10 Resepi Ikan Aye @ Tongkol Yang Mudah dan Sedap

Assalamualaikum

Ikan Tongkol atau juga popular dengan nama Ikan Aye dikalangan orang pantai timur seperti Marsha memang menjadi antara lauk faveret. Goreng pun dah puas hati makan. Ikan tongkol ni kalau dalam subjek Sains Rumah Tangga, ia berada dalam kategori 'Fat Fish' iaitu ikan yang mempunyai lemak. Sebab itu ia sedap dimakan dan menjadi antara favorite masa kini. Kalau di pantai timur, ikan tongkol diguna sebabgai lauk gulai dalam nasi dagang dan di Kelantan pula popular dengan nasi berlauk yang lauknya gulai kuning ikan tongkol. Aduh, dah la tengah puasa sunat ni. Bercakap bab makanan memang rasa ngencesss aje...hihi.

Selain dari 2 masakan yang glamor tadi, sebenarnya ikan tongkol atau ikan aye ni boleh juga dimasak dengan cara lain dan juga sedap. Eh, ikan tongkol ni masak la apa pun, confirm outcome dia memang sedap..hihi. Jadi kali ni Marsha nak share |  10 Resepi Ikan Aye @ Tongkol Yang Mudah dan Sedap untuk korang semua.


10 Resepi Ikan Aye @ Tongkol Yang Mudah dan Sedap



1. Masak Lemak Pucuk Paku dan Ikan Aye

Ihsan: Google

Bahan-bahan

  • Santan
  • 1 ekor ikan aye yang sudah direbus dengan garam dan asam keping
  • Kunyit hidup ( sebesar ibu jari )
  • Cili api - 6 @ 7 biji
  • Pucuk paku - 2 ikat
  • Bawang merah - 1/2 biji
  • Sedikit gula
  • Sedikit garam
  • Asam Keping - 1 keping

Cara Penyediaan

  1. Tumbuk cili api, bawang dan kunyit hidup
  2. Kemudian masukkan santan dalam periuk, masukkan bahan yang di tumbuk, asam keping, gula dan garam. Kacau sampai kuah mendidih dan jangan sampai pecah santan ye nanti kuah tak cantik. 
  3. Bila kuah dah mendidih, masukkan pucuk paku dan ikan aye dalam 1 minit je dan boleh tutup api gas.
  4. Masak lemak pucuk paku dah siap untuk di hidangkan.

2. Ikan Tongkol Masak Kicap

Ihsan: Google

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ikan tongkol saiz sederhana (lumur garam dan kunyit lepastu goreng)
  • 8 ulas bawang merah - kisar
  • 4 ulas bawang putih - kisar
  • 2 sudu besar cili - kisar
  • 1 inci halia - kisar
  • 3 biji cili hijau - hiris
  • 1/2 biji bawang holland - hiris
  • Tomato - belah 4
  • kicap secukupnya
  • gula dan garam secukup rasa
Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar tadi sampai harum dan garing
  2. Kemudian,  masukkan kicap dan masak hingga mendidih
  3. Akhir sekali, masukan cili hiris, tomato dan bawang holland dan sesuaikan rasa. selepas tu masukan gula dan garam secukup rasa. tutup api dan masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul rata.


3. Ikan Tongkol Masak Cili Hijau

Ihsan: Google


Bahan-Bahan

  • 1 ekor ikan tongkol saiz sederhana (lumur garam dan kunyit lepastu goreng)
  • 8 ulas bawang merah - kisar
  • 4 ulas bawang putih - kisar
  • 2 sudu besar cili hijau - kisar
  • 1 inci halia - kisar
  • 3 biji cili merah - hiris
  • 1/2 biji bawang holland - hiris
  • Tomato - belah 4
  • gula dan garam secukup rasa
Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar tadi sampai harum dan garing
  2. Kemudian masukkan gula & garam secukupnya.
  3. Masukkan ikan tongkol yang sudah digoreng dan  kacau hingga sekata.
  4. Akhir sekali, masukan cili hiris, tomato dan bawang holland dan sesuaikan rasa dan gaul rata sehingga bawang dan tomato agak sedikit layu. Siap!


4. Ikan Tongkol Berlada

Kredit: Azie Kitchen

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ikan tongkol saiz sederhana (lumur garam dan kunyit lepastu goreng)
  • 8 ulas bawang merah - kisar
  • 4 ulas bawang putih - kisar
  • 1 inci halia - kisar
  • 2 sudu besar cili giling atau cili kisar
  • 3 biji cili hijau - hiris
  • 1/2 biji bawang holland - hiris
  • Tomato - belah 4
  • Sos Tiram - 1 sudu
  • Asam jawa - diambil airnya
  • gula dan garam secukup rasa
Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar tadi sampai harum dan garing
  2. Kemudian,  masukkan cili kisar atau cili giling dan kacau hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sos tiram dan air asam jawa. Masak hingga agak kering.
  4. Masukkan ikan tongkol @ ikan aye dan kacau rata.
  5. Akhir sekali, masukan cili hiris, tomato dan bawang holland dan sesuaikan rasa dengan gula dan garam.


5. Gulai Ikan Tongkol Terengganu

Kredit: Saji.MY

Gulai ikan tongkol ni sangat glamor di terangganu sebab ada dalam menu nasi dagang. Adoi sedapnya lahai. Eh jomlah tengok resepi

  • 1 kilo Ikan tongkol
  • 3-4 keping asam keping
  • 5-6 biji bwg merah*
  • 2 biji bwh putih*
  • 2 hiris halia*
  • 2 hiris lengkuas*
  • 1 ketul kunyit hidup*
  • 1/2 sdb biji ketumbar*
  • 3 sdb cili boh/cili kering blend
  • 3 sdb besr rempah gulai cap ros
  • 1 sdb rempah masak cap ros
  • 1 sdb kerisik
  • 2 cwn santan pekat
  • Air secukupnya
  • Garam,gula,sedikit ajinomoto jika suka ( tak nak letak mak aji ni pun tak apa )
  • Cili burung 15-20 biji

Cara Penyediaan:

  1. Potong ikan,bersihkan & masukkan 1 sdb garam kasar & asam keping serta air sama paras ikan.. rebus selama 30 minit api sederhana
  2. Blend semua bahan yg bertanda* masukkan rempah & kerisik
  3. Panaskan minyak & tumis cili boh @ cili kering blend sampai naik minyak
  4. Masukkan rempah kacau lagi sampai rempah masak..
  5. Masukkan santan & tambah sedikit air..air jgn bnyak ye sbb nanti kita nak masukkan air dr rebusan ikan tadi..itu rahsia penyedap rasa kuah ikan tongkol ori teganu..
  6. Bila dah mendidih masukkan air dr ikan yg direbus tadi dlm 2 cwn...atau boleh ejas sendiri kuah nak banyak mane...biar mendidih..masukkan ikan & asam keping yg ade dlm ikan rebus tadi
  7. Biarkan dia mendidih lama dengan api perlahan..baru masukkan cili burung & sedikit gula,garam & serbuk perasa...
Kalau korang nak tahu, kuah gulai ikan tongkol ni kalau masak lagi lama lagi sedap...masak dlm api sederhana sampai pecah minyak..dah cukup rasa boleh la dihidangkan. Siap!


6.  Singgang Ikan Tongkol Terengganu 



Ikan Tongkol atau Ikan Aye Singgang ni memang menjadi sajian yang popular di Terengganu. Jom kita tengok resepinya.

Bahan-Bahan:

  • 5 potong ikan tongkol
  • 1 inci lengkuas – dihiris nipis
  • 1 inci kunyit hidup – dihiris nipis
  • 3 ulas bawang merah – dihiris nipis
  • 2 ulas bawang putih – dihiris nipis
  • 2-3 keping asam gelugor
  • 3-4 biji cili padi – diketuk (boleh tambah cili padi jika suka pedas)
  • 5 batang bendi
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Perasa (Boleh tambah jika suka)
  • Air secukupnya
Cara Penyediaan: 

1. Masukkan air secukupnya ke dalam periuk.
2. Masukkan bahan-bahan yang telah dihiris nipis dan serbuk kunyit bila air sudah mendidih.
3. Kacau dan masukkan pula ikan tongkol, asam gelugor, cili padi dan bendi.
4. Kemudian, masukkan garam dan gula secukupnya. Kacau sebati dan siap!


