Lazada Online Revolution Blogger Contest

 Assalamualaikum


Lazada....korang mesti pernah dengar kan? Majoriti semua orang tahu tentang Lazada. Terutamanya yang kaki shopping online macam Marsha. Lazada ni adalah salah satu platform shopping online yang mencipta fenomena shopping online yang terunggul di Selatan Asia . Lazada seringkali membuat sale, promosi dan juga diskaun ke atas produk-produk yang menjadi pilihan ramai dan juga berjenama. Walaupun ada beberapa kontroversi yang telah dihadapi oleh pihak Lazada Malaysia baru-baru ini namun ia tidak memberikan kesan yang serius untuk Lazada sentiasa maju kehadapan kerana isu-isu tersebut telah diselesaikan oleh pihak Lazada Malaysia dengan baik dengan tampil memberikan penjelasan dan juga meminta maaf kepada para pelanggan. Bagi Marsha ia satu tindakan yang gentleman dari Lazada Malaysia walaupun alhamdulillah Marsha setakat ini tiada masalah dengan Lazada Malaysia. Korang dah 'melawat kawasan' ke semalam start Online Revolution Sales? Marsha dah letak barang yang akan dibeli dalam cart...hihi. Online Revolution Sales ni bermula dari 12.12.12 hingga 14.12.12 tau. Jadi masih sempat lagi. Disamping sales yang memang ramai kaki shopping online tak mampu nak tolak, Lazada Malaysia juga telah menganjurkan contest khas untuk para blogger iaitu Lazada Online Revolution Contest. Jadi Marsha tak kan lepaskan peluang untuk join contest ni. 

Platform Online Terkenal | Lazada Malaysia

Lazada Online Revolution Blogger Contest


Contest yang Lazada Malaysia anjurkan hanya perlu menjawab beberapa soalan sahaja. Apa soalan tu? Jom kita tengok:

Do you remember the first product that you ever purchased online? What was it and how was your experience? 


Alamak Marsha dah confuse item ape yang Marsha beli pertama kali shopping di Lazada Malaysia. Nasib baik ada track di apps Lazada Marsha di bahagian orders ada barangan kita yang telah diorder. Rupanya Marsha start shopping di Lazada Malaysia pada 24 September 2016 bermula dengan 5 item iaitu Wireless Bluetooth Speaker, Toothpaste Rack Set, Point n Paint, Portable Amplifier Loud Speaker dan Wireless Cordless Smoke Detector. Banyak kan? Skali order sampai 5 item....hahaha. Nampak sangat kaki shopping online.

Antara item pertama shopping dengan Lazada Malaysia

Which types of products would you prefer buying online? 


Biasanya produk yang Marsha beli secara online ialah barang keperluan rumah seperti perkakas rumah, gadget seperti jam tangan dan juga  mainan anak-anak. Baru-baru ni Marsha ada beli playgym untuk baby Baihaqi dan juga jam untuk Kakak Anith. Seronok betul dorang dapat mainan dan jam...hihi

What to you love about online shopping?


Marsha adalah seorang isteri, ibu dan juga seorang wanita yang berkerjaya. Jadi masa untuk shopping di mall atau di kedai-kedai biasa sangat terhad. Kadang-kadang wiken kami balik kampung. Jadi masa wiken untuk shopping pun singkat sebab Marsha dan suami memerlukan masa untuk membeli belah terutamanya barangan elektrik. Mesti nak compare speksifikasi dan banyak lagi dan ia memerlukan kami ke kedai yang berlainan. Jadi ia akan mengambil masa yang lama. Kadang-kadang ada barangan yang dijual di Lazada tetapi tiada di mall-mall biasa. Bila hari bekerja pula hanya malam time untuk famili kecil kami. Jadi shopping online adalah pilihan terbaik sambil menikmati famili time yang berharga setiap saat. Antara sebab Marsha suka membeli belah secara online ialah:

  • Sentiasa ada sales - Bab sales dan diskaun ni memang serius betul. Ada je Lazada Malaysia buat sales dan diskaun. Secara online ada juga secara kupon di Petronas. Baru-baru ni masa isi minyak di Petronas Marsha dapat kupon less 12% dari Lazada. Dah selamat guna shopping di Lazada dah pun. Kerjasama dengan bank-bank ternama pun ada. Menarik kan? Tak perlu tunggu sales yang mall buat. Depan laptop pun boleh  dengan shopping sales dan diskaun terbaik.
  • Jimat masa, minyak kereta dan tenaga- Ini adalah semestinya. Tak perlu nak amik masa ke mall dan pusing-pusing cari barang lepas tu balik dengan tangan kosong. Penat dapat, minyak kereta pun habis sebab kesana-sini. Kalau shopping online ni kita hanya perlukan laptop/PC atau telefon pintar dan data internet sahaja. Kili-klik then siap tunggu je barang hantar.
  • Suka menunggu barang di rumah sambil siapkan housecores - Marsha juga suka menghabiskan masa dengan famili dirumah. Bagi Marsha, masa dengan famili adalah amat penting. Marsha pun tak pernah bawa balik kerja kerumah untuk siapkan dirumah kerana rumah adalah masa kita berehat dengan famili. Jadi tunggu je barang shopping sampai rumah dan ia nya satu terapi Marsha...hihi
  • Free Delivery - Marsha pasti ramai kaki shopping online suka 'FREE DELIVERY' kan? Kalau kita ke kedai barangan elektrik memerlukan jarak yang tertentu untuk dapatkan FREE DELIVERY. Tapi tidak bila shopping online. Kita boleh tengok item-item yang kita nak beli tu dengan FREE DELIVERY. Best kan??
Marsha pasti kawan-kawan yang kaki shopping online pun mempunyai sebab yang sama dengan Marsha...hihi

Which products did you buy or are you planning to buy on Lazada during the Online Revolution sales? 


Haaa....memang dah ada planning pun ni sempena Online Revolution Sales. Produk yang Marsha nak beli 2 barang ni yang dah lama Marsha marked dan aimed.

1. Elba Portable Air Conditioner| RM900

Portable Air Conditioner

Rumah Marsha takde aircond tau. Memang saje taknak guna aircond sebab nak anak-anak biasa dengan nature. Jadi kat mana-mana pun dorang boleh tidur. Tapi cuaca sekarang yang agak panas ni Marsha kesian dengan baby Baihaqi. Jadi Marsha nak belikan Portable Aircond ni untuk kegunaan bila cuaca sangat panas untuk dia dan Kakak Anith selesa tidur. Jadi boleh guna untuk emergency di rumah. Jadi kalau ada tetamu pun boleh guna portable aircond ni sebab boleh bawa kemana-mana. Nak balik kampung pun boleh bawa ni...hihi


2. GoPro Hero 6 Black | RM2399


GoPro Hero 6 Black

Marsha memang amat memerlukan GoPro Hero ni untuk kerja-kerja blogger Marsha sebab Marsha ni adalah salah seorang Travel Blogger. Jadi dengan adanya GoPro Hero 6 ni dapat menyenangkan kerja Marsha mengambil gambar dan video yang berkualiti. Marsha juga banyak buat review dengan menggunakan video. Untuk memuaskan hati client Marsha kena buat yang terbaik dan GoPro Hero 6 Black ni jadi pilihan walaupun Marsha sudah ada kamera DSLR. GoPro Hero 6 ni lebih compact dan senang dibawa.

Buat peminat shopping online, jangan lupa temujanji korang dengan Lazada Malaysia tau dengan Online Revolution Sales yang bermula dari 12.12.12 hingga 14.12.12 ni. Boleh je klik terus link di bawah untuk shopping

Lazada Online Revolution Sales 12.12


Untuk kawan-kawan blogger pula jom join Online Revolution Blogger Contest ni supaya lebih meriah kerana Lazada telah menyediakan hadiah yang menarik. Jom join!! Untuk join contest klik gambar dibawah.

Marsha 
Part Time Blogger Review Product & Place
Lifestyle, Parenting, Travel, Health & Beauty Blogger 
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

6 Comments

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us