Sebelum bersalin bulan Mac lepas, Marsha bersama Team Travel BPT buat gathering travel ke Perak. Tempat gathering kitorang adalah ke Lost World of Tambun (LWOT). Korang yang suka travel & pergi theme atau water park mesti tahu kan? Haa....nanti Marsha share dengan lebih lanjut tau. Untuk entri kali ini Marsha nak share tempat persinggahan kami sebelum masuk ke LWOT. Semestinya singgah mengisi perut dulu....hihi. Kali ini persinggahan pertama kami ialah ke Mc Donald's Tambun yang lokasinya berdekatan dengan LWOT. Oleh kerana Marsha memang dari Ipoh, jadi Mc Donald's Tambun adalah salah satu 'port' Marsha kalau hari kerja sebab Marsha mengajar di sekolah area sana. Ok tak nak bebel panjang lagi jom baca ,
Trip Travel Bersama Team BPT | Pengalaman Jatuh Bangun Encik Fairuz Tak Mematahkan Semangat Sehingga Berjaya Dalam Francais Mc Donald's Sunway Ipoh City, Tambun
Menginjak jam 10 pagi, kami team BPT selamat sampai ke Mc Donald's Tambun. Ada dari Kelantan, Kedah, Penang dan juga KL. Marsha je dari Ipoh...hihi. Di Mc Donald's, kami disambut mesra oleh owner, Encik Fairuz dan staf Mc Donald's serta terus dibawa masuk ke bilik yang biasanya dikhaskan untuk sambutan harijadi. Kebetulan pagi tu tiada customer booking & makanan semua telah tersedia. Uishh....lapo plak tengoknya.
Kami berkenalan lebih lanjut dengan owner, Encik Fairuz. Encik Fairuz menceritakan sedikit latarbelakang beliau dan sangat terkejut rupanya beliau menceburi bidang makanan ni sejak dari umur 19 tahun lagi. Bermacam onak duri yang beliau hadapi pada asalnya menceburi bidang perniagaan ini hanya untuk mencari duit poket sepanjang belajar di dalam dan luar negara. Ya!! Encik Fairuz adalah graduan lulusan luar negaran iaitu Australia.
|
En Fairuz sedang berkongsi pengalaman beliau |
Akhirnya susah payah beliau kini beliau berjaya memiliki francais Mc Donald's di Tambun ini. Umur beliau sekarang baru 37 tahun. Sama umur dengan Marsha tapi dah berjaya dalam bidang perniagaan makanan. Adik-beradik beliau juga menceburi perniagaan makanan juga. Anak jati Negeri Sembilan ini sangat peramah dan juga sangat bermotivasi. Memang sangat bersemangat bila dengar kisah jatuh bangun beliau.
Menu-menu Mc Donald's yang Hot!!
Kami dijamu dengan beberapa menu yang HOT di Mc Donald's Sunway City, Tambun iaitu Hot N Crispy Chicken, Smoked Grilled Beef, Chicken Rendang Pie dan set Happy Meal untuk kanak-kanak. Marsha & suami ambil menu berlainan supaya dapat rasa kedua-dua menu HOT tersebut. Ternyata deduanya sedap. Manakala anak-anak pula menikmati set Happy Meal masing-masing dengan mainan yang best.
|
Hot N Crispy Chicken Burger |
|
Smoked Grilled Beef Burger |
|
Happy Meal untuk kanak-kanak |
Untuk Chicken Rendang Pie pula sebenarnya ini pertama kali Marsha mencuba pie di Mc Donald's. Rasanya memang sedap seakan karipap. Memang sedap!! Tak cukup rasanya....hahaha. Nafsu ni....hahaha.
|
Chicken Rendang Pie |
Kami kenyangkan perut sebab kejap lagi nak pusing LWOT. Usai makan dan berkenalan kami mengundurkan diri sebab kena ada di LWOT jam 12 tengahari. En Fairuz juga mempelawa kami datang lagi lain kali. InsyaAllah jika tiada aral. Sangat bangga bila tahu pemilik seorang Melayu dan masih muda. Kalau korang nak tahu, Mc Donald's Sunway City, Tambun adalah satu-satunya francais di Ipoh tau!!
|
Senyum sokmo!! |
Jadi kalau korang nak kenal lebih lanjut Encik Fairuz, korang boleh la ke Mc Donald's Sunway City sambil makan-makan kat sana. Staf yang sangat friendly. Marsha suka lepak-lepak kat sana kalau hari kerja...hihi
Maklumat Lanjut
Facebook:
Alamat:
Lot 303521, Sunway City Ipoh,
Mukim Hulu Kinta,
Daerah Kinta,
Ulu Kinta,
31150 Ipoh, Perak
Tel: 05-5452194
13 Comments
Alhamdulillah. Sedap gak makan di mcdee ni tp sygnya di kelate cuma ada di KB. Alangkah bagusnya jika ada dibuka d pekan2 lain spt kfc buat tu...
ReplyDeleteDisebalik kejayaan seseorang pasti mereka akan lalui saat saat sukar tapi tu semua tak mematahkan semangat untuk berjaya
ReplyDeleteray tgk makanan tu je. sorry akak, im hungry hahaha
ReplyDeleteI haven't been to lost world yet. Looks awesome
ReplyDeleteOwner dia ye..mmg ramai owner fraincaisMcD ni orang kita. Tu kdg2 mcm sakit hati jugak bila orang melayu nak jatuh kan melayu
ReplyDeleteWah hebat yang Encik Fairus dalam umur muda dah berjaya miliki francais MCD..chaiyok..
ReplyDeleteHebat dia ye.. 19 tahun dh macam2 harungi.. Mcd mmg sesp.. Eh chicken pie rendang..mesti sedp tu
ReplyDeleteEhh owner mcd org melayu eh? Serius ahh..kita baru tau ni..
ReplyDeleteTahniah En Fairus sebab ada Francais Macdonals wah bestnye.. Usahawan Melayu
ReplyDeletedapnye mekdi... wahh muda agik dah bukak francais.. tahniah..
ReplyDeleteLapar pula, dah t/hari ni officemate pi rehat makan (Chinese)
ReplyDeleteWahhh, setahu emi bukan senang nak buka francais mcd. Ada byk syarat dan procedure perlu ikut.
ReplyDeleteWow bagus juga sharing pengalaman macam ni, bukan senang nak berjaya kan.
ReplyDeleteTerima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)