Kembara Turki Day 6 ( Cappadocia - Ankara - Bolu)

Alhamdulillah...hari ni dah masuk hari ke 6 kami berada di bumi Ottoman ni.
Jetlag sudah tidak terasa.
Nak rasa apanya sebab dalam bas bantai tidur...hahaha.
Ok pagi2 kul 7 kami dah menunggu kat lobi untuk breakfast tapi lum buka lagi.
Rupanya kul 730 baru buka...setengah jam yang menunggu tu kami pusing2 area hotel.
Jumpa lagi mak cik sedara yang terserempak kat Bursa tempoh hari.
Yang paling best masa kat bilik tengah packing beg2 kami tgk HOT AIR BALLON dari tingkap bilik.
Pemandangan yang sangat indah....alhamdulillah.
Kemana destinasi kami hari ni??
Kami ke IBU NEGARA Turki.
Ibu Negara Turki bukan ISTANBUL tapi ANKARA.
Ankara salah satu bandar besar seperti Istanbul juga.
Sepanjang jalan ke Ankara kami drop by ke beberapa tempat.
Jom!!!




Yeahhhh...kami drop by di sini sekejap untuk melihat keindahan ciptaan Allah.
Tasik Garam atau dalam bahasa Turki = Tuz Golu
Cantikkan??? Memutihhh.....





Kemudian kami berhenti lunch dan meneruskan perjalanan ke Ankara.
Dalam jam 3 petang kami selamat sampai di Ankara.
Ankara dikenali sebagai 'City Of Ataturk'.
Di Ankara ni kami drop by hanya 1 tempat iaitu Mousoleum tempat bersemadinya Kamal Artatuk bekas Presiden Turki.
Selain itu juga ada sejarah tentang Kamal Artarturk semasa pemerintahan beliau.







Diberi lebih kurang 1 jam kat Mouseleum ni dan kami berangkat ke tempat penginapan.
Agak jauh jugak dalam 2 jam perjalanan juga.
Tempat penginapan kami spesel kali ni di kawasan tanah tinggi yang berbukit.
Jadi suhunya agak sejuk...lagi sejuk dari kemren walaupun musim panas.
Dah selamat sampai hotel kami terus rest dan buat aktiviti masing2.
Yang bestnya belakang bilik kami adalah hutan pokok pine.
Sangat indah ciptaan Allah....alhamdulillah.





Selesai makan malam jam 7 malam waktu Turki kami rest dibilik dan tido awal.
Kat Turki ni 14 jam siang tau...malam nya pendek sebab musim panas.
Jadi memang kena tido awal.....bilik sangat besttt.
Tak de aircond tau....semua freshhh..hihi.



Nantikan sambungan day 7 ye....=)

5 Comments

  1. Bestnya. Momi selalu teringin nak ke Cappadocia . Suka view dekat sana hehe. :)

    ReplyDelete
  2. bestnya dah dapat jejak kaki ke Turki.. Salah satu wishlist yang tak tau bila dapat pi.. haha, angan2 je dulu kan. Mana tau akan datang ada rezeki ke sana. Tapi memang cantik la pemandangan kat sana.. ^_^

    ReplyDelete
  3. Subhanallah cantiknya, saya masih belum berpeluang untuk jejak kaki ke sini. Insyaallah one day.

    ReplyDelete
  4. Akak nak pergi lagi Turki g untuk Kali ke .... Rahsia. Banyak lokasi menarik di sana . Tak puas mata memandang keindahan Alam.

    ReplyDelete
  5. bestnyaaaa dapat bercuti ke sana. tak pernah lagi pergi tau. inshaaAllah one day doakan ainy ya.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us