menggalakkan pertumbuhan tisu,dan meningkatkan imuniti.
Kesimpulannya, ibu-ibu mengandung mestilah memastikan bahawa mereka mengambil makanan yang mempunyai kandungan asid sialik yang tinggi.

Selain dari itu juga, mama preggy dalam masa yang sama boleh mencantikkan kulit.
Sape cakap mengandung tak leh cantik-cantik dan awet muda?
Boleh dengan sarang burung layang-layang ni tau…hihi
Sarang burung layang-layang juga dikenali sebagai Gen Kecantikan tau.
Ini kerana sarang burung terdiri daripada hormon peptida yang sangat penting yang dikenali sebagai faktor pertumbuhan yang berhubung dengan kulit ("EGF").
EGF memainkan fungsi yang sangat penting terutamanya untuk gen mencantikkan.
Ia merangsang pembahagian sel dan perkembangan, serta menggalakkan pembezaan sel, menyuburkan kulit dan luka daripada pembedahan dengan cepat, ia juga dapat menggalakkan penyembuhan luka. Ia membantu dalam meningkatkan kelembutan kulit dan mengurangkan kadar penuaan.

Jadi bagus kan kesan sarang burung layang-layang ni kepada ibu hamil dan juga bayi dalam kandungan.
Kulit bayi bersih, baby kuat dan juga paru-paru baby juga kuat.
Ni tengah semangat mencari resepi untuk masak sup sarang burung layang-layang ni.
Dah masak nanti Marsha share resepi yer…



Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018