Bengkung Pilihan


Assalamualaikum..


Bengkung dengan ibu berpantang memang tak boleh dipisahkan kan?
Samada bersalin secara normal atau ceaserean tetap boleh berbengkung sekarang.
Masa Marsha lahirkan Anith dulu tak berbengkung sebab ceaserean.
Masa tu belum ada bengkung yang sesuai untuk yang bersalin secara ceaserean.
Tapi sekarang bagaimana kaedah bersalin pun semua boleh pakai bengkung.

Kelebihan Berbengkung


Sebenarnya berbengkung ni banyak kelebihan. Antaranya ialah:

  1. Membuang angin dalam badan.
  2. Mengempiskan perut dan memulihkan perut kepada keadaan yang asal sebelum mengandung.
  3. Mengembalikan kedudukan peranakan dan mengelakkan rahim jatuh.
  4. Mengelakkan badan dari masuk angin.
  5. Mempercepatkan pengeluaran darah kotor.
  6. Mengelakkan perut buncit dan menggeleber.
  7. Mengetatkan otot-otot dan perut yang longgar.
  8. Mengurangkan berat badan.
  9. Mencegah ibu berpantang dari makan berlebihan.
  10. Menggalakkan postur badan yang baik, merampingkan badan.
  11. Membantu proses penyusuan.
  12. Memecahkan lemak dan selulit.
Banyak kan kelebihan berbengkung ni? Semuanya amat penting bagi ibu berpantang dalam menjalani proses pantang dengan baik.

Hasil berbengkung sendiri...hihi


Pilihan Bengkung?


Pada zaman sekarang ni banyakkkkk jenis dan juga brand bengkung ni.
Jenis ada bengkung zap, bengkung lilit jawa, bengkung lilit berzip dan juga bengkung lilit biasa,
Pilihan Marsha ialah bengkung lilit berzip kerana ALLAH telah permudahkan Marsha VBAC, jadi Marsha boleh guna bengkung lilit dan berzip sebab senang nak pergi toilet....hihi
Brand pilihan pula ialah DANITA....sebenarnya tak tau brand mana yang ok.
Jadi main beli online je bila ternampak bengkung lilit berzip ni melewati wall facebook...hihi.

Ihsan dari website setbersalindanita.com


Alhamdulillah bila dah sampai rasa kainnya memang berkualiti dan bila memakainya rasa selesa.
Part nak pergi toilet tu memang senang.
Just zap off....lepas kuar toilet kita zap on balik tanpa buka lilitan.
Sangat praktikal dan Marsha sangat berpuas hati.
Jadi yang berminat boleh grab bengkung macam Marsha ni di SET BERSALIN DANITA
Doakan Marsha 'rajin' berbengkung ya takut hangat-hangat tahi ayam....hahahaha
Insya Allah....cuba konsisten....hihihi



Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018