OSIM Meraikan Ulangtahun Ke-38
dengan
Kerusi Urut uLove Warna Emas Edisi Terhad
Tahun 2017 melakar sejarah sebagai
ulangtahun ke-38 buat OSIM. Setelah sekian lama OSIM memperkukuhkan jenama
sebagai pengeluar barangan keperluan rumah dan perabot kesihatan yang
berinovasi serta berkualiti tinggi, pihak OSIM telah dengan khususnya telah
menyediakan pelbagai acktiviti istimewa dalam kedai sempena sambutan
ulangtahunnya ke-38.
“Jenama kami sudah mencapai kejayaan
cemerlang selepas 38 tahun berada dalam pasaran global dan ianya pencapaian
yang cukup membanggakan.” kata Pengurus Besar OSIM
Malaysia, Cik Chia Sook Fun
“Menerusi produk yang
dihasilkan, matlamat kami adalah untuk memastikan kesejahteraan dan keselesaan pelanggan
kita.”
“Bagi terus kekal relevan
dalam pasaran, pelbagai inovasi dalam penghasilan produk serta peningkatan
prestasi barangan dijalankan untuk mencapai piawaian terbaik,” katanya.
Maklum balas positif dari berjuta pengguna OSIM di seluruh dunia terhadap
kerusi urut rata-rata mengatakan ia berkualiti dan berprestasi tinggi apatah
lagi dalam memberi keselesaan.
Pelangan juga memberi respon dengan berkata kerusi urut OSIM adalah
pilihan terbaik dan mereka amat berpuas hati dengan prestasinya.
Keistimewaan kerusi urut mewah OSIM uLove adalah gabungan tiga unsur
iaitu – sebagai kerusi urut yang mampu
memberi kelegaan badan dan ketenangan minda; dilengkapi sistem audio secara
menyeluruh bagi memberi relaksasi minda
yang lebih mendalam dan merangsang deria tubuh bagi mendapatkan tidur yang
lebih nyenyak.
Sebagai tawaran istimewa sempena ulangtahun OSIM ke-38 ini, kerusi
urut mewah OSIM uLove dilengkapi peranti khas untuk hiburan anda! Peranti ini
berfungsi untuk memegang gajet pintar seperti tablet atau telefon pintar ketika
anda menikmati urutan menyamankan kerusi urut uLove.
Sejak kerusi urut uLove ini dilancarkan, ia mendapat respon yang cukup
mengalakkan dari peminatnya di seluruh dunia.
Pelanggan yang juga seorang surirumah, Ivy Lew, 33 berkata beliau mengalami
masalah tidur yang agak kronik, menyebabkan sering tidak cukup tidur dan lemah.
Namun kerusi urut uLove membantu beliau
untuk tidur dengan lebih senang dan lena.
“Kerusi urut uLove ini cukup selesa dan mudah untuk
digunakan. Saya berpuas hati dengan pilihan urutan yang diprogramkan pada
kerusi mewah ini. Dengan citarasa masing-masing yang berlainan, setiap pilihan
urutan tetap menepati kehendak saya dan keluarga.”
“Selain itu ia cukup dinamik dengan 7 tahad pilihan 3D bagi urutan
bahu, tulang belakang dan punggung,” katanya.
Pelanggan yang juga pegawai IT, Willie Koh, 40, memuji kepintaran
kerusi urut uLove ini dengan berkata ia mempunyai pelbagai ciri-ciri yang cukup
istimewa.
“Kerusi ini adalah rekaan yang paling hebat. Saya mampu memuat turun
urutan menerusi internet dan memprogramkan ia pada kerusi ini menerusi
bluetooth. Ia cukup mudah, telefon pintar ini hanya perlu disambungkan pada
kerusi dengan sambungan bluetooth saja dan saya dapat menikmati pelabagai jenis
urutan yang dimahukan dengan mudah.
