Jatuh Cinta dengan MURAD Dew A Little Travel Pack

Assalamualaikum


Hye korang!! Sekarang ni macam dah masuk musim panas kan? Orang kedah kata panaih lit lit. Bila cuaca panas ni kulit akan mudah jadi kering kerana kulit kita terhidrat. Bila kulit terhidrat, kulit kita akan mudah berkedut dan nampak lebih tua dari usia. Ngeri juga kan bila nampak tua dari umur...huhu. Jadi untuk mengelakkan kulit kita terhidrat, kita kena minum air yang mencukupi. Selain dari minum air yang mencukupi seharian, pelembap muka juga memainkan peranan yang penting. Ia juga penting untuk melembapkan kulit kita yang seharian terdedah dengan cahaya matahari. Marsha telah mencuba satu produk international yang memang dah glemer meniti di bibir-bibir pengguna setianya iaitu MURAD. Dengan harganya yang setanding dengan kualiti membuatkan ia menjadi antara jenama yang tersohor di Malaysia dan kesannya memang dipercayai. Kali ini MURAD memperkenalkan MURAD Dew A Little Travel Pack untuk memudahkan kita untuk travel. Jom Marsha nak cerita dengan lebih lanjut | Jatuh Cinta dengan MURAD Dew A Little Travel Pack

Jatuh Cinta dengan MURAD Dew A Little Travel Pack


Produk MURAD ini sebenarnya dah lama ada di Malaysia ini. Harganya pula setanding kualiti.  Marsha pasti semua tahu kualiti produk MURAD ini macamana kan? Marsha pun dah lama nak cuba produk MURAD ni. Bila MURAD keluarkan MURAD Dew A Little Travel Pack, inilah masa yang sesuai untuk Marsha mencuba produk ini kerana harganya berbaloi. Alang-alang nak mencuba kan. Nanti Marsha reveal harganya kemudian ya!!

MURAD Dew A Little Travel Pack adalah krim mewah dan ringan menyediakan sehingga 24 jam penghidratan. Sangat sesuai dengan cuaca sekarang yang panas di Ipoh ni. Pada cuaca panas terik macam ini memang sangat perlu pakai pelembap yang menyediakan sehingga 24 jam penghidratan. Pakaging baru MURAD Dew A Little Travel Pack sesuai untuk bawa travel. Jadi Marsha telah bawa MURAD Dew A Little Travel Pack ini ke tempat kerja dan travel. Saiznya yang kecil boleh muat handbag kerja Marsha dan memudahkan Marsha kemana-mana tanpa membawa produk dengan saiz yang besar. 

Garis halus kurang dengan MURAD Dew A Little Travel Pack


Dengan penghidratan sehingga 24 jam, garis-garis halus penuaan dan kedut dapat dikurangkan. Ini terbukti dengan kesan penggunaan seawal 1 minggu mendapati 92% pengguna melaporkan garis halus dan kedut kelihatan kurang. Memang sangat teruja. Kalau korang nak tahu, Marsha telah mencuba MURAD Dew A Little Travel Pack konsisten selama seminggu dan kedutan telah nampak berkurang. 

Jenis Kulit yang Sesuai

MURAD Dew A Little Travel Pack ini sesuai untuk jenis kulit yang berikut:
  • Kulit kering
  • Kulit kombinasi
  • Kulit berminyak
  • Kulit sensitif
Paling best ia dirumuskan secara semulajadi tanpa Paraben, Sulfat, Phthalates dan Gluten

MURAD Dew A Little Travel Pack

Bahan Utama dalam MURAD Dew A Little Travel Pack


Bahan utama yang terkandung dalam MURAD Dew A Little Travel Pack ialah :

1. Teknologi Asid Hyaluronik (Advanced)
Meningkatkan keupayaan kulit untuk menarik dan mengekalkan kelembapan jauh di dalam permukaannya untuk penghidratan yang tinggi dan tahan lama.


2. Ekstrak kelapa
Ekstrak kelapa berfungsi untuk menyediakan pengekalan kelembapan yang lebih baik untuk menghalang dehidrasi dan melahirkan tekstur kulit yag lebih licin dan muda.


3 . Shea butter, Avocado, Sunflower & Olive Fruit Oils
Gabungan keempat-empat bahan ni membantu memulihkan kelembutan kulit dan menyokong kulit untuk jadi lebih sihat.


** Senarai penuh bahan yang lain seperti di bawah boleh rujuk di Kandungan MURAD Dew A Little Travel Pack


Membantu masalah

  • Kulit kusam
  • Kulit kering
  • Garis halus dan kedutan

Cara Penggunaan


  1. Sapukan MURAD Dew A Little Travel Pack secara rata di seluruh muka, tengkuk dan kawasan dada.
  2. Kemudian diikuti dengan MURAD Sunscreen pada siang hari.
Marsha selesa menggunakan MURAD Dew A Little Travel Pack




MURAD Dew A Little Travel Pack boleh digunakan waktu pagi dan malam. Untuk melembapkan kulit.

Harga


Mesti korang nak tahu harganya kan? MURAD Dew A Little Travel Pack boleh dimiliki hanya dengan RM88 sahaja. Berbaloi kan? Jadi apa tunggu lagi? Jom order online MURAD Dew A Little Travel Pack sekarang. Nak walk in pun boleh. 

Maklumat Lanjut


Alamat:
Deacon Medical Sdn Bhd (352496T)
131-1 NZX Commercial Centre, 
Jalan PJU 1A/41B, Ara Damansara 
47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Telefon:
(603) 7887 8149
Monday-Friday 
9:00AM - 5:00PM

You will receive a reply within
1-2 working days.



Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

3 Comments

  1. sekarang mmg panas ya amat 😂 nak beli jugak la

    ReplyDelete
  2. bila pakai product2 ni.. size memang paling penting sbb nak usung sana sini.
    bagusla size dia compact =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila umur mkin mngkat ni. . Nk kena cari product hilang kedutan ni. ..

      Delete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us