Andai Jumpa Diri Berumur 12 Tahun
Assalamualaikum.....💗💗
Arini Marsha dapat cabaran dari group BU (Blogger Utara) untuk cabaran Andai Jumpa Diri Berumur 12 Tahun.
Jadi Marsha sahut.
Blogger BOLEH !!...hihi
Entry ni lebih berkisarkan nasihat kita nak bagi kalau kita jumpa balik diri kita masa berusia 12 tahun.
Ala-ala cam citer Doraemon...hihi
Apakah yang
korang nak buat atau lebih tepat lagi nasihatkan jika bertemu dengan diri
berusia 12 tahun?
Blur kan?
Marsha
pun….semalam pikir dan ingatkan balik kenangan sewaktu berusia 12 tahun.
Dah
lamaaaaaa sangat……23 tahun yang lepas.
Tp andai
berjumpa diri di masa lepas sewaktu berumur 12 tahun apa kita nak cakap yer??
Seingat
Marsha waktu berumur 12 tahun Marsha menduduki peperiksaan UPSR.
Masa tu
tahun 1994…lama dah kan?
Jadi andai
terjumpa Marsha yang berumur 12 tahun apa yang Marsha nak bgtau ‘dia’ ialah
tentang pelajaran.
Ni andai
yer….kita tak boleh ubah Qada’ dan Qadar Allah.
Ni andai
bertemu kembali…sebenarnya ia mustahil…..hihihihi
Actually
Marsha adalah anak sulung dari 5 adik beradik.
Masa tu kami
masih 4 beradik kalau tak silap.
Abah pula
seorang guru….guru matematik okey….hihi
Jadi memang
harapan seorang ayah untuk melihat anak-anak berjaya dapat result cemerlang
dalam apa jua peperiksaan penting.
Masa ni
focus UPSR la kan sebab baru umur 12 tahun.
Erm bila status
anak cikgu ni, dan bersekolah di sekolah sama abah mengajar mestilah orang
pandang lain sikit kan.
Dan masa tu
Marsha antara calon harapan 4A.
Marsha dok
kelas pertama dan bersaing dengan kawan baik juga anak cikgu English
Marsha…hihi.
Tapi
bersaing secara sihat yer….hihihi.
Tetapi…..ha
ada tetapi plak.
Marsha ni
tak berapa serius dengan pelajaran.
Umo masa tu
masih nak main-main.
Kejar-kejar,
panjat pokok, masak-masak memang mainan masa tu sebab Marsha dok kampung…hihi
Dah la dulu
kawan-kawan banyak lelaki….gayanya pun dah macam lelaki.
Tapi study
tetap study cuma tak berapa serius plus ada subjek yang tak berapa minat…huhuhu
Kelas
tambahan siang malam Marsha hadiri.
Buat group
study.
Tapi
penyakit M masih membelenggu diri.
Akhirnya
tiba peperiksaan UPSR sebenar dan Marsha cuba menjawab sebaik mungkin.
Dan ia
berlalu…………
Sebelum cuti
sekolah akhir tahun bermula kita akan dapat tau result kan?
Dan akhirnya
result yang Marsha dapat 3A 1B dan membuatkan cikgu-cikgu frust ialah B adalah
subjek Bahasa Malaysia (Penulisan).
Marsha akui
Marsha kurang minat dengan BM Penulisan dan agak kurang buat latihan dari
subjek lain.
Jadi itulah
hasilnya kan?
Menyesal
kemudian tidak berguna lagi….betui dak?
Jadi pesanan
untuk Marsha yang berumur 12 tahun....
- Fokus pada pelajaran jika hendak berjaya dengan cemerlang. Jangan memilih subjek sebab semua subjek dalam peperiksaan sangat penting.
- Jangan banyak main dan selalu dengar nasihat abah dan ma yang mahu kita berjaya.
- Selalu gandakan latihan untuk subjek yang kita tak berapa minat untuk timbulkan minat secara tak langsung. Kerana hanya kita yang boleh ubah diri kita.
Jadi apa
agaknya yang korang nak pesan jika jumpa diri sendiri berusia 12 tahun?
Jom share
dengan tinggalkan komen di entry ini…..
Code: 2128
Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018
5 Comments
student harapan..
ReplyDeleteDulu2 punya cerita...hihihi
Deletesungguh rezeki tu rahsia Allah kan..
ReplyDeleteBetul tu...sokong..!!
DeleteSebaya la kita..hihi. Ala xpe tu kisah lama...janji yang sekarang kita dah berjaya...:)
ReplyDeleteTerima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)