Wau Meriahnya Syawal di the Curve| Assalamualaikum. Kalau korang nak tahu, sebagai sebahagian daripada kempen Raya pada tahun ini yang bertema “Wau Meriahnya Syawal” dari 16 April hingga 16 Mei, ruang Centre Court di the Curve telah diubah untuk menyamai suasana kampung di Pantai Timur. Untuk melengkapi suasana kampung ala Terengganu tersebut, kawasan itu juga dilengkapi dengan pangkin dan sampan hiasan selain dihiasi dengan Wau, bunga berwarna-warni, dan perhiasan lampu yang indah.

Wah nampak sangat seakan suasana kampung di Pantai Timur. Marsha pun kampung di Pantai Timur. Terubat rindu bila lihat ruang Centre Court di the Curve ni.

Aerial view of the Curve's 'Wau Meriahnya Syawal' decor at the Centre Court




Para pengunjung juga boleh menyaksikan persembahan muzikal ‘Sensasi Raya’ dengan reka tari istimewa dua kali sehari pada jam 2.00ptg dan 5.30ptg, pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum. Persembahan yang menarik ini kembali selepas setahun tidak diadakan akibat sekatan pergerakan di negara ini. Di samping itu, muzik instrumental Raya bertema Senandung Raya juga dipersembahkan pada jam 8.30 malam dari hari Jumaat hingga Ahad dan Cuti Umum.

SOPs are observed at the Centre Court entrance into the Terengganu-style Kampung setting



Pretty 'wau' kites next to vendors at the Centre Court



Sebagai ganjaran tambahan, pengunjung boleh menebus mangkuk seramik Citarasa Aidilfitri dalam pilihan pelbagai warna apabila membelanjakan sekurang-kurangnya RM450 dalam tidak lebih daripada dua resit. Mereka yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM150 dalam maksimum dua resit pula layak menebus paket duit raya khas Warna Raya. Penebusan boleh dibuat selagi stok masih ada dan tertakluk pada terma dan syarat.

Terengganu-style Kampung complete with pelita and decorative lights

Specially-choreographed Raya musical at the Curve on weekends and public holidays


the Curve lights up in preparation for Raya




Semua aktiviti di the Curve mematuhi prosedur operasi standard PKP 2.0 untuk menjamin keselamatan orang awam yang sentiasa diutamakan. Untuk maklumat lanjut, layari laman web the Curve di www.thecurve.com.my atau laman Facebooknya di www.facebook.com/theCurveShoppingMall.

Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger