Singgah, Beli, Makan & DIY Coklat Di Georgetown Herittage Chocolate, Penang

Singgah, Beli, Makan & DIY Coklat Di Georgetown Herittage Chocolate, Penang


Assalamualaikum uolsss.....


Salam Eid Adha buat semua pembaca tegar blog Marsha.
Moga info-info dan sharing dalam blog picisan ni dapat membantu korang serba sedikit ya.
Marsha sangat suka sharing dan menulis.
Jadi Marsha abadikan perkongsian ni di blog Marsha untuk rujukan semua.

Ok 26 Ogos 2017 aritu Marsha bersama team Blogger Utara Official berpeluang untuk melawat satu tempat yang menjadi tempat wajib bagi penggemar coklat di Pulau Mutiara iaitu Pulau Pinang.
Kat mana tu?? Jeng jeng jeng....

Georgetown Herittage Chocolate, Penang


Ya.....Georgetown Herittage Chocolate Penang ialah destinasi kami pada 26 Ogos 2017 yang lepas.
Dijemput oleh pemilik atau owner sendiri iaitu Puan Farhana Shariff yang otai bab-bab coklat ni.

Kami geng Blogger Utara dah sampaiii


Dari sejarah coklat masa mula-mula coklat diperkenalkan sampai la coklat yang terkini.
Sangat-sangat kagum mendengar penerangan dari beliau sendiri.

Seperti yang kita tau coklat berasal dari buah KOKO.
Tapi kita tau tak sejarah, macam mana pemprosesan hingga menjadi coklat yang enak?
Berapa jenis variasi coklat yang ada di dunia ni?
Puan Farhana Shariff ada jawapan nya....💓💓
Jom kita layan gambar semasa Puan Farhana Shariff memberikan penerangan yang sangat detail.


Khusyuk mendengar penerangan dari Puan Farhana



Menurut Puan Farhana sendiri, Georgetown Heritage Chocolate menampilkan coklat-coklat yang bermutu tinggi yang biasanya dibuat menggunakan butter cocoa atau cocoa mass.
Variasi yang ada di sini adalah jenis pralin, panned dan juga bar.
Disini juga menampilkan pralin handmade buatan sendiri yang rasanya lebih sedap dari buatan kilang even pralin yang bermutu tinggi.
Dengan sentuhan rasa warga penang seperti pralin durian dan juga nutmeg (buah pala) sangat menyerlahkan rasa dan menunjukkan heritage Pulau Pinang.
Oh ya kat sini juga ada menjual coklat dengan pakaging yang cantik siap untuk hadiah kepada yang tersayang.
Jadi kalau pening nak belikan hadiah, beli lah coklat premium dari Georgetown Herittage Chocolate, Penang.
Nak beli hadiah untuk yang tersayang terus beli yang cecantik ni

Antara variasi coklat yang dijual
Jom kita tengok variasi coklat yang dijual di SINI.

Selain dari jualan coklat, Georgetown Heritage Chocolate juga mempunyai muzium coklat tersendiri di bahagian atas bangunan kedai untuk para pelancong dalam dan luar negara mengenali sejarah coklat, pembuatan coklat dan segalanya tentang coklat.
Terdapat alat-alat zaman dulu yang digunakan untuk proses pembuatan coklat.
Muzium nya sangat chocolatyyy......sangat menarik.
Kalau ke sana wajib naik muzium coklat tau.

Bayaran masuk ke muzium coklat ini:

  • ADULT (with MYKAD): RM14.00
  • ADULT (with MYKAD): RM10.00
  • ADULT (without MYKAD): RM 24.00
  • KID (without MYKAD): RM 20.00


Posing di kawasan 3D

Posing di Muzium Coklat

Disinilah org-org dulu mengeringkan biji koko


Mesin yang digunakan pada awal-awal pembuatan coklat
Pakaging Baru

Posing lagi


Menurut Puan Farhana lagi, mereka juga menyediakan perkhidmatan DIY handmade coklat.
Hanya dengan bayaran RM40 untuk 2 orang contoh pada ibu & anak untuk membuat DIY handmade coklat.
Dan yang bestnya coklat tersebut boleh dibawa pulang sebagai kenang-kenangan. Best kan??
Jadi kita boleh membeli-belah coklat, melawat muzium dan juga membuat coklat handmade.
Aktiviti yang menarik.

Aktiviti DIY Coklat (pic dari GHC web)


Jika singgah ke Georgetown Heritage Chocolate ni wajib beli pralin handmade ye sebab memang sedap. Sangat fresh dan sedap.
Marsha dah cuba sebab tu Marsha recommend pralin handmade....👍👍

Antara pralin homemade

Pralin Durian


Dimana Lokasi Georgetown Herittage Chocolate, Penang?

Lokasi Georgetown Heritage Chocolate ni tak jauh dari Padang Kota.
Kedudukan yang strategik membuatkan Georgetown Heritage Chocolate ni menjadi antara lokasi wajib pelancong dalam dan luar negara.

Untuk maklumat lanjut:


Alamat:


Georgetown Herittage Chocolate,

30 Lebuh Light
10200 George Town, 
Penang, Malaysia

FB Page:



Website:




Bussiness Hours:


10 AM - 8 PM
( SUNDAY - SATURDAY)

Ok Marsha rasa nanti korang wajib ke Georgetown Herittage Chocolate bila melancong ke Pulau Pinang.
Masukkan dalam itineary korang okey.
Marsha jamin korang akan berpuas hati....💗💗


Barisan Blogger Utara yang hadir bersama ole-ole dari Puan Farhana






Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

19 Comments

  1. Bestnya. Nampak sangat menarik. Boleh masuk dlm list bila ke penang nanti

    ReplyDelete
  2. i love coklat.. memang wajib repert penang ni ...

    ReplyDelete
  3. Yummy chocolateyyy..Favourite saya tu 😄

    ReplyDelete
  4. wowww coklat.. fav anak-anak nie... mesti dorang teruja bila datang ke sini nanti T-T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Coklat dan kanak-kanak memang sahabat baik...hihi

      Delete
  5. Best nyear boleh try DIY chocolate kat sana, next trip i go to Penang kalau sempat i singgah.

    ReplyDelete
  6. Baharu tau ada tempat ni... saya mmg suka cokelat... Mak timjau la tempat ni bila ke Penang...

    ReplyDelete
  7. Wow heavennya coklat byk betul kt sini

    ReplyDelete
  8. Memang coklat dia betul-betul berkualiti...sebelum ni main beli ja coklat tak banyak tau pasal coklat...

    ReplyDelete
  9. Kalau singgah sini memang boleh tau macam macam mengenai coklat, boleh rasa dan buat coklat diy...best betul

    ReplyDelete
  10. Wah..boleh masukkan dalam list kalau nuak bercuti ke penang. TQ sharing😍

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us