Kekal Bersih dan Segar di Mana Sahaja Dengan Tisu Lembap Antibakteria Aiken



Assalamualaikum


Tisu lembap menjadi kebiasaan ibu-ibu yang ada anak-anak kecil. Ini kerana ibu-ibu sangat memerlukan tisu lembap untuk pelbagai situasi terutama situasi kecemasan. Jadi tisu lembap menjadi peneman ibu-ibu sepanjang masa. Ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar namun tetap hadir, itulah kuman dan bakteria yang sentiasa hidup di dalam dan disekeliling kita. Bakteria dan kuman membiak dengan cepat sehingga mampu menyebarkan pelbagai penyakit. Salah satu cara yang berkesan untuk mencegah kehadiran kuman adalah melalui penjagaan tangan agar ia sentiasa bersih. Jadi, Marsha memilih Tisu Lembap Antibakteria Aiken sebagai peneman Marsha setiap hari. Tisu Lembap Aiken ini sangat sangat diperlukan oleh ibu-ibu yang macam Marsha ni.

Kekal Bersih dan Segar di Mana Sahaja Dengan Tisu Lembap Antibakteria Aiken


AIKEN, jenama yang dipercayai sebagai produk penjagaan antibakteria sejak 3 dekad yang lalu kini memperkenalkan tisu lembap antibakteria, Tisu Lembap Antibakteria Aiken. Produk ini berupaya menyingkirkan 99.9% bakteria merbahaya dengan berkesan dan memberikan haruman serta meninggalkan kelembapan pada kulit.




Marsha dan Baihaqi bersama Tisu Lembap Antibakteria Aiken






Tisu antibakteria ini sungguh berguna ketika anda sedang sibuk dengan rutin harian. Mengelap trolley barangan serta pemegang bakul; ataupun selepas memilih barangan runcit yang mudah rosak seperti daging, sayur-sayuran, buah-buahan mampu membantu mengurangkan penyebaran bakteria merbahaya berkat manfaat antibakteria dari Tisu Lembap Antibakteria Aiken. 

Tisu Lembap Antibakteria Aiken menyediakan pembersihan serta-merta kerana ia dapat dibawa ke mana-mana sama ada di dalam kenderaan ataupun tas tangan kerana ia dapat digunakan untuk aktiviti luar, mengembara, berkelah, ke tandas awam, di kawasan taman dan lain-lain. Dalam keadaan seperti di pam petrol yang tidak menyediakan kawasan membasuh tangan yang berdekatan, pek tisu antibakteria sesuai dijadikan alternatif untuk membersihkan tangan anda. 

Tisu Lembap Antibakteria Aiken sesuai untuk digunakan oleh seluruh ahli keluarga dalam apa jua keadaan sekalipun. Pek Tisu Lembap Antibakteria Aiken boleh didapati dalam dua variasi menarik untuk dipilih:




Model pun berposing denga Tisu Lembap Antibakteria Aiken




TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN – PERLINDUNGAN EKSTRA


Dirumus khas dengan Minyak Tea Tree yang terkenal dengan manfaat pembersih semulajadi untuk meningkatkan perlindungan. Ia menyegarkan serta membersihkan kulit daripada kekotoran, serta lebihan minyak dengan pantas supaya meninggalkan kulit berasa lebih bersih, lembut dan menyegarkan. Produk ini telah diuji secara dermatologi, ia selamat digunakan oleh seisi keluarga dan adalah 100% bebas alkohol.
Tisu Lembap Antibakteria Aiken - Pelindungan Ekstra

TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN – PELEMBAPAN EKSTRA


Diperkaya dengan Aloe Vera untuk kelembapan yang selesa pada kulit, Tisu Lembap Antibakteria Aiken menyingkirkan 99.9% bakteria berbahaya sambil mengekalkan kesegaran, kelembapan, serta memberikan anda kulit yang lembut. Tisu ini diperbuat dari fabrik bertekstur lembut yang membersih tanpa sebarang ketidakselesaan. Ia menjadikan kulit anda berasa segar dengan bau yang menyenangkan. Tisu Lembap Antibakteria Aiken adalah 100% bebas alcohol, telah diuji secara dermatologi dan selamat digunakan oleh seluruh ahli keluarga.
Tisu Lembap Antibakteria Aiken - Pelembapan Ekstra

Tisu Lembap Antibakteria Aiken yang baharu boleh didapati pada harga RM*6.50(Semenangjung)/ RM*6.80(Sabah & Sarawak) untuk pek berkembar. Produk yang mengandungi 20 helaian di dalam setiap pek ini boleh didapati di semua pasaraya terkemuka, pasaraya hyper dan farmasi di seluruh negara. 






Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

10 Comments

  1. Sal tak pernah try lagi ...selalu beli bedak Aiken je...ni dah ada tisu lembap..nak try la jugak

    ReplyDelete
  2. Lia nak cuba juga tisu pelembap Aiken ni. Selalu cuba brand lain je kat watson tu.

    ReplyDelete
  3. tak tahu aiken ada wet tissue, selalu guna toner ja.

    ReplyDelete
  4. Waa bagusnya aiken dah dah ada wet tissue. Best lepas ni senang ada yang trusted punya :)

    ReplyDelete
  5. saya selalu bawak feminine wipes..hehe..tak pe, pas ni boleh spare bawak tisu lembap pulak..penting jugak sbb kdg ada toilet, tak ada sabun cuci tangan..ada tisu lembap ni,boleh guna sbg ganti..

    ReplyDelete
  6. Kak Sue memang guna wet tissue juga walaupun tak ada nak kecik. Senang kan kalau nak lap tangan ke apa..

    ReplyDelete
  7. Saya pakai tisu untuk remove mekap.senang kerja

    ReplyDelete
  8. Memang kena standby wet tissue dimana-mana. Dalam bag memang kena ada.

    ReplyDelete
  9. I never knew Aiken coming out with wet tissues too! It looks convenient and nice to use =)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us