Assalamualaikum buat kengkawan blogger yang senantiasa diingati selalu.
Sihat ke korang semua?
Hope semua sihat disamping keluarga tersayang k...:)
By the way nak story sket last two weeks punya travel.
Tak jauh pun g Kedah je pun.
Sambut Belated Birthday ai yang ke 34 officially...hihihi
Ok sebenarnya voucher bilik ni dah beli lama dah masa Matta Fair bulan Sept lepas.
Executive room promotion satu malam rm288 included breakfast.
So amik untuk 2 malam punya.
Then booking 11-13 November lepas.
Last 2 weeks kan...hihihi
Sebenarnya wishlist nak naik & tdo atas gunung jerai ni dari kecik lagi.
Alhamdulillah akhirnya tercapai jua...hihihi
Ok kami check in malam 11 Nov sebab encik hubby baru balik course dia dah kul 2 lebih then 3 lebih baru bertolak dari Ipoh.
Sampai pun kul 7 lebih tapi dah kelam dah...hihihi
Jalan dia mak ai....feninn...hihihi
Ni amik masa turun.....sama je jalan naik...hahahaha
Ok memula check in terkujat tgk harga sebenar bilik Excecutive ialah RM455 nett
So mmg berbaloilah beli waktu promotion kan??...hihi
Ok then kami pun masuk bilik kami...makan malam dah beli nasi lemak kat bawah.
So makan kat bilik je la dekat balkoni ditemani pemandangan dan angin malam yang sejukkkkk...hihi
Bilik dia? Nak tgk....nah.....
Sejuknya kat atas sana memang sampai tulan sum sum orang kata
Dah ler birthday girl kuruih ja
Mmmg menggigil ler jawabnya...hihihi
So malam check in kami just rest je
Aktiviti kami bermula esoknya 12/11/2016
< 12-11-2016 >
Solat subuh then 8 lebih turun breakfast.
Memang best sangat sangat breakfast dengan pemandangan dari atas gunung jerai ni.
Yang tak lalu makan jadi lalu.....sungguh aih tak tipu...hihihi
tgk ni...betuii kan??..hihi
After breakfast kami ke BOTANICAL GARDEN yang ada kat sana.
Bayaran asal: Adult rm10 & Children rm5
Tapi sebab masa beli voucher tu Botanical Garden dapat less 50% so jimat lah.
Botanical Garden dia pun best sgt sgt...banyak jenis orkid yang cantik cantik.
Ada juga spesis pokok periuk kera yang jarang kita lihat dah sekarang ni.
Ada spesis burung burung yang comel, burung merak pun ada.
Kucing Hutan dari Afrika pun ada tau.
Lepas ke Botanical Garden kami melalui Jalan Kenari 1000 tahun untuk ke Telaga Tok Sheikh.
Alhamdulillah selamat sampai dan juga selamat naik ke hotel balik.
Dalam perjalanan tu kami bertiga kena hinggap cik pacat yang comel.
Dan ia memberikan pengalaman pertama buat anak dara kami....hihihi
Then bergambar lagii.....
Utk lunch kami beli je nasi goreng kat foodcourt luar hotel pastu makan kat bilik.
Nasi goreng foodcourt luar pun RM7 tap banyak & berbaloi.
Kalau kat restoren kat hotel mau belasan dan puluhan RM...hihi
Makan kat balkoni jugak then resttt
Jam 5 kami pi layan mandi pool.
Omak ai sejukkkk.....bleh tahan sampai kul 7 je sbb tak tahan sejuk...hahahaha
Angin dia mengancam sangat...hihihi
Malam baru kami dinner kat hotel
Nak merasa jugak kan....hihihi
Then habiskan masa jalan jalan area resort.
< 13-11-2016 >
Solat subuh then kul 8 turun breakfast
Kul 10 lompat masuk swimming pool...best time ni walaupun sejuk tapi ada matahari..hihi
Tambah pula kami bertiga je masa tu.
Petang semalam agak ramai..hihihi
Lepas puas mandi kami bersiap-siap check out.
Lepas check out kami sambung bergambar, beli orkid & road to Ipoh balik....hihihi
Oh ya otw turun jangan lupa singgah muzium perhutanan yer...:)
BTW ini adalah Birthday Treats yang PALING INDAH dalam hidup.
Saya lebih suka fresh air di atas Gunung Jerai dari mana mana tanah tinggi di Semenanjung Malaysia ni.
Serius......nak naik lagi taun depan.....weee~~~~
Buat yang suka ketenangan mmg kat sini recomended sangat sangat....jom....:)
Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2017
2 Comments
memang niat nak overnite one day...InsyaAllah
ReplyDeleteHow to Spend a Good Day in Australia: Australia Bucketlist
ReplyDeleteWhen you think about Australia, you say it’s brilliant, it’s beautiful and it is absolutely huge. All the reason why you need to make sure you make a good Australia bucket list to make the most out of your visit.
Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)