Kekal sihat dan Dilindungi Sepanjang Bulan Ramadan Dengan Dettol

by - 5/23/2019 01:07:00 AM

Kekal sihat dan Dilindungi Sepanjang Bulan Ramadan dengan Dettol |  Assalamualaikum. Kalau korang nak tahu, amalan kebersihan dapat membantu melindungi keluarga kita dari ancaman 100 jenis kuman berbahaya. Jadi Marsha nak share dengan korang bagaimana Kekal Sihat dan Dilindungi Sepanjang Bulan Ramadan Dengan Dettol.


Kekal Sihat dan Dilindungi Sepanjang Bulan Ramadan Dengan Dettol


Ramadan saban tahun jatuh pada bulan kesembilan dalam kalender hijriah. Pada masa ini, umat Islam seluruh dunia akan menjalani ibadah berpuasa. Selain itu, bulan Ramadan juga merupakan masa untuk umat Islam beribadat, bersolat, membuat kebajikan dan mengamalkan kesederhanaan dalam pelbagai aspek. 



Waktu berbuka atau iftar adalah masa yang terbaik untuk seisi keluarga dan sahabat handai bertemu sambil menikmati juadah berbuka yang pelbagai jenis. Kalau buat 'potluck' ada yang bawa masakan dari rumah dan ada yang akan singgah bazar Ramadan untuk membeli juadah yang sedap-sedap. Tambahan pula bazar Ramadan setiap tahun akan jual juadah yang tak biasa ada jika bukan bulan puasa. 

Bazar Ramadan pula setiap tahun mesti havoc. Ia bukan sahaja menawarkan pelbagai makanan dan minuman yang lazat setelah berpuasa seharian, malah memberi peluang kepada seluruh warga Malaysia untuk bersama-sama mengalami keistimewaan membeli-belah dalam suasana berbilang budaya yang meriah. Walaupun begitu, berasak-asak pada waktu petang dalam keadaan cuaca yang panas dan lembap sambil memilih apa yang dikehendaki meningkatkan risiko korang terdedah kepada banyak kuman yang tidak kelihatan. Bahaya tu...😓



View this post on Instagram

| Bila Bersih Kesihatan Terjaga | Amalan kebersihan memang perlu dititikberatkan dari anak-anak kecil lagi. Bak kata pepatah ‘Nak Melentur Buluh Biarlah dari Rebungnya’. Jadi Marsha asuh anak-anak dari kecil dari untuk jaga kebersihan keseluruhan termasuk diri, rumah & persekitaran. . Marsha gunakan rangkaian Dettol, jenama yang dipercayai kerana Marsha membesar seiring dengannya. . Nak dapatkan set produk Dettol ini jugak? Haa...Marsha ada cara yang sangat mudah. Macamana tu? Meh nak kongsi...mudah je caranya. . Korang hanya perlu share ‘ Kenapa Rutin Membasuh Tangan Itu Penting? ‘. . Hanya berikan jawpan korang di bahagian komen tau. Marsha akan pilih 3 komen yang terbaik dan pemenang bertuah akan diannounce pada 15 Jun 2019 ini. Jadi ajak kawan-kawan join reramai tau! #marshalizadotcom #dettolmalaysia #yakindengandettol #penjagaankebersihan #health #bersihsihat

A post shared by Blogger & Media Influencer (@marshalizadotcom) on

Jadi pencegahan awal perlu dilakukan sebelum masuk membeli belah dan bakal berasak-asak di bazar Ramadan. Pastikan korang lindungi diri dan keluarga dengan rangkaian produk Dettol - Jenama perlindungan kuman yang dipercayai sejak sekian lama. Marsha memang membesar dengan jenama Dettol ini. Ia memang dipercayai untuk melindungi kita dari 100 kuman yang berbahaya.



Mudah je caranya. Sebelum ke bazar, korang sanitize tangan dengan Sanitiser tangan Dettol. Bila keluar dari bazar pula korang sanitize balik tangan. Sanitiser tangan Dettol boleh digunakan di mana-mana sahaja kerana ia boleh membersihkan tangan anda tanpa menggunakan air.  Sampai rumah, sebelum menyediakan makanan pula, korang basuh tangan 7 langkah dengan Sabun Tangan Dettol. Extra care supaya makanan yang disediakan tidak dicemari tanpa kita sedar. Masa sediakan makanan sahur pun Marsha prefer korang gunakan Sabun Tangan Dettol ini.


Nak basmi kuman di seluruh ruang dan permukaan di kediaman anda sempena menyambut ketibaan Hari Raya pula korang gunakan je Cecair Antiseptik Dettol . Memang tak kan diragui kebersihannya. Jadi boleh la beraya tanpa kerisauan...💗

Pengagihan Sabun Tangan Dettol di Bazar Ramadan


Untuk menyantuni rakyat Malaysia untuk kekal sihat dan ceria dengan melindungi diri mereka daripada 100 jenis kuman yang berbahaya, Dettol akan menghantar pasukan Dettol yang akan mengunjungi ke 20 buah bazar Ramadan di sekitar Lembah Kelang untuk meningkatkan kesedaran korang tentang amalan kebersihan tangan dan paling best mereka akan mengagihkan Sabun Tangan Dettol secara PERCUMA kepada orang ramai! Wah syok tu!!



Kalau korang nampak skuad Dettol yang segak berbaju hijau ini, pergi je ambil Sabun Tangan Dettol yang diagihkan. Rugi kalau tak ambil. Memang rugi..hihi. Buat yang berada di luar Lembah Klang pula jangan sedih. Korang boleh memenangi set produk Dettol dengan join Giveaway Marsha di Instagram Marsha. Mudah je nak menang. Hanya tinggalkan komen KENAPA RUTIN MEMBASUH TANGAN ITU PENTING di posting instagram Marsha di SINI. Tarikh tamat GA ialah pada 10 Jun 2019 dan Marsha akan announce pemenang pada 15 Jun 2019 akan datang. Jadi ada masa lama untuk korang. Jangan lupa join tau! 




Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger

You May Also Like

8 sahabat ibu

  1. suka bau wet wipes dia...wangiii je tangan!

    ReplyDelete
  2. Nanti nak carilah wet tisu tu pula.. Biasa guna sabun buku dia je

    ReplyDelete
  3. I do believe in good hands hygiene to protect my family

    ReplyDelete
  4. Produk dettol memang best. Suka semua produk dettol

    ReplyDelete
  5. Mmg tak boleh sangkal lg kebaikan produk Dettol. Mmg jenama yg dipercayai!!

    ReplyDelete
  6. Memang bagus semua product dettol, my family & like also using them

    ReplyDelete
  7. Dettol xpernah menghampakan kita dr zaman sekolah rendah lagi.. Bagus utk membasmi kuman

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)