Hari PERTAMA - Transit Jakarta

Alhamdulillah...akhirnya ibu dah selamat sampai Malaysia 20 Dec lepas.
Jom...meh nak citer pengalaman ibu kat sn

Post ni untuk Hari PERTAMA sahaja k..ibu story part by part..:)

Ok jam 930 pagi ibu, abah dan anith sampai di KLIA.
Perjalanan ke KLIA kami amik ERL sahaja sebab kereta tinggal di parking berbumbung PUTRAJAYA SENTRAL.
Kami breakfast memandangkan masa berkumpul jam 950 pagi...so breakfast dulu kat Secret Recipe di KLIA.
Jam 950 pagi tepat kami berkumpul...mula berkenalan dengan ahli grup yang lain.
Group travel kami seramai 32 orang termasuk kanak2 dan bayi. Ada 11 keluarga.
Tepat jam 1250 waktu Malaysia kami bertolak ke Jakarta sebab transit disana.
Kami amik penerbangan GARUDA AIRLINES...alhamdulillah selesa & puas hati sangat.
Makan tengahari di atas flight....makanannya best2.
Tepat jam 3 petang waktu Indonesia (1 jam lewat dari Malaysia)..kira waktu Malaysia 2 petang kami selamat sampai ke Bandara International Soekarno Hatta iaitu Lapangan Terbang di Jakarta.
Kami dibawa melawat di sekitar bandar Jakarta...antaranya TUGU MONAS dan Masjid Terbesar di Jakarta...Masjid Istiqlal untuk solat. Kemudian kami dibawa shopping ke Tamrin Shopping Complex.
Sempat shopping serba sedikit tapi hanya diberi masa 1 jam....tak sempat nak habiskan 2 juta rupiah...hihi.
Kemudian..dah setel shopping kami dibawa makan malam di salah satu restoren terkenal dengan masakan Indonesia...memang makanan SANGAT SEDAP....sambal pun sedap...hihi.
Jam 9 malam waktu Indonesia kami dihantar balik ke lapangan terbang untuk bertolak ke Seoul.
2 jam kami menunggu..solat..jalan2...jam 11.30 malam waktu Indonesia kami bertolak ke Seoul.
Kali ni flight besar sikit dari mula2...lagi selesa.
Aktiviti dalam flight...layan movie...makan..tido...hihi.

Ok jom sambung hari ke 2 nanti yer....hihi




* Kat KLIA nak boarding

 *Mineral Indonesia



 * Suasana diluar bas

 *Pengutip Tol

 * Harga Tol


 *Di dalam Masjid IIstiqlal




 * Monumen yang menunjukkan SELAMAT DATANG ke Jakarta

 * Tempat shopping

 * Makan malam kami

* Bas semasa di Jakarta

1 Comments

  1. Hi there, yes this piece of writing is really fastidious and I have learned
    lot of things from it on the topic of blogging. thanks.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us