Assalamualaikum


Salji pertama di Perak?? Haa...jangan tak caya tau Perak ada salji. Siyes ni!! Musim panas pun ada salji kat Perak ni. Perak kat mana tu? Hanya ada di AEON Klebang tau. Terlampau excited dengan pilihanraya sampailah ke Majlis Angkat Sumpah PM ke 7 barulah boleh tenang nak share dengan korang salji pertama di Perak ini. Ianya berlaku last weekend tap this weekend ni ada lagi tau. Jom baca | Salji Pertama di Perak.

Salji Pertama di Perak

Marsha pasti semua maklum yang negara kita adalah negara yang berada berhampiran garisan Khatulistiwa dan tak mungkin ada salji kan? Cuaca negara kita adalah panas dan lembap sepanjang tahun. Tapi ini sudah pelik!! AEON Klebang je yang bawakan salji kepada penduduk negeri Perak. Bila dapat tau memang lah excited nak bawa Kakak Anith. Pada siang hari pertama pun Marsha dah pegi 'riki' tempat. Almaklumlah AEON Klebang dengan rumah Marsha kentut pun boleh dengar...hihi.

Ok, sebenarnya ia adalah salji tiruan yang didatangkan oleh AEON Klebang khas buat pengunjung AEON Klebang. Bermula pada 4, 5 dan 6 Mei 2018 dan 11, 12 dan 13 mei 2018. Ia dikenal dengan event Kids Fun Snow Sport. Hanya untuk kanak-kanak 3 tahun hingga 12 tahun sahaja. Jadi minggu pertama sudah tamat dan buat yang belum berpeluang pergi boleh bawa anak-anak pada weekend ni. 

Kids Fun Snow Sport by AEON Klebang, Ipoh, Perak

Kids Fun Snow Sport

Kat Kids Fun Snow Sport ni nanti akan ada 2 aktiviti untuk anak-anak kita. Pertama ialah Snow Playground dan anak-anak akan buat aktiviti yang menarik. Masuk adalah PERCUMA untuk Snow Playground ini.

Beratur nak masuk Snow Playground

Aktiviti dalam Snow Playground

Saguhati untuk Kakak sebab berjaya cari patung kecil
Aktiviti kedua pula ialah Snow Slide. Aktiviti ini kalau nak join kena buat pembelian sekurangnya RM50 dalam satu resit untuk layak 1 tiket dan pembelian hendaklah dibeli di 'tenant' selain AEON Store dan kedai makan. Resit itu hanya layak untuk hari yang sama sahaja.

Tiket masuk Snow Slide

Beratur

Weeeeee!!!!


Jadual Kids Fun Snow Sport ini? Jom kita tengok jadual dalam gambar dibawah:

Jadual Kids Fun Snow Sport


Marsha dah bawa Kakak Anith main 2 malam berturut dan hanya malam akhir last weekend untuk Snow Slide. Happy betul dia. Baju opkos basahlah sebab kita main snow kan....hihi. Kejap lagi Marsha dah kongsikan gambar2 dan videonya kejap lagi ye. Ada juga aktiviti Snow Fall di bahagian dalam AEON. Tapi yang aktiviti ini dibuat di kawasan luar parking AEON Klebang.

Aktiviti di Snow Playground

Aktiviti di Snow Slide


Marsha boleh rasa kemeriahan anak-anak join aktiviti disini. Jadi buat orang2 Ipoh, Perak yang berhampiran boleh la ke AEON Klebang this weekend untuk anak-anak join aktiviti Kids Fun Snow Sport yang best ini. Moh ler ke Ipoh...:)

Meh Marsha kongsikan video salji jatuh....kekekekeke




Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018