Assalamualaikum



Gigi dan gusi kanak-kanak perlu dijaga dengan baik dari kecil. Untuk dapatkan gigi dan gusi yang sihat dan cantik, kanak-kanak perlu memberus gigi supaya dapat menjaga gigi dengan baik seawal mungkin. Jadi bila meningkat remaja gigi dan gusi dapat dijaga dengan baik dan rapi lagi. Di pasaran ada pelbagai jenis berus gigi yang di keluarkan oleh pelbagai jenama. Malah ia ada pelbagai bentuk, warna dan juga rupa. Semua cute dan geram je bila tengok sebab comel sangat. Betul tak?

Anak-anak kita memang pasti happy kan bila memiliki berus gigi cute ROBOCAR POLI? Kakak Anith pun sama tau. Kanak-kanak memang suka barangan mereka dari kartun dan figurine yang diminati. Ok nak tau lebih lanjut berus gigi baru ROBOCAR POLI kepunyaan Kakak Anith ni jom setia bersama Marsha di enrty|ROBOCAR POLI, Menemani Kakak Anith Dalam Pengalaman Penjagaan Gigi Yang Seronok


ROBOCAR POLI, Menemani Kakak Anith Dalam Pengalaman Penjagaan Gigi Yang Seronok


Comelkan koleksi berus gigi ROBOCAR POLI Suction Kids kepunyaan kakak Anith? Ada watak ROBOCAR POLI iaitu ROY, AMBER, HELI dan POLI. Bila ditanya yang mana kakak palinggggg suka? Dia kata semua kakak suka...hihi. Nasib baik Baihaqi masih baby, kalau tak kena kongsi dengan Baihaqi sama kan?..hihi. Seperti yang kita maklum bila sebut ROBOCAR POLI je ia meniti di bibir kanak-kanak. Siapa tak kenal kan? Watak-watak glamor ni memang menjadi kegilaan kanak-kanak sekarang termasuklah Kakak Anith.



Semua Kakak Anith suka


Kalau korang nak tau, koleksi berus gigi kepunyaan Kakak Anith adalah Berus Gigi FAFC ROBOCAR POLI Suction Kids yang direka khas untuk kanak-kanak yang berumur 3 tahun keatas. Ia dikeluarkan oleh MLG Manufacturing Sdn Bhd, pengilang yang menghasilkan berus gigi yang sangat comel dan dalam masa yang sama membantu dalam kesihatan gigi kanak-kanak.  MLG Manufacturing Sdn Bhd adalah pengeluar yang bertapak di Malaysia dengan R & D tersendiri yang mana arif dengan pembangunan produk dan konsep baru. Jenama FAFC ini bekerjasama lebih rapat dengan pemilik jenama antarabangsa untuk membangunkan produk premium yang menyeronokkan & hidup dengan matlamat untuk mencapai tabiat oral yang sihat dalam jangkamasa panjang.


ROBOCAR POLI Suction Kids Toothbrush

Untuk pengetahuan semua, ROBOCAR POLI adalah siri animasi asal yang dihasilkan oleh ROI VISUAL dan EBS dan ia telah disiarkan sejak dilancarkan pada Februari 2011. Mesej utama siri ini ialah "Sosial", "Bersama Bersama", "Keberanian", "Keberanian Keluarga "melalui tindakan penyelamatan menyentuh garisan cerita. Sebab inilah watak ROBOCAR POLI dipilih untuk berus gigi FAFC ini.


Apa Itu FAFC?


Dari tadi Marsha dok 'mention' Berus gigi FAFC kan? Tapi apa makna disebalik FAFC itu? Sebenarnya FAFC itu mempunyai makna disetiap satu huruf tersebut.

FUN - Rekabentuk pemegang berus gigi yang comel dan berwarna warni membantu untuk menarik minat dalam rutin berus gigi setiap hari. 
ALIVE - Membawa kanak-kanak kepada watak kegemaran yang 'hidup' dengan mewujudkan interaksi, seperti berus gigi kelihatan seperti mainan dan boleh dibawa keluar dari bilik mandi ke bilik tidur kanak-kanak.
FIGURINE - Mencipta berus gigi yang berfungsi , juga patung-patung yang membolehkan kanak-kanak ambil dan bermain denganya atau sebahagian dari koleksi.
CARTOON - Memaparkan watak kesukaan kanak-kanak yang menyeronokkan. Salah satu cara lain untuk membantu menjadikan memberus gigi itu seronok!!


Kakak Anith seronok dengan koleksi ROBOCAR POLI Suction Kids Toothbrush



Jenis Berus Gigi FAFC ROBOCAR POLI

Berus gigi FAFC terdiri dari 2 jenis iaitu :
1. ROBOCAR POLI Figurine Kids Toothbrush
2. ROBOCAR POLI Suction Kids Toothbrush


Set berus gigi kepunyaan Kakak Anith ada jenis suction, ROBOCAR POLI Suction Kids Toothbrush. Senang nak letak sebab tak perlukan tempat letak berus gigi kerana dia mempunya 'suction' dibahagian bawah berus gigi. Jadi boleh pilih yang mana berkenan...hihi

Penyimpanan Berus Gigi yang baik




Sebab Kenapa Anda Mesti Mempunyai Robocar Poli Suction Kids Toothbrush ini

1. Bulu berus gigi yang berkualiti tinggi.
2. Bulu berus gigi anti-bakteria sehingga 99%
3. Filamen tirus tunggal yang lembut sesuai untuk gigi dan gusi si kecil.
4. Menggunakan 100% Virgin Resin.
5. Tidak berasaskan haiwan
6. Membantu mencegah plak, penyakit gusi, gingivitis dan nafas berbau.


Bulu berus gigi yang lembut
Pengalaman memberus gigi yang menyeronokkan bagi kakak Anith


Untuk maklumat lanjut tentang berus gigi ROBOCAR POLI yang comel ini boleh rujuk maklumat dibawah:

Website : https://www.fafc.com.my/

Pembelian Online : www.pulse.com.my  & FB Shop

Facebook Page : https://www.facebook.com/fafcglobal/   

Instagram Page : https://www.instagram.com/fafcglobal/  


Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018