Jejaka Tampil Hebat Dimana Sahaja Dengan Dashing Anytime EDT



Untuk Jejaka Pastikan Habis Baca Yer!!!


Assalamualaikum


Baru-baru ni Marsha ada terima produk terbaru dari Dashing yang akan membuatkan para jejaka tak lena tidur nak memilikinya.
Ianya wangian versi mini yang dikeluarkan oleh jenama Dashing untuk kemudahan para jejaka untuk sentiasa tampil hebat dimana sahaja.
Sesuai dengan namanya Dashing Anytime EDT.

Dashing Anytime EDT yang petit tapi wangiii


Jejaka Tampil Hebat Dimana Sahaja Dengan Dashing Anytime EDT

Tampil rapi dan menawan sememangnya merupakan keinginan setiap lelaki moden. 
Selain berpakaian kemas dan bergaya, lelaki dari semua peringkat umur mengetahui bahawa masalah bau badan boleh menjejaskan personaliti serta penerimaan masyarakat sekeliling. 
Sebab itulah ramai lelaki yang menggunakan pewangi, akan mengaplikasikannya semula berulang kali dalam sehari. 
Kalau ada bau badan yang tak menyenangkan mesti ramai yang menjauhi walaupun pemakaian first class...betul tak?

Bak kata Mr. Venkat Jangam, Pengurus Pemasaran Wipro Unza Malaysia. “Penampilan yang baik mestilah dipadankan dengan bau yang menarik,” dan ianya memang Marsha sokong 100%.
“Sesiapa sahaja boleh bergaya dengan fesyen terkini dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki, tetapi sebenarnya bau badan seseorang itulah yang menjadi “faktor tarikan” untuk menonjol dan mengekalkan penampilan yang segak. 
Oleh sebab itulah semua lelaki tanpa mengira taraf hidup dan pekerjaan perlu sentiasa mempunyai bau badan yang menyenangkan sepanjang hari.” 

Memahami keperluan lelaki untuk berbau harum sepanjang waktu, malah untuk semua aktiviti sepanjang hari, DASHING, jenama produk penjagaan diri lelaki yang juga merupakan peneraju pasaran dalam bidang wangian lelaki di Malaysia telah menghasilkan Anytime EDT. 
DASHING Anytime EDT yang terbaru ini merupakan wangian bersaiz kecil, senang digunakan serta mudah di bawa ke mana sahaja. 
Bentuknya direka khas untuk poket anda seperti kad kredit yang tersisip kemas, sesuai untuk lelaki yang aktif ke mana sahaja. 

Suami Marsha pun guna Dashing Anytime EDT ni dan beliau akui ianya friendly dan boleh dibawa kemana sahaja dan memudahkan.
Sesuai dengan tagline di kotak, 'Smell Great, Anytime, Anywhere'...😘😘

Saiz yang kecil hanya letak dalam poket seluar


“Sebagai peneraju jenama penjagaan diri lelaki di Malaysia, DASHING memahami keperluan utama seorang lelaki- iaitu wangian yang membangkitkan jiwa maskulin sebenar dari dalam, tetapi pada masa yang sama mudah di dekati.”tambah Mr. Venkat. 
“Kini dengan kehadiran DASHING Anytime EDT, ekspresi wangian maskulin kini tersedia sentiasa di dalam poket anda”

Rekaan pek DASHING Anytime EDT yang penuh gaya sesuai dengan trend masa kini hadir dalam empat variasi unik – Cool, Active, Hattrick and Ultimate Kick.

Empat variasi bauan yang ada dalam Dashing Anytime EDT




1. Cool

Haruman maskulin ini merupakan tarikan identity dan daya penarik anda. 
Haruman menyegarkan ini didahului dengan gabungan menawan. Bergamot dan Galbanum dilapisi dengan wangi Amber dan Kasturi sebagai nota asas. 
Wangian ini direka khas untuk mencipta sisi maskulin yang “cool” secara semula jadi dari dalam dirimu.

2. Active

Khas untuk si jejaka lasak yang amat menggemari kehidupan aktif. 
Tampil yakin dan bergerak aktif dengan wangian maskulin ini. Didahului dengan semarak haruman Fougére yang digabungkan dengan nota Citrus, Lavender dan Amber. 
Aroma ini pastinya membangkitkan sisi aktif anda.



3. Ultimate Kick

Wangian dicipta untuk jaguh, menyerlahkan personaliti dan gaya sebenar jejaka dalam urusan seharian lelaki moden . 
Ultimate Kick berkonsep ala musim panas yang aktif, menampilkan rumusan dari percikan citrus lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran buah pelaga, vanilla dan suntikan haruman kayuan serta rempah. 

4. Hattrick

Jaringan kemenangan bagi jejaka Dashing. Wangian Hattrick menyemarakkan 
semangat dan mendorong individu untuk menang. Gabungan unik kesegaran epal 
sitrus diadunkan bersama aroma bunga dan calitan amber.

Dijual pada harga RM7.00, DASHING Anytime EDT 18 ml boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper dan farmasi di seluruh Malaysia. 




Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

14 Comments

  1. Suka bau perfume ni wangi. Suami Mimi selamat guna dah

    ReplyDelete
  2. Bab2 perfume ni Encik Suami suka Romano Clasical. Nanti nak suruh dia trylah.

    ReplyDelete
  3. Abang memang suka Dashing EDT. Nice smell and senang dibawa.

    ReplyDelete
  4. Bagus pocket perfume..senang nak bawak...boleh guna bila bila masa perlu

    ReplyDelete
  5. Boleh hadiahkan kat anak bujang ni. Mesti dia suka

    ReplyDelete
  6. Kita suka bau yg biru muda tu...best..husband pun suka gak

    ReplyDelete
  7. wangi sangat. Harga pun berpatutan. Si Dzal siap nak satu. Adoi,,kecik2 dah pandai nak mewangi hehe

    ReplyDelete
  8. Harga mampu milik. Adik ika suka gunakannya. Dia kata wangi walaupun harga murah.

    ReplyDelete
  9. Suka bau yang biru. Anak2 bujangku dah simpan sorang satu. Okay je lagipun harganya berpatutan.

    ReplyDelete
  10. Wah ramai bagi review wangi. Hsbd tak pernah try lagi. Tapi rasanya adik pakai kot.

    ReplyDelete
  11. Saya suka juga pewangi ini paling suka adalah yang warna biru tu boleh tahan lama kuat juga baunya. Paling best boleh bawa kemana-mana kecilkan...

    ReplyDelete
  12. Susah kan ank ada produk lelaki. kebanyakan produk wanita jer. Dashing EDT ni memang sesuai untuk lelaki nak bawa ke sana sini. Harga pun berpatutan.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us