Assalamualaikum
Kalau dulu kita sedia maklum yang rambut itu adalah MAHKOTA bagi setiap wanita. Tetapi pada era sekarang rambut adalah MAHKOTA setiap orang tak kira lelaki atau wanita, tua atau muda dan berhijab atau tidak. Semua orang menitikberatkan kesihatan, kecantikan dan juga kekemasan rambut. Rambut hendaklah dijaga dari akar umbi dan juga dari dalam supaya ia sentiasa sihat dan nampak lebih bertenaga. Bila rambut bertenaga, rambut akan tiada masalah. Diri akan lebih yakin. Betul tak?? Sebenarnya Marsha juga tidak lari dari mempunyai masalah rambut. Yang paling ketara ialah selepas bersalin. Masalah kepala gatal dan juga rambut gugur membuatkan Marsha rasa stress dan tidak tenang. Akhirnya Marsha jumpa penyelesaiannya walau baru mencuba dalam beberapa hari. Nak tau lebih lanjut? Meh baca | Masalah Kulit Kepala Gatal & Rambut Gugur Selesai Dengan Rangkaian LAB 11 Full-lift Shampoo & Soft Mask
Masalah Kulit Kepala Gatal & Rambut Gugur Selesai Dengan Rangkaian LAB 11 Full-lift Shampoo & Soft Mask
Haaa....sekarang Marsha dah tak risau lagi dengan adanya Rangkaian 2 produk utama LAB 11 Full-lift Shampoo & Soft Mask ini. Penggunaan set rangkaian ini selama seminggu telah memberikan kesan kepada Marsha. Walaupun kesan yang bukan maksimum kerana ia memerlukan penggunaan sekuarngnya 3 bulan atau 90 hari konsisten tanpa gagal, tetapi kesan awal ini tetap menggembirakan Marsha yang boleh dikatakan stress dengan masalah kulit kepala gatal dan rambut gugur ini.
![]() |
Sekitar Majlis Pelancaran LAB11's Full-Lift Shampoo & Soft Mask |
Baru-baru ini Marsha menghadiri pelancaran Rangkaian 2 produk utama LAB 11 iaitu LAB 11 Full-lift Shampoo & Soft Mask di Kuala Lumpur dan selepas mendengar kelebihan produk ini oleh CEO nya Derick Ooi, Marsha mengambil keputusan meminang 2 produk utama LAB 11 Full-Lift Shampoo & Soft Mask ini untuk dicuba.
Tentang LAB11
LAB 11 merupakan satu jenama atau brand di bawah syarikat Global Story, sebuah syarikat yang terdiri dari pakar rambut yang berpengalaman selama 18 tahun. Lama kan? Mereka telah mempunyai pelanggan dari serata negeri dan juga dunia yang telah menggunakan khidmat mereka. Paling dibanggakan Global Story adalah salah satu 'made in Malaysia' yang sangat berjaya dan dibuktikan dengan 11 cawangan salon Hairstiry, sebuah akademi Global Story, 2 buah salon Sugar Nails dan juga 2 buat outlet Facestory.
Sekali lagi pada tahun ini mereka melangkah lebih jauh dengan mewujudkan LAB 11 bertujuan untuk membantu pengguna yang mengalami masalah dalam konteks kecantikan melalui paltform yang mampu menawarkan rangkaian produk rambut dan kecantikan dari hujung rambut ke hujung kaki.
Sekali lagi pada tahun ini mereka melangkah lebih jauh dengan mewujudkan LAB 11 bertujuan untuk membantu pengguna yang mengalami masalah dalam konteks kecantikan melalui paltform yang mampu menawarkan rangkaian produk rambut dan kecantikan dari hujung rambut ke hujung kaki.
LAB 11 Full-Lift Product
![]() |
Produk LAB11 Full-Lift |
LAB 11 Full-lift Product yang diformulasi daripada 100% minyak pati tulen tanpa pewarna tiruan, tanpa pewangi dan tanpa MIT / CMIT. Kandungan LAB 11 Full-lift Product:
- Watercress
- Castor Oil
- Eucalyptus Essential Oil
- Peppermint Essential Oil
- Argan Oil
- Sweet Orange Essential Oil
- Lime Essential Oil
Kesemua bahan ini mempunyai kekuatan dan kelebihan masing-masing dan dengan gabungan 7 bahan ini, ia menjadikan produk LAB 11 Full-lift ini lebih berkesan. Jom kita tengok dengan lebih lanjut:
LAB 11 FULL-LIFT Shampoo diformulasi dengan ekstrak Watercress yang mengandungi kandungan sulfur, zink dan magnesium yang tinggi untuk menghasilkan akar rambut yang kuat, meningkatkan ketumpatan folikel rambut, membantu mengawal pengeluaran minyak di atas kulit kepala, mengurangkan keguguran rambut dan merapikan bahagian batang rambut untuk mendapatkan rambut yang lebat dan lembut.
LAB 11 FULL-LIFT Soft Mask adalah pelengkap rutin selepas bersyampu. Diperkaya dengan minyak argan Maghribi yang tinggi dengan vitamin E, minyak zaitun dan asid amino untuk melindungi folikel rambut dengan kelembapan dari dalam kulit dan menjadikan rambut lebih bersinar dan hidup semula.
Soft Mask ini juga dapat meningkatkan penghidratan dan pemberbaiki semula struktur rambut dari masalah rambut bercabang, mengerbang dan statik. Hasilnya rambut akan lebih mudah diurus dari akar hingga ke hujung.
Cara Penggunaan Produk LAB 11 FULL-LIFT
LAB 11 Full-Lift Shampoo
1. Sikat rambut terlebih dahulu supaya rambut mudah diurus dan tidak bersimpul.
2. Basahkan rambut.
3. Pam syampu ke tapak tangan mengikut kuantiti yang diperlukan dan gosok rambut dan kulit kepala sehingga rata.
4. Bilas hingga bersih.
5. Keringkan rambut dengan baik.
LAB 11 Full-Lift Soft Mask
1. Keringkan rambut menggunakan tuala selepas bersyampu.
2. Pam Full-Lift soft mask mengikut kuantiti yang diperlukan dan ratakan diatas rambut dari kawasan tengah rambut hingga hujung rambut.
3. Gunakan sikat yang besar atau jari supaya rambut disaluti soft mask sepenuhnya dari akar ke hujung rambut.
Walaupun berkesempatan mencuba produk LAB 11 Full-Lift ini hanya dalam seminggu lebih. Kesan awal yang dapat Marsha kesan keatas diri Marsha sangat menggembirakan. Kulit kepala Marsha sudah tidak kering dan sekaligus ia mengurangkan kegatalan kulit kepala. Ia sangat penting bagi Marsha seorang yang berhijab kerana seharian kulit kepala terperap didalam hijab. Kulit kepala mula jadi lembap dan dengan tidak menggaru di khalayak ramai membuatkan Marsha tampil lebih yakin.
Begitu juga dengan masalah keguguran rambut. Marsha perasan 2-3 hari ni rambut Marsha sudah berkurang diatas lantai rumah. Selepas sikat rambut pun jumlah rambut gugur makin berkurang. Ia adalah kesan positif bagi Marsha. Suami pun tegur rambut lebih nampak sihat dan lurus. Wah kembang semangkuk rasa bila dipuji suami sendiri...hihi. Dengan kesan awal ini membuatkan Marsha rasa leih yakin untuk berhadapan dengan orang ramai.
Korang boleh dapatkan rangkaian produk LAB11 Full-Lift ini melalui website dan juga sosial media LAB11 seperti dibawah:
Begitu juga dengan masalah keguguran rambut. Marsha perasan 2-3 hari ni rambut Marsha sudah berkurang diatas lantai rumah. Selepas sikat rambut pun jumlah rambut gugur makin berkurang. Ia adalah kesan positif bagi Marsha. Suami pun tegur rambut lebih nampak sihat dan lurus. Wah kembang semangkuk rasa bila dipuji suami sendiri...hihi. Dengan kesan awal ini membuatkan Marsha rasa leih yakin untuk berhadapan dengan orang ramai.
Bagaimana nak dapatkan Produk LAB 11 Full-Lift?
Korang boleh dapatkan rangkaian produk LAB11 Full-Lift ini melalui website dan juga sosial media LAB11 seperti dibawah:
Website: LAB 11 International
Facebook: Lab11international
Instagram: @lab11_international
Alamat:
LAB 11 International SDN BHD
17, Lebuh Sungai Pinang 3
Nautilus Bay
11600 Pulau Pinang
Telefon: +604-2810861
** Review ini berdasarkan pengalaman Marsha sendiri menggunakan rangkaian produk LAB11 Full-Lift. Kesan antara individu adalah berbeza
*** Kedua-dua rangkaian produk LAB11 Full-Lift sedang dalam proses mendapat kelulusan sijil Halal.
*** Kedua-dua rangkaian produk LAB11 Full-Lift sedang dalam proses mendapat kelulusan sijil Halal.
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018
4 Comments
menarik syampu ni ekin pun ada masalah gatal kepala,rambut gugur gak ni nanti boleh usha ni
ReplyDeleteKena try nnt... Sbb mmg rambut suka gugur la skrg ni
ReplyDeletefirst time dgr jenama ni, btw nice packaging la!
ReplyDeleteMenarik Juga. Pertama kali dengar jenama ni
ReplyDeleteTerima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)