7. Gulai Ikan Tongkol Kelantan ( Resepi dari Azie Kitchen )

Kredit: Azie Kitchen

Bahan bahan:
  • 1 ekor ikan tongkol hitam
  • 1/2 kg santan
  • 1-2 keping asam keping
  • Garam kasar
  • Gula


Bahan kisar:
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 tangkai cili kering - rebus atau 1 sudu besar cili kisar - untuk kuah kemerahan sahaja
  • 1 1/2 inci lengkuas
  • 1 1/2 inci kunyit hidup


Bahan hiasan:
  • Timun/kacang panjang
  • Lada hijau
  • Cili padi – jika suka

Cara Penyediaan :
  1. Ikan direbus dengan 5-6 keping asam, segenggam garam dan ½ keping gula Melaka dengan air tenggelam ikan. Rebus sehingga air hampir kering. Ikan rebus mesti menpunyai rasa masam dan masin, baru lebih sedap.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga terbit minyak. Nota: resepi asal bahan kisar dimasak dengan santan sehingga mendidih dan benar benar masak. Perlu selalu dikacau bagi mengelakkan santan berketul atau di rumah kami, dipanggil gulai "beku".
  3. Setelah terbit minyak, masukkan sedikit air dan kacau sehingga mendidih. Setelah mendidih, baru dimasukkan santan, asam keping, garam dan gula.
  4. Sentiasa dikacau sehingga santan mendidih untuk mengelakkan santan dari berketul. Boleh ditambah air jika terlalu pekat.
  5. Setelah mendidih, baru dimasukkan ikan rebus, timun, lada hijau atau kacang panjang. Masukkan juga asam keping, garam dan gula.
  6. Masak dengan api perlahan lama lama sehingga kuah pekat dan cantik terbit minyak. Sesuaikan rasa.
  7. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih dan sambal sebagai nasi berlauk pagi.

8. Ikan Tongkol Bakar & Air Asam


Bahan-bahan: 
  • 1 ekor Ikan Tongkol saiz besar
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit minyak masak

Kredit: Zakiah Yusop

Kicap Pencicah:

  • 8 ulas bawang putih ( digoreng sekejap )
  • 2 genggam cili padi (boleh kurangkan kalau tak nak pedas sangat)
  • Jus limau kasturi secukup nya
  • Kicap manis secukupnya

Cara Penyediaan :

  1. Bersihkan ikan. Lumur dengan sedikit garam, serbuk kunyit dan sedikit minyak. Perap 10-15 minit. Bakar guna bara api arang hingga masak.
  2. Untuk kicap pencicah, tumbuk cili padi bersama bawang putih .Masukkan kicap dan limau kasturi dan sesuaikan rasa. Siap! Boleh dimakan dengan nasi putih panas-panas confirm bertambah...hihi

9. Ikan Tongkol Carik Pedas


Ini resepi dari Indonesia yang dikongsikan oleh Meithya Rose. Menurut Meithya, ibunya adalah berasal dari Indonesia dan sudah lama menetap di Malaysia. Jom kita tengok resepi dari Meithya.



Bahan-bahan:

  • 1 Ikan Tongkol Hitam sedang (saya gunakan tongkol hitam kerana dagingnya lebih manis dan sedap)
  • 2 sudu makan kicap manis
  • Garam
  • 1/2 sudu kecil lada
  • 1/2 kiub pati ayam
  • 100 ml Air
  • 3 sudu makan Minyak masak
  • Kisar
  • Halia sebesar ibu jari
  • 10 biji cili api (ikut selera. Kalau nak pedas, boleh tambah cili)
  • 1 cili besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah kecil
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 batang daun bawang

Cara Penyediaan:

  1. Kukuskan ikan Tongkol dan carik halus. Kisarkan semua bahan kisar
  2. Panaskan kuali dengan minyak. Tumiskan bahan kisar sampai wangi. Tips: tumiskan bawang putih sampai keluar aroma, lepas itu masukkan sisa bahan kisar lain.
  3. Masukkan tongkol carik dan air. Tambahkan garam,lada dan kicap.Masak hingga sisa air tinggal sedikit.Hidangkan.

10. Ikan Tongkol Masak Ungkep




Ini resepi yang dikongsikan oleh Siti Zulaiha Salleh aka MamaKitchen . Katanya biasa masak guna ayam tapi kali ini dia buat kelainan guna ikan tongkol. Jom tengok 

Bahan-bahan:
  • 1 sudu ketumbar
  • Lada cili
  • Lada merah
  • Lada hijau
  • Kunyit
  • Halia
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Serai
  • 2 sudu rempah kari
  • 1 keping asam keping
  • Garam
  • Gula

Cara Penyediaan


  1. Kita blend kan semua bahan kecuali asam keping tu. Blend bagi halus. Dan tumis dengan minyak masak. Masukkan asam keping
  2. Boleh goreng ikan(gaul dengan kunyit serbuk dan garam). Ketepikan. Bahan tumis tadi kita masukkan rempah kari. Dan biar sampai bahan pecah minyak.
  3. Bahan dah masak, perasakan dengan garam dan gula. Biar kering sikit kemudian masukkan ikan yang dah digoreng. Dah siappp!!


Haa....banyak betul resepi ikan tongkol ni. Baru 10 resepi yang Marsha share. Sebenarnya ada banyakkkkk lagi resepi. Cuma buat kali ni Marsha share 10 resepi dulu. Selamat mencuba korang!!



Marsha
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

17 Comments

  1. Saya suka makan ikan tongkol ni dengan nasi dagang

    ReplyDelete
  2. Sedapnya resipi2 ikan tongkol ni. Teringin nak makan tapi ikan ni gatal jugak kan? Husband pun kurang dengan ikan ni..huhu

    ReplyDelete
  3. Resipi nampak menarik tapi ai tak makan ikan tongkol. Hehehe

    ReplyDelete
  4. Baru tau dipanggil ikan aye juga

    ReplyDelete
  5. banyak tu resepinya.terbaik
    tapi untuk kasha alergik la makan ikan ni, gatal

    skip dulu

    ReplyDelete
  6. Nak buat singgang..mesti cari ikan aye. Sedappp!

    ReplyDelete
  7. why so rajin ni..masak cili padi tu i paling suka tauu.. cuma kadang buat x berapa jadi..nnt nak usha resepi sini la

    ReplyDelete
  8. Uishhh, sedap-sedapnya la resepi ikan tongkol tu... mula-mula tengok yang masak kicap nampak sedap, pastu ada masak cili hijau pulak, lepas tu ada resipi lain pulak yang oh gosh sedap-sedap semuanya... okay, air liur dah meleleh dah ni... hehehehe...

    ReplyDelete
  9. serious lama gila x jumpe ikan aye ni

    ReplyDelete
  10. I paling suka ikan tongkol bakar with air asam, sedap.

    ReplyDelete
  11. Ikna tongkol ni nad selalu buat kicap, goreng dan gulai.. Lain tak pernh cuba lagi.

    ReplyDelete
  12. Sedap semua resipi2 tu marsha. Boleh try satu2 nanti. Tq share.

    ReplyDelete
  13. sedapnya! lagi2 makan ikan tongkol ngn nasi dagang..perghh terangkat

    ReplyDelete
  14. Fuhhh. Paling dni suka ikan tongkol masak singgang, kari nasi dsgang, dengan gulai kuning kelantan. Dap dap dap 😁

    ReplyDelete
  15. macam-macam resepi ikan yang ada. senang mommy nak masak. asik goreng kosong je

    ReplyDelete
  16. meme suka make ike aye cuma sbb ada gatal2 ni kena kurangkan la...takut merebak pulop. huhuhu....

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us