Bahan Bacaan Semasa Mengandung
Assalamualaikum
Menarik tak tajuk entry hari ni??...hihi
Harap entry hari ni dapat membantu sikit sebanyak mommy yang tengah mengandung macam Marsha.
Bagi Marsha bahan bacaan untuk mommy preggy memang penting.
Bukan bahan bacaan yang biasa-biasa tau tapi bahan bacaan berkisarkan tentang semasa mengandung (pre-natal) , bersalin dan semasa pantang (post-natal).
Bahan bacaan ini penting untuk persediaan kita melalui beberapa peringkat mengandung, bersalin dan berpantang.
Jadi hari ni Marsha nak share 2 buku bacaan Marsha semasa mengandung kali ni.
2 buku ini adalah berkaitan sebenarnya dan dinukilankan dari penulis yang sama iaitu Hanz Jamaluddin.
Actually, Hanz ni adalah kawan Marsha yang mulanya kami kenal di Facebook.
Kemudian kami pernah bersua untuk event GCDC (Great Cloth Diaper Change) dan persahabatan kami berterusan hingga sekarang....Alhamdulillah.
Minat membaca hasil nukilan Hanz Jamaluddin ni bermula April lalu.
Bila Marsha join GCDC 2017 dan mendapat gift semasa event tersebut.
Salah satu hadiahnya ialah buku nukilan Hanz Jamaluddin yang bertajuk Formula Bersalin Tenang yang mempunyai 106 mukasurat dan berharga RM35 (SM) dan RM38 (Sabah & Sarawak)
Buku Formula Bersalin Tenang ini berkisarkan tentang tips dan petua cara kelahiran untuk ibu preggy.
Serius bila Marsha baca buku ni sangat membantu kerana tips-tips yang dikongsikan adalah menarik.
Ada juga merangkumi pemakanan serta cara bersenam semasa mengandung.
Sangat menarik dan membantu Marsha untuk persiapan bersalin nanti.
Bila dah baca buku pertama, Marsha decided untuk grab buku nukilan Hanz Jamaluddin yang kedua bertajuk Syoknya Bersalin Tenang.
Ok kandungan buku yang kedua ini berbeza sikit dimana isi buku ini mengandungi himpunan kisah kelahiran yang indah dari ibu-ibu yang pernah mengalaminya kira macam kisah benar ibu-ibu.
Sangat menarik kisahnya berkisar tentang natural birth.
Sangat memberikan semangat kepada Marsha dan membuat Marsha bersedia untuk menerima kehadiran ahli keluarga yang baru tak lama lagi.
Harga nya masih sama dengan buku pertama dan mempunyai 158 mukasurat.
Ok jadi buat mommy yang berminat nak jadikan 2 buku ni sebagai bahan bacaan boleh ke web BERSALIN TENANG atau FB Page Bersalin Tenang untuk order.
Lupa nak bagi tau Hanz Jamaluddin ni adalah salah seorang certified Malaysia Childbirth Educator (CBE) dan mengendalikan kelas persediaan bersalin juga yang dikenali dengan nama Bengkel Bersalin Tenang.
Jadi boleh hubungi beliau melalui web atau FB page beliau ok...😍😍😍
Bagi Marsha 2 buku ni wajib ada untuk mommy-mommy yang sedang preggy...serius....😍😍😘😘
Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018
17 Comments
Bahan bacaan yang bagus
ReplyDeleteAah bagus bacaan ni....sangat recommended
DeleteBoleh recommend pada mummy to be. Kita belum kawin tgk je dulu hehe
ReplyDeleteBoleh buat as a gift to mommy to be jugak...:)
DeleteInagt lagi masa wife mengandung dulu... Kita pula paling teruja baca buku pasal mengadung hahahha
ReplyDeleteBagus tu...daebakkkk!!
DeleteBagusnya ada buku sebegini - mesti ramai yang gembira ada tips sebegini.
ReplyDeleteBetul tu dan ia dari CBE yang certified.
Deletesuka membaca masa mengandung hehe
ReplyDeletesama kita kak azi...hihi
DeleteMasa hamil ni memang banyak membaca. Buka makanan lah, buku agama lah, tips lah. Walau apa pun. Pastikan refer doktor tau. Hehehe.
ReplyDeleteBaik doktor tak kan tinggal...apa apa mesti refer yang berpengalaman...:)
DeleteBagusnya membaca ketika mengandung. mesti seronok kan. nnti nk try praktik lah. tq sharing.
ReplyDeleteSama-sama ummi..:)
DeleteMmg bagus utk baca buku mcm ini utk prepare semasa mengandung! Lebih baik kalau ada event antenatal classes cm womb2room atau BirthWise. Mmg bagus!
ReplyDeleteSokong sangat....terbaik..:)
DeleteMacam bestnya...at least tahu la caranya walaupun masa jadi nanti lain jadinya...hahaha
ReplyDeleteTerima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)