Bagi Andrew Teh, 43, pula, beliau menggemari rekaan dan keaslian
reka bentuk kerusi urut mewah OSIM uLove yang turut mengabungkan pelbagai fungsi
di samping ia sesuai dijadikan perabot hiasan pada ruang tamu.
Sementara itu pelanggan yang juga pemilik salun rambut, Charmaine
Chen, 37, turut berkongsi pengalaman beliau menikmati serta merasai kehebatan
kerusi urut mewah uLove.
Chen berkata beliau sering berasa kerusi urut, biasanya kelihatan
terlalu besar dan memakan terlalu banyak ruang di dalam rumahnya. Tetapi dengan
kerusi urut mewah uLove ini ia kelihatan elegan dan cukup selesa seolah-olah
sedang menaiki penerbangan kelas pertama.
“Selain dari itu dan yang paling penting, ia memberikan urutan cukup
intensif untuk melegakan tekanan dari hujung rambut ke hujung kaki,” katanya.
Apa yang membuat kerusi urut mewah uLove ini lebih istimewa adalah
unit edisi terhad yang didatangkan dalam kemasan warna emas.
Hanya 66 unit saja dikeluarkan sempena ulangtahun OSIM ke-38 dan ia
dijual pada harga runcit iaitu RM19,988.
Ia turut dilengkapi dengan meja tambahan istimewa sebagai tambahan
koleksi perabot untuk menghiasi rumah anda.
Kerusi urut mewah uLove OSIM ini boleh didapati di mana-mana
cawangan OSIM seluruh negara termasuk roadshow yang akan diadakan nanti. Layari
www.OSIM.com.mu untuk keterangan lanjut.
Mengenai OSIM (Malaysia) Sdn Bhd
OSIM
Malaysia merupakan sebuah syarikat produk gaya hidup sihat terkemuka yang
memperolehi peningkatan bahagian pasaran dan pengukuhan status kepimpinan yang
berterusan.
Dengan
lebih daripada 47 cawangan di seluruh negara dan masih berkembang lagi, OSIM
Malaysia memberikan keutamaan kepada inspirasi individu bagi mengawal kesejahteraan
mereka dan berusaha ke arah kesihatan and kehidupan yang sempurna. Perniagaan
holistik OSIM pada masa ini memberi penekanan kepada empat fokus pelengkap –
Relax and Relieve (melegakan badan dan urut); Tone and Shape (toning and
membentuk badan serta mengurangkan kalori); Check and Measure (pemantauan
kesihatan); serta Clean and Purify (penulenan udara, memerangi kekotoran,
alergen dan bakteria).
Selama
ini, OSIM Malaysia telah menerima senarai anugerah dan penghargaan atas
pencapaian cemerlang mereka dan ini termasuk diiktiraf sebagai “Rantaian Runcit
Peralatan Kesihatan dan Penjagaan Terbesar di Malaysia” oleh Malaysia Book of
Records pada tahun 2001; selama tiga tahun berturut-turut 2002-2004 OSIM
Malaysia dipilih sebagai Superbrand Malaysia; serta dianugerahkan sebagai 2006,
2007 dan 2008 Jenama Terbaik dalam penjagaan kesihatan dan gaya hidup kategori
untuk Kerusi Urut oleh Organisasi The Brand Laureate. Baru-baru ini, OSIM juga
telah memenangi kedudukan perak dalam Kategori Kesihatan PUTRA Brand Awards pada
tahun 2010 dan 2011.
Untuk
pengetahuan lanjut, temuduga atau gambar-gambar kegunaan media, sila hubungi
Chan di chan@greatworksmarketing.com atau telefon 012 362 7205.
Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018
4 Comments
sedap ni klu kena urut ngan kerusi ni
ReplyDeleteLena terus ni ZF...hihi
Deleteni klau bagi hadiah dekat mak ni memang syok ni..
ReplyDeleteBetul sokong sangat...hihi
DeleteTerima